Cara Menyusun Ayat

Assalamualaikum.. Di sini saya ingin berkongsi tip menyusun ayat ketika menulis khat thuluth. Untuk pengetahuan anda, sesuatu susunan khat yang cantik sebenarnya memerlukan kepada berkali-kali percubaan menyusun dan mengolah tarkibnya sehinggalah ia menjadi suatu karya yang sangat indah dan estatik dan memukau pandangan orang. Lebih  banyak percubaan menyususn dilakukan maka lebih baik susunan tersebut. Untuk mencipta susunan yang baik memerlukan daya kreativiti yang tinggi untuk anda keluarkan idea-idea baru tanpa meniru gaya orang lain. Usaha ini mesti dilakukan dengan penuh sabar dan teliti. Pelbagai cara dan kaedah menyusun boleh dilakukan, bergantung kepada bentuk susunan dan ayat. Di sini saya tunjukkan cara yang paling asas dan mudah kepada anda untuk dicuba.

Pertama: Melakar dengan pensil. Peringkat ini adalah paling asas dan anda boleh mencuba beberapa kali sehingga susunan tersebut kemas dan betul bacaannya. Ketika menyusun perlu diberi perhatian huruf yang awal mesti di hadapan dan begitu juga sebaliknya.

Kedua: Melakar dengan pen dengan cara menekap kertas tracing paper di atas kertas lakaran pensil tadi dan dilakar huruf mengikut susunan pensil. pada peringkat ini juga sebaiknya ditentukan saiz mata pen yang bersesuaian dengan huruf.

Ketiga: Menulis menggunakan pen yang saiz matanya bersesuaian dengan ketebalan huruf di atas kertas yang akan dijadikan karya sebenar. Anda boleh menggunakan meja berlampu (light Box) di peringkat ini dengan menulis secara berhati-hati dan penuh sabar sehingga selesai.

Untuk mempelajarinya dengan lebih terperinci, anda boleh mengikuti kelas yang saya adakan pada setiap hari khamis, jam 8.30 malam sehingga 11.00 malam bertempat di DIWANI KRAF, No. 47-1, Jln. Kemuning Prima, D33/D, Tmn. Kemuning Utama, Shah Alam, Selangor. Selamat mencuba dan terima kasih..

5 Responses to “Cara Menyusun Ayat”

  1. araifin khazin Says:

    syukran, banyak manfaatnya… sebelum ni, saya main hentam je.. ustaz ada buat kursus jangka pendek tak cuti sekolah terdekat ni?

  2. Baki Says:

    araifin khazin, sama2.. moga bermanfaat. cuti sekolah ni saya tak buat kelas intensif khat, tak sempat.. insyaAllah lain kali. tapi kelas mingguan berjalan seperti biasa..

  3. Bukhari Says:

    syukran ustaz..inilah penerangan mengenai tarqib yang ana tunggu2 selama ni.InsyaAllah akan dipraktikan dan mohon ustaz tashihkan khat ana.Dah lama nak bertalaqqi khat dengan ustaz namun jarak menghalang.

  4. siti Says:

    Berapa bayaran dikenakan?

  5. Baki Says:

    Siti, bayaran untuk ape?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,544 other followers

%d bloggers like this: