Terengganu International Islamic Art festival (TIIAF 2013)

Mengikut maklumat awal yang diterima, Terengganu International Islamic Art festival (TIIAF 2013) akan berlangsung pada 15 – 17 November 2013. Di sini saya warwarkan dulu ayat-ayat untuk pertandingan khat peringkat kebangsaan dan international supaya kepada yang berminat menyertai pertandingan khat di Terengganu International Islamic Art festival (TIIAF 2013) boleh membuat persediaan awal menghasilkan karya. Ini kerana, tarikh tutup penyertaan semakin hampir iaitu pada 30 Oktober 2013 (tinggal lebih kurang 2 bulan lebih dari sekarang). Format pertandingan sama seperti tahun lepas juga. Untuk karya siap, karya perlu dibuat atas kanvas, kayu dan logam dengan menulis ayat-ayat yang telah di pilih untuk setiap bahan tersebut. Apa yang menariknya, kali ini pihak penganjur telah menaikkan hadiah untuk kategori Internasional daripada USD3000 kepada USD5000. Jumlah yang agak lumayan untuk sesuatu pertandingan khat. Insya Allah ia akan menarik lebih ramai penyertaan khasnya sahabat-sahabat saya para khattat dari Malaysia, Brunei, Indonesia, Singapore dan Thailand. Jangan dilepaskan peluang yang sangat berharga ini. Jika tidak masuk pertandingan, marilah bersama-sama kita menghadirkan diri ke  Terengganu International Islamic Art festival (TIIAF 2013).

PERTANDINGAN KHAT PERINGKAT KEBANGSAAN

  • Ayat untuk kanvas : [Khat Thuluth] Surah Al-Baqarah : 201 – 202     atau    [Khat Diwani Jali] Surah Al-Insan : 23 – 25
  • Ayat untuk kayu : [Khat Thuluth] Surah At-Taubah : 29    atau    [Khat Kufi] Surah Al-Insyirah : 78
  • Ayat untuk logam : [Khat Thuluth] Surah As-Syura : 20    atau    [Khat Nasakh] Surah Al-Qalam : 1 – 4

PERTANDINGAN KHAT PERINGKAT INTERNASIONAL

  • Ayat Pertandingan, Surah Al-Alaq
  1. Ayat 1 – 5 [Khat Thuluth]
  2. Ayat 6 – 16 [Khat Nasakh]
  3. Ayat 17 – 19 [Khat Thuluth]

# Tarikh akhir hantar karya Kebangsaan & Internasional pada 30 Oktober 2013

2013 Calligraphy Festival, Algeria

Surat jemputan menghadiri Festival Seni Khat 2013 di Algeria

Surat jemputan menghadiri Festival Seni Khat 2013 di Algeria

The International Cultural Festival of The Arabic Calligraphy 2013.  Alhamdulillah… Sekali lagi saya diberi penghormatan dijemput sebagai wakil dari Malaysia untuk menghadiri Festival Seni Khat yang akan diadakan di Negara Algeria dari 28 Mei 2013 sehingga 4 June 2013. Saya amat menghargai dan menanti-nanti jemputan ini kerana ia merupakan salah satu festival seni khat yang sangat berprestij di peringkat antarabangsa. Festival ini adalah acara tahunan  yang menghimpunkan ramai penulis seni khat terkenal dari seluruh dunia. Kali ini seramai hampir 90 orang penulis-penulis khat telah dijemput dari 20 negara. Ini adalah penyertaan kali ketiga saya dalam festival ini. Apa yang menariknya, sepanjang festival ini akan dipenuhi dengan program-program berkaitan seni khat yang sangat menarik seperti bengkel khat, seminar, demontrasi penulisan khat oleh khattat terkenal serta perbincangan ilmiah mengenai seni Islam yang membuatkan saya sangat teruja mengikuti, mendengar dan melihat dengan mata sendiri semua acara yang berlaku disini. Selain itu sudah tentu ada juga pameran dan pertandingan seni khat di mana semua peserta diwajibkan membawa karya terbaru masing-masing untuk dipamer dan dinilai oleh juri terpilih.

Penyertaan Di IRCICA

abdulbaki-ircica-2013

Alhamdulillah…Walaupun tidak menang sebarang hadiah atau sangkut hadiah saguhati ke..hehe. Inilah karya yang saya hantar untuk pertandingan khat IRCICA 2013. Karya yang dibuat last minute, beberapa hari sebelum tarikh akhir hantar penyertaan. Keputusan pemenang sudah keluar hari ini. Tahniah kepada semua yang berjaya dan paling membanggakan ada juga wakil dari Asean, iaitu negara jiran kita Indonesia yang telah mencatatkan nama antara pemenang di IRCICA kali ini. Tahniah sekali lagi kepada mereka.  Wakil Malaysia?? memang tak ada yang menang..huhu. Jangan kecewa sahabat2, cuba lagi ye…

Kalau ada sebarang pertandingan khat atau program yang anda sertai, sebenarnya anda telah berjaya mendapat sesuatu. Anda berjaya mendapat banyak pengajaran di dalamnya. Anda berjaya mengatasi halangan besar yang sering dijadikan alasan oleh mereka yang tak hantar langsung penyertaan. Memang banyak halangan terpaksa dihadapi. Umpamanya halangan masa, idea, teknik, latihan, pengurusan dan macam-macam lagi. Apabila sudah siap dan berjaya dihantar karya tersebut, anda akan merasa cukup puas… anda telah berjaya lalui semua halangan tersebut. Inilah sebenarnya antara proses belajar khat kalau anda nak tahu..hehe.

Bengkel Seni Khat Darul Quran

Bengkel seni khat kepada pelajar-pelajar Darul Quran Kuala Kubu Bharu pada 27 Jan 2013

This slideshow requires JavaScript.

Terengganu International Islamic Art Festival 2012

Terengganu International Islamic Art Festival 2012

  1. Ms. Nuria Garcia Macep (Spain)
  2. Mr. Shreen Abdel Halim (Egypt)
  3. Mr. Adnan Sheikh Osman (Syria)

Terengganu International Islamic Art festival (TIIAF 2012) is a 4-day festival initiated by Taman Tamadun Islam Terengganu, Malaysia (Islamic Civilization Park) with the sole purpose of promoting Islamic Art. It is an extention of ‘Inspirasi Seni Khat’ 2011 which was previously organized and received overwhelming responds from local and abroad.

The TIIAF 2012, with the theme of “devotion to Islamic art…” is expected to be the venue where value of Islamic calligraphy and its applications are promoted at the highest level. Apart from seminars workshop and competitions, which shall be conducted by world renowned calligraphers, the festival also features experimental khat-batik design demonstration, Islamic Musical shows and exposition of various Islamic Art product. It is an opportunity not to be missed not only to aspiring calligraphers but all who love Islamic Arts

For further information please contact:

THE SECRETARIAT

TERENGGANU INTERNATIONAL ISLAMIC ART FESTIVAL

TTI Management Sdn. Bhd, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man,

Losong Panglima Perang, 21000 Kuala Terengganu, Malaysia.

TEL : +6096278807.   FAX : +6096309020.

WEBSITE: www.tti.com.my      EMAIL: calligraphy@tti.com.my

P/ In charge :  MR. KHALIZAN MAHMUD (H/P: +6013-2626061)  / MR. ZAFUAN (H/P: +6017-9305890)

INTERNATIONAL CALLIGRAPHY COMPETITION FORM (PDF FILE), PLEASE CLICK HERE

NATIONAL (Malaysian only) CALLIGRAPHY COMPETITION FORM (PDF FILE), PLEASE CLICK HERE

Kursus Seni Khat

KURSUS ASAS PENULISAN KALIGRAFI di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Rembau, Negeri Sembilan pada 18 April 2012.

This slideshow requires JavaScript.

Pertandingan Khat IRCICA ke-9

Image

Pertandingan Khat IRCICA ke 9 atas nama Ekmeleddin Ihsanoglu telah diumumkan oleh IRCICA (RESEARCH CENTRE FOR ISLAMIC HISTORY, ART AND CULTURE) melalui laman webnya: http://ircica.org. Pertandingan khat peringkat antarabangsa yang sangat berprestij ini diadakan dalam masa 3 tahun sekali. Untuk menyertainya, peserta perlu mendaftar sebelum 31 Oktober 2012 dengan mengirim borang penyertaan kepada sekretariat pertandingan di IRCICA, Turki. Tarikh akhir menghantar karya pada 28 Februari 2013 ( setahun tu bagi masa.. hehe). Penghakiman pada April 2013. Senarai hakim khat untuk pertandingan ini ialah:

- Dr. Halit Eren, IRCICA Director General, Chairman of the Organising Committee
– Mr. Mus’ad Khudair al-Borsaidi, Master of Calligraphy, Egypt
– Mr. Ubayda Muhammed Salih al-Banki, Master of Calligraphy, Syria
– Mr. Hamidi Bel’id, Master of Calligraphy, Morocco
– Dr. Abdul-Rida Bahiye, Master of Calligraphy, Iraq
– Mr. Jalil Resuli, Master of Calligraphy, Iran
– Mr. Fuad Başar, Master of Calligraphy, Turkey
– Mr. Davud Bektaş, Master of Calligraphy, Turkey

Antara ayat yang dipertandingkan :

1) Thuluth Jali: Surah al-Fath, ayat 28.           2) Thuluth ‘Aadi: Surah al-Baqarah, ayat 285 – 286

Selamat berkarya kepada semua para khattat……… Apa salahnya mencuba!!. Sekurang-kurangnya dapat sijil dari IRCICA.. :)

Untuk download borang pertandingan sila click di sini : 9th International Calligraphy Competition

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,539 other followers