Yayasan Restu

logo-yayasan-restu.jpg

Yayasan Restu

Setelah hampir sedekad yang lalu, Yayasan restu kini terus menaburkan bakti usaha dalam pemasyhuran seni Islam di rantau ini. Kehadirannya sebagai sebuah organisasi yang tidak berorientasikan keuntungan, telah meletakkan asas pemikiran dan tahap penghasilan seni Islam yang tingi dalam usaha membina tamadun bangsa yang gilang gemilang. Berbekalkan semangat untuk menyelusuri hakikat tauhid, khazanah warisan Melayu digali akar makna dan kehalusan seninya, lantas dijulang sebagai wadah seni yang bertaraf antarabangsa.

Visi dan misi yang direncanakan hanyalah untuk pemasyhuran seni Islam di persada dunia. Berpegang teguh kepada kesatuan pelbagai ilmu dan kemahiran, beberapa usaha penyelidikan dan pembangunan (R & D) telahpun membuahkan hasil yang manfaatnya dapat dirasai oleh segenap lapisan masyarakat. Kini, Yayasan Restu dikenali sebagai pusat pembinaan mushaf al-Quran dan hadis, pusat seni khat, pusat seni reka motif budaya bangsa, pusat ICT al-Quran, Hadis dan Seni Islam, pusat pendidikan seni Islam, pusat pembangunan produk cenderhati seni Islam dan pusat rekabentuk seni bina dan hiasan dalaman.

Yayasan Restu beroperasi di :-

Kompleks Taman Seni Islam Selangor,
No 2A, Persiaran Damai, Seksyen 10,
40100, Shah Alam,
Selangor, MALAYSIA

Tel : 03 – 5511 9001/9002/9003
Fax: 03 – 5512 3788/3780
website : http://www.mushaf.com.my

 

25 Responses to “Yayasan Restu”

  1. ZAIDA Says:

    Salam…
    yayasan restu ni memang bagus untuk penggemar seni islam..
    Tapi,kenapa publisitinya kurang?rugi betul…
    Apapun,lately…da nampak peningkatan…
    Tahniah…semoga kesenian Islam seiring kemajuan yang lain…

  2. aishah Says:

    Assalamualaikum,

    Saya ingin memberi pendapat kepada yayasan restu supaya membuat satu jaringan kerjasama malaysia dan singapore berkaitan dengan tulisan jawi. rata-rata masjid di singapore mempunyai madrasah jadi saya cadangkan supaya di masukkan satu lagi subjek menulis jawi… in supaya tulisan jawi dapat di perkenalkan dan tidak akan luput di telan zaman khususnya di singapore ini. Saya sangat berminat untuk menjadi duta atau consultant kepada masjid2 di singapore ini supaya dapat mempractickan rencana tulisan jawi ini. Target saya adalah kanak-kanak, rata-rata dimadrasah umur pelajar adalah 7 tahun keatas dan ini dapat membantu kerana pada usia muda lah kita perlu didik mereka2 ni… jika subject ini ajar dengan penggunaan color dan pelbagai teknik ini akan membuat pelajar seronok dan menikmati rahsia akhirat…

    wasalam….

  3. HAIWADANUTAIBAR DIAS Says:

    Assalamualaikum…..
    Saya merupakan salah seorang pelajar yang pernah menjalani latihan praktikal di Yayasan Restu.
    Apa yang dapat saya katakan sepanjang menjalani latihan praktikal di sini adalah merupakan sesuatu pengalaman yang begitu menyeronokkan dan sangat berguna.Saya juga ingin menyarankan agar oarang-orang di luar sana luang-luangkan lah masa berkunjung ke sini kerana amat rugila kita sebagai umat islam tidak mengetahui dan mengenali Al-Quran kita sendiri..Semoga Yayasan Restu akan terus berkembang maju seiring perkembangan semasa….Amin

  4. Ammar Afifi MMAS Says:

    Ana bru blik dr situ 17 April 2009 lalu. Lwtn kelab seni khat MMAS. Best tmpt tu. Mmg rugi klu x prnh mai sni. Tmbh2 klu x jmpa ust baki. Khat dy, peergh..! Perfect! Ada msa pkt2 la mai sni. Ajak satu kmpung. Bru puas…

  5. acik Says:

    yayasan restu best!!

  6. namikaze Says:

    sayang abg hanan.hensem tu…………….

  7. deni Says:

    ana pekrj yysn restu. yayasan restu memang best. begitu banyak ilmu di dalamnya. kawan-kawan yang bace dijemputlah untuk datang ke yayasan restu, tak kirelah nak melawat ke nak keje apetalagi menuntut ilmu. cube tau, kalau tak cube rugi. wassalam.

  8. zul Says:

    salam,

    kalau nak melawat ke Yayasan Restu kena ada prosedur tak, atau just cenggitu je mcm melawat muzium…
    eii..seronoknya kalau dpt belajar kat situ…Go YR Go YR…

    Wassalam…

    ~Zul

  9. Baki Says:

    W.slm zul. boleh datang bila2 masa. lawatan free of charge. kalau nk produk kene beli la…hehe.

  10. nurul adibah binti zulkiple Says:

    askum…
    saya guru penasihat kelab rukun negara sk.meru ingin membawa anak murid saya seramai 39 0rang murid dan 4 orang guru pengiring ke yayasan restu pada 29.06 2010 iallah untuk lawatan..saya perlu berhubung dengan siapa n nak contact siapa boleh saya tau….

  11. Baki Says:

    Waalaikumussalam Nurul Adibah. Untuk lawatan boleh contact pejabat Yayasan Restu di talian 03 55119001

  12. wanie Says:

    a`kom,sye pelajar SAM JERAM…& m`mpnyai sdikit bakat dlam kaligrafi khat,sye juge wakil skolah dalm seni khat nie… mase hari sabtu minggu lepas sye ada mlawat pesta buku di PKNS, Shah Alam…then,sye de jumpe siswa kolej restu n bagi sehelai risalah tentg khat peringkat kebngsaan akan dtg di Yayasan restu…sye berminat utk mencubanya,macam mene ye nak daftar????

  13. Baki Says:

    W.salam wanie. Untuk sertai pertandingan ini perlu datang ambil borang di Yayasan Restu. Tarikh tutup penyertaan pada 25.7.2010

  14. Paie Says:

    salam ustaz, d mana saya blh dptkan kelengkapan berus n alat utk menulis khat?selama ni saya hanya mpunyai pen kaligrafi yg blh ddpti d kedai2 biasa shj

  15. Baki Says:

    W.salam faizah. Di yayasan restu ada dijual..

  16. sulaiman Says:

    salam..disini ana ade beberapa kemuskilan pasal yayasan restu,, yayasan restu tmpat ape sbnrnya?? tmpt kerja buat tulisan khat jawi k?? atau satu institusi pengajian tnggi macam universiti-universiti yang lain?? nak belajar kat sana ape syaratnya??

  17. sharul Says:

    tpt ni sgt bgs utk dilwti. saye salah sorang peserta hjba

  18. ogy azmin Says:

    Salam.
    Nak tanya. Yayasan restu ada buat program utk kanak2 masa cuti skola nie tak?

  19. ruslam hussin Says:

    saya sebagai mewakili taman saya iaitu taman pandan maju , melaka, akan mengaturkan satu lawatan ke yayasan restu semasa cuti sekolah penggal pertama 2011, ahli rombongan dalam 40orang , adakah saya kena hubungi dan maklumkan kat cik/pn Nurul adibah – atau terus datang begitu sahaja
    cadangan saya utk lawatan ini pada hari sabtu pertama cuti sekolah

  20. Baki Says:

    Assalamualaikun En Ruslam. Kalau nak melawat beramai-ramai elok rasanya tuan hubungi sendiri pihak Yayasan Restu supaya dapat dibuat persediaan. No pejabat Yayasan Restu: 03-55119001

  21. NOREHAN BINTI NASIRUDDIN Says:

    assalamualaikum..
    saya nak tanya ada tak yayasan restu menyediakan seminar atau kelas khat untuk pelajar sekolah?

  22. Baki Says:

    Waalaikumussalam Norehan
    Saya tak pasti samaada dibuat atau tidak Seminar sebegitu di Yayasan Restu. Tetapi kami di Darul Khat Arabi, di Seksyen 7, Shah Alam menganjurkan kelas khat pada setiap hari sabtu, bermula dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi kami di 019-3932947. Terima kasih.

  23. husna Says:

    assalamualaikum..
    saya nak tanya ada tak pihak yayasan restu menyediakan praktikal bagi pelajar IPTA? siapakah yang perlu saya hubungi?

  24. siti Says:

    salam, yayasan restu ada tak menyediakan tempahan cop bertulisan khat arab?

  25. Norwati Jaafar Says:

    Salam… adakah Yayasan Restu terbuka kepada lawatan awam kerana saya bercadang untuk membawa Panitia Pend Islam bersama murid2 utk ke YR. Jika boleh… Hari apa lawatan boleh dibuat? Tujuan kami adalah ingin mendedahkan murid2 supaya mencintai tulisan khat, jawi dan al-Quran. T/Kasih.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,544 other followers

%d bloggers like this: