Bengkel seni khat kepada pelajar-pelajar Darul Quran Kuala Kubu Bharu pada 27 Jan 2013
Bengkel seni khat kepada pelajar-pelajar Darul Quran Kuala Kubu Bharu pada 27 Jan 2013
Alhamdulillah, baru-baru ini telah berlangsung Bengkel Penulisan Seni Khat Jawi Peringkat Lanjutan II 1433H / 2012M anjuran Pusat Da’wah Islamiah Brunei yang diadakan selama 14 hari bermula dari 1 November 2012 sehingga 14 November 2012. Terima kasih saya ucapkan kepada Pusat Da’wah Islamiah atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk mengendalikan bengkel ini kali sekali lagi. Bengkel Penulisan Seni Khat Lanjutan II pada kali ini menumpukan kepada dua jenis khat iaitu khat nasakh dan khat diwani. Disamping itu diadakan juga ujian penilaian kepada peserta-bengkel untuk ke dua-dua jenis khat ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada pegawai-pegawai Pusat Dakwah Islamiah yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang berlangsungnya bengkel Penulisan Seni Khat Jawi Peringkat Lanjutan II 1433H / 2012M ini.
Di bawah ini adalah gambar-gambar di sekitar majlis perasmian Inspirasi Seni Khat yang disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Tengku Seri Bendahara Raja dan diikuti dengan bengkel pada sebelah pagi dan petang oleh Adnan Syeikh Othman. Apa yang menariknya, bacaan al-Quran ketika majlis perasmian telah dibaca sendiri oleh Adnan Syeikh Othman dengan sungguh merdu sekali ayat-ayat dari surah Ar-Rahman. Bengkel seni khat beliau telah dibantu oleh Ustaz Yusuf Abu Bakar, yang dipertua Persatuan Seni Khat Malaysia dan Ustaz Halias Abu Bakar dari Terengganu. Hari ini juga pameran seni khat telah dibuka dengan rasmi kepada orang ramai dan diadakan penilaian karya-karya seni khat peserta pertandingan khat kategori kanvas, kayu dan logam pada sebelah malam. Ustaz Adnan berkata kepada saya bahawa beliau sungguh kagum dengan kemampuan penulis-penulis khat Malaysia yang dapat menghasilkan karya-karya yang begitu baik dan cantik. Tidak pernah tergambar difikirannya di Malaysia mempunyai ramai penulis yang sungguh berbakat malah lebih baik dari beberapa negara Arab. Katanya, inilah adalah waktu terbaik untuk seni khat berkembang di rantau ini.
Saya dimaklumkan bahawa Seminar Seni Khat Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu pada 12-13 Mac 2011 akan dihadiri oleh penulis khat terkenal dari Syria Adnan Syeikh Osman. Rancangan sebelum ini adalah untuk membawa Khattat Munib dari Mesir, tetapi disebabkan beberapa masalah teknikal yang dihadapi pihak penganjur, mereka menggantikannya dengan Adnan Syeikh Osman. Adnan Syeikh Osman adalah seorang tokoh yang begitu dikenali dalam bidang penulisan seni khat ketika ini. Beliau merupakan guru kepada Faruq Haddad, iaitu master khat yang telah beberapa kali memenangi pertandingan khat di IRCICA Turki. Adnan yang jawatannya ketika ini adalah pensyarah di Universiti Damsyik mempunyai kemahiran khat yang sangat hebat, bagi saya beliau adalah pakar dalam semua jenis khat. Hasil tulisannya begitu unik di samping dia telah mencipta gaya hurufnya yang tersendiri. Anda boleh melayari website ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Adnan dan melihat sendiri hasil seninya yang sungguh indah di : http://www.eyesgarden.com/
CERAMAH KHAS “SENI KHAT DAN REKA BENTUK ISLAM” ANJURAN UNIT KEUGAMAAN DAN TAKMIR SURAU, BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR, UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM, PADA :23 JANUARI 2011 YANG LALU.