Khat Diwani

khat diwani

Penulis seni khat ini ialah Muhammad Munif tetapi kaedah penulisannya telah diolah semula oleh Syahla Pansha dan al- Hafiz Othman.  Dinamakan khat Diwani kerana ada diantara pendapat yang mengatakan khat ini sering digunakan sebagai tulisan rasmi di jabatan – jabatan kerajaan. Dari jabatan kerajaan tulisan ini berkembang kesegenap lapisan masyarakat. Tujuan khat ini dicipta di waktu itu ialah untuk menulis semua keputusan dan pekeliling pentadbiran kerajaan serta surat – menyurat rasmi. Namun ketika ini ia biasanya digunakan untuk menulis sijil, watikah dan tulisan – tulisan untuk perhiasan. Khat ini mempunyai bentuk yang tersusun dan tidak mempunyai baris atau hiasan (contoh di atas sengaja dibariskan untuk memudah bacaan). Keistimewaannya terserlah pada bentuknya yang bundar dan melengkung, sebenarnya ia lebih mudah ditulis dan dibentuk oleh seorang penulis berbanding khat – khat lain. Hurufnya juga boleh disesuaikan pada sebarang bentuk ruang dan situasi contohnya jika mencipta logo, mencipta desain, tulisan khas dan lain – lain lagi.

12 Responses to “Khat Diwani”

  1. muhammad anuar bin omar's avatar muhammad anuar bin omar Says:

    pembelajaran huruf khad

  2. syazana's avatar syazana Says:

    beri banyak lagi gambar contoh untuk khat jenis ini

  3. Baki's avatar arabiccalligraphy Says:

    InsyaAllah saya akan upload lagi contoh khat diwani pada masa akan datang

  4. jalil's avatar jalil Says:

    macam mana nak download jawi khad

  5. ZAIDA's avatar ZAIDA Says:

    Salam…kat mana nak dapat buku yang betul-betul tunjuk cara penulisan kaht diwani…

  6. azli's avatar azli Says:

    dari mana nak dapatkan buku untuk kaedah2 penulisan khat termasuk thuluth,nasakh,diwani,riq’ah dan lain2?

  7. Baki's avatar arabiccalligraphy Says:

    Cuba cari ketika pameran buku di PWTC, ataupun kalau ada kawan2 yang belajar di Mesir, Syiria, Jordan.. minta tolong diorang belikan. Buku saya pun banyak yang photostat shj 🙂

  8. Faaiz..'s avatar Faaiz.. Says:

    salam ust..mnx izin nk copy khat diwani ust ni..nk cube2 tulis..nnti ana bg kt ust nilaikan cm ner..tp nk bg cm ne?

  9. johan saputra's avatar johan saputra Says:

    tolong kasih macam-macam font diwaninya.

  10. Apsiah Mustamam's avatar Apsiah Mustamam Says:

    Salam. ust macamana saya nak downlod jenis-jenis khat dewani ni. untk d ajarkan kpd murid2

  11. Baki's avatar Baki Says:

    Waalaikumusalam Apsiah. Nak download mudah saja. Right click pada gambar kemudian save as..

  12. amirul's avatar amirul Says:

    salam, kat mana saya boleh belajar khat?


Leave a comment