Seminar & Pertandingan Seni Khat

Inspirasi Seni Khat. TAMAN TAMADUN ISLAM, K. TERENGGANU

SEMINAR DAN PERTANDINGAN SENI KHAT akan dianjurkan oleh Taman Tamadun Islam (TTI) Terengganu pada 12-13 Mac 2011 bertempat di Taman Tamdun Islam, Pulau Wan Man, Losong Panglima Perang, Kuala Terengganu, Terengganu. Saya difahamkan bahawa seminar seni khat ini akan dihadiri oleh penulis khat (khattat) terkenal kelahiran Bosnia yang menetap di Mesir iaitu Munib Obradovic yang dijemput khas oleh TTI untuk pengisian seminar tersebut.

Munib Obradovic adalah penulis seni khat yang terkenal dan mempunyai pengalaman luas di peringkat antarabangsa ketika ini. Di samping sering diundang mengadakan pameran dan workshop seni khat di sekitar Mesir dan beberapa negara lain, beliau juga adalah pemenang tempat ke dua (Thuluth Jali) dalam pertandingan seni khat anjuran IRCICA Turki pada tahun 2007. Hasil karyanya sungguh mengkagumkan. Kehebatan tulisannya setanding penulis-penulis khat terkenal Turki seperti Daud Bektash dan Muhammad Ozcay dan ini  diakui sendiri oleh ramai tokoh-tokoh seni khat seluruh dunia. InsyaAllah, harapannya pada program ini nanti beliau akan berkongsi dengan kita pengalaman beliau serta mendedahkan rahsia-rahsia untuk menghasilkan tulisan khat yang indah sepertimana karyanya dan bagaimana seorang yang bukan berbangsa Arab sangat berjaya dalam seni khat Arab ini. Jadi peluang ini sangat ditunggu-tunggu oleh penulis seni khat di Malaysia. Ambillah peluang..!  Amat jarang acara sebegini diadakan di Negara kita.

Pertandingan seni khat pula dipecahkan kepada empat kategori: 1) Kanvas. 2) Kayu. 3) Logam dan 4) Spontan. Hadiah yang sangat lumayan menanti peserta. Sila lihat detailnya di bawah ini. Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

09-6278805 (Pertanyaan) / 013-2626061 (En. Khalizan) / 017-9305890 (Zafuan)

6 Responses to “Seminar & Pertandingan Seni Khat”

  1. Bukhari Says:

    Salam ustaz..insyaAllah ana akan menghadiri seminar dan pertandingan tersebut..mahu mengambil pengalaman disana..kebetulan cuti sekolah..ana pun dapat maklumat ni daripada sdr Syed Ubaidillah…

  2. Baki Says:

    W.salam Bukhari. Memang cuti sekolah masa tu, ambillah peluang ini. Bukan senang nak jumpa program-program sebegini di Malaysia.

  3. Bukhari Says:

    insyaAllah ustaz…peluang ni wajib ana rebut..boleh ana study teknik2 dengan ustaz…

  4. hazwan Says:

    assalamualaikum,ana nak tanya. setiap peserta yg bertanding akan dapat sijil atau x?

  5. Baki Says:

    Waalaikumussalam..Semua peserta dapat sijil dan pengalaman manis bertemu sesama penulis khat….

  6. Wirda Says:

    salam,saya ingin tahu bila lagi akan dibuat seminar khat dalam masa terdekat?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,544 other followers

%d bloggers like this: