Pertandingan Kaligrafi Islam Nusantara Sabah

Dijemput menjadi juri Pertandingan Kaligrafi Islam Nusantara Sabah bersama Ustaz Didin Sirojuddin dan Ustaz Isep Misbah dari 6.11.2019 hingga 10.11.2019. Sebanyak tiga kategori dipertandingkan; Thuluth Jali + Thuluth, Diwani Jali & Thuluth + Naskh. Semua penyertaan sangat berkualiti tinggi terutamanya dalam kategori Khat Thuluth Jali dan Diwani Jali, sesuai dengan taraf pertandingan yang bersifat antarabangsa. Tahniah kepada semua pemenang. Kepada yang tidak menang, anda juga sebenarnya adalah pemenang kerana berjaya membuat karya dan mengirim. Anda boleh pelajari banyak ilmu dari usaha ini. Insyaallah di masa mendatang akan tiba giliran anda sebagai pemenang..Insyaallah.