Ramadan Karim

ramadan karim-

Al-Baqarah : 183

al-baqarah-183-

Bengkel Penulisan Seni Khat Jawi Lanjutan, Brunei.

Alhamdulillah, baru-baru ini telah berlangsung Bengkel Penulisan Seni Khat Jawi Peringkat Lanjutan II 1433H / 2012M anjuran Pusat Da’wah Islamiah Brunei yang diadakan selama 14 hari bermula dari 1 November 2012 sehingga 14 November 2012. Terima kasih saya ucapkan kepada Pusat Da’wah Islamiah atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk mengendalikan bengkel ini kali sekali lagi. Bengkel Penulisan Seni Khat Lanjutan II pada kali ini menumpukan kepada dua jenis khat iaitu khat nasakh dan khat diwani. Disamping itu diadakan juga ujian penilaian kepada peserta-bengkel untuk ke dua-dua jenis khat ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada pegawai-pegawai Pusat Dakwah Islamiah yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang berlangsungnya bengkel Penulisan Seni Khat Jawi Peringkat Lanjutan II 1433H / 2012M ini.

This slideshow requires JavaScript.

Kursus Seni Khat

KURSUS ASAS PENULISAN KALIGRAFI di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Rembau, Negeri Sembilan pada 18 April 2012.

This slideshow requires JavaScript.

Al-furqan 63-77

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

..Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini; (63) Dan mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri, (64) Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab Neraka Jahanam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan. (65) Sesungguhnya Neraka Jahanam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk; (66) Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu. (67) Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak) dan tidak pula berzina dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya; (68) Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat dan dia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan; (69) Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (70) Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) dia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat; (71) Dan mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya. (72) Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta. (73) Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (74) Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya, (75) Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal. (76) Katakanlah (wahai Muhammad kepada golongan yang ingkar): Tuhanku tidak akan menghargai kamu kalau tidak adanya doa ibadat kamu kepadaNya; (apabila kamu telah mengetahui bahawa Tuhanku telah menetapkan tidak menghargai seseorang pun melainkan kerana doa ibadatnya) maka sesungguhnya kamu telahpun menyalahi (ketetapan Tuhanku itu); dengan yang demikian, sudah tentu balasan azab (disebabkan kamu menyalahi itu) akan menimpa kamu. (77) “

Khat Nasakh

Tulisan khat nasakh ayat 5-8 dari surah al-Baqarah dalam resam imlaie mengikut gaya Shawqi Afendi (1828-1887) yang sangat terkenal dengan keindahan tulisannya di dalam khat nasakh dan thuluth. Gaya Shawqi mempunyai karekter tersendiri dan mempunyai banyak teknik-teknik khas untuk menulisnya yang amat sukar diikuti terutama untuk menulis huruf jim, ain, sin dan mim. Gabungan penggunaan hujung pen sehingga menjadi halus meruncing dan tebal pada bahagian-bahagian tertentu ketika menulis huruf-huruf ini sangat menarik diteliti oleh penulis-penulis khat.

Seni Khat Nasakh – Hadith

Lawhah

New lauhah

New Lauhah

Sedang menyiapkan lauhah tulisan khat (ان الله جميل يحب الجمال). Menggunakan pen saiz 1.5 cm, Kertas : Waraq muqahhar.

Khat Nasakh

Tema Maulidur Rasul 1430: Wahdah Pemangkin Khaira Ummah. Tulisan menggunakan kaedah khat nasakh.


Khat Nasakh berkembang daripada bentuk yang kaku kepada bentuk yang terkini sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. Khat ini telah sampaik kepada orang Arab Hijaz dan digunakan di jabatan-jabatan kerajaan dalam urusan surat-menyurat pada zaman permulaan Islam.

Semasa pemerintahan kerajaan Abbasiyah kurun ketiga dan keempat ahli sejarah menjelaskan khat ini bertambah baik bentuknya apabila khattat Ali bin Muqlah (tahun 272-328H) telah mencipta kaedah penulisan Khat Nasakh.

Pada zaman Atabikah (545H), khat nasakh telah diperbaiki sehingga dikenali sebagai Khat Nasakh Atabik. Digunakan untuk penulisan al-Quran pada zaman pertengahan Islam menggantikan Khat Kufi Klasik.

Jenis-Jenis Khat Nasakh:

i.     Nasakh Klasik

Nasakh semenjak zaman pemerintahan Kerajaan Abasiyah. Kaedah penulisan ini ditulis oleh Ibn Muqlah, diperelokkan oleh orang Atabikah dan dijelmakan dalam bentuk ukiran dan hiasan oleh orang Turki

ii.    Nasakh Akhbar

Khat yang telah dikembangkan dari segi bentuknya yang jelas dan huruf yang tebal. Tulisan ini juga dinamakan tulisan ‘surat khabar’ kerana penggunaannya meluas dalam bidang akhbar.

Khat Nasakh Dalam Pertandingan

Khat Nasakh digunakan secara meluas dalam pendidikan dan sering menjadi pilihan untuk dipertandingkan di peringkat sekolah sehinggalah ke peringkat antarabangsa. Dalam pertandingan ada beberapa perkara yang perlu diberi penekanan antaranya:

i.   Memahami dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh penganjur.  Biasanya Khat Nasakh disempurnakan dengan baris bacaan kecuali dalam menulis jawi.

ii.  Bentuk yang dipilih dan ruang yang disesuaikan. Tulisan itu disusun dengan keseimbangan dari segi bentuk, ruang dan keserasian perhiasan agar menjadi lebih menarik.

iii. Ragam hias hendaklah tidak terlalu besar hingga mengganggu tulisan asal. Contohnya tulisan Basmalah dan Sodaqallah, hendaklah ditulis dengan saiz yang kecil atau sederhana sahaja kerana fokus adalah kepada ayat yang ditentukan (Jainal Sakiban, 2000)

Pameran Dan Pertandingan Khat

Alhamdulillah.. Hari ini kami telah selesai mengadakan Pertandingan Seni Khat Terbuka sempena sambutan Maulid Rasul peringkat Negeri Melaka, Tahun 1429H yang telah dianjurkan oleh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dengan kerjasama Persatuan Seni Khat Kebangsaan dan Yayasan Restu. Pertandingan ini telah diadakan di Galeri Ketua Menteri Melaka di Peringgit. Seramai lebih 50 orang telah hadir bagi memeriahkan pertandingan pada kali ini. Pada pandangan saya kualiti keseluruhan tulisan para peserta sangat baik dan saingan juga sengit. Khat yang dipertandingkan adalah khat thuluth. Biasalah..Adat pertandingan, ada yang menang, ada yang kalah. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada yang menang dan saya nak ucapkan tahniah juga kepada yang kurang bernasib baik kerana telah berusaha dengan penuh semangat bagi memartabatkan seni khat. Sanggup datang dari jauh dan dekat semata-mata untuk memeriahkan pertandingan. Sudah tentu anda mendapat pengalaman yang sangat berharga di pertandingan ini. Pemenang pertandingan ialah: 1) Ustaz Hilyas (Terengganu), 2) Muhammad Zulfikri (Kedah), 3) Muhammad Ilham (Kelantan).

Inilah beberapa gambar suasana pertandingan dan pameran yang sempat diambil

seni khat seni khat seni khat

seni khat seni khat seni khat

seni khat seni khat seni khat

Aplikasi Khat Nasakh

aplikasi nasakh

Khat Nasakh merupakan satu kaedah tulisan khat yang sangat praktikal. Di samping mudah dibaca ia juga masih mengekalkan keindahan seninya yang tersendiri. Khat Nasakh amat sesuai ditulis pada mushaf, surat – menyurat, buku bacaan dan lain – lain lagi. Foto di atas menunjukkan Khat Nasakh diaplikasikan pada sebuah dokumen yang penting dan bersejarah iaitu ‘Watikah Pelancaran Al Quran Mushaf Malaysia & Terjemahan’ yang ditandatangani oleh Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada satu majlis yang anjuran Yayasan Restu di Mak Mandin, Pulau Pinang. 

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,406 other followers