Pameran Dan Pertandingan Khat

Alhamdulillah.. Hari ini kami telah selesai mengadakan Pertandingan Seni Khat Terbuka sempena sambutan Maulid Rasul peringkat Negeri Melaka, Tahun 1429H yang telah dianjurkan oleh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dengan kerjasama Persatuan Seni Khat Kebangsaan dan Yayasan Restu. Pertandingan ini telah diadakan di Galeri Ketua Menteri Melaka di Peringgit. Seramai lebih 50 orang telah hadir bagi memeriahkan pertandingan pada kali ini. Pada pandangan saya kualiti keseluruhan tulisan para peserta sangat baik dan saingan juga sengit. Khat yang dipertandingkan adalah khat thuluth. Biasalah..Adat pertandingan, ada yang menang, ada yang kalah. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada yang menang dan saya nak ucapkan tahniah juga kepada yang kurang bernasib baik kerana telah berusaha dengan penuh semangat bagi memartabatkan seni khat. Sanggup datang dari jauh dan dekat semata-mata untuk memeriahkan pertandingan. Sudah tentu anda mendapat pengalaman yang sangat berharga di pertandingan ini. Pemenang pertandingan ialah: 1) Ustaz Hilyas (Terengganu), 2) Muhammad Zulfikri (Kedah), 3) Muhammad Ilham (Kelantan).

Inilah beberapa gambar suasana pertandingan dan pameran yang sempat diambil

seni khat seni khat seni khat

seni khat seni khat seni khat

seni khat seni khat seni khat

Pertandingan Seni Khat

pertandingan khat 

Sempena Ekspo Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka, Tahun 1429H Bersamaan 2008M, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dengan kerjasama Persatuan Seni Khat Kebangsaan, Yayasan Restu dan Pusat Zakat Melaka akan mengadakan Pertandingan seni khat peringkat kebangsaan, pada 23 Mac 2008 (ahad), bertempat di Muzium Al-Quran Melaka, Bangunan Fasa II, Kompleks Al-Azim, Bukit Palah, Melaka. 

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi:

Tel: 06-2826526 / 06-2811289 / 06-2834698 / 06-2827464

(Pn. Zaiematunnisa / Pn. Laily / En. Nurman)

Kepada kawan-kawan yang ingin menyertai pertandingan ini tolong cepat sikit. Hubungi nama-nama di atas, kerana saya difahamkan tempatnya terhad..! First come first serve. 

Untuk makluman, ketika itu juga kita mengadakan Pameran Seni Khat Warisan Kebangsaan selama satu bulan bermula dari 17 Mac 2008 hingga 20 April 2008, disamping diadakan demontrasi menulis khat oleh penulis-penulis khat dari Yayasan Restu.

“SENI KHAT WARISAN KEBANGSAAN”

Pameran Seni Khat Di Melaka

p3020069-copy.jpg  hadari2.jpg khattat.jpg

hadari3copy.jpg demo-khat3.jpg p3010027-copy.jpg

Minggu lepas, saya dan beberapa rakan di Yayasan Restu telah ditugaskan untuk membuat pameran Kesenian Islam dan Demontrasi Seni Khat di Perkampungan Hadhari Melaka. Kami berada di sana selama 3 hari (1 – 3/3/2008). Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Pada hari ahad (2/3/2008) merupakan hari perasmian program dan kemuncak acara. Agak ramai juga pengunjung yang datang ke booth kami yang mempamerkan pelbagai lembaran seni mushaf, seni khat, hiasan dalaman, cop mohor, cenderahati dan demontrasi menulis khat. Ada yang membeli cenderahati untuk anak-anak dan orang tersayang dan ada yang mengambil kesempatan menulis nama dalam seni khat untuk kenang-kenangan dan sebagainya. Orang Melaka sememangnya baik dan ramah. Alhamdulillah, kami mendapat kerjasama dari semua pihak. Terima kasih diucapkan kepada penganjur iaitu Kerajaan Negeri Melaka, Perbadanan Melaka Holding (PMH). Terima kasih juga kepada Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) yang banyak menolong kami dari awal hingga akhir.

Sebagai pengumuman kepada orang-orang Melaka, kami akan kembali lagi..! Yayasan Restu dengan kerjasama PERZIM, Persatuan Seni Khat Kebangsaan (PSKK) dan Perpustakaan Negara akan mengadakan Pameran Seni Khat selama satu bulan di Muzium al-Quran Melaka (sebelah Masjid al-Azim) pada 17 Mac 2008 – 20 April 2008. Jemputlah datang beramai-ramai ke pameran tersebut.