Pameran Seni Khat Di Melaka

p3020069-copy.jpg  hadari2.jpg khattat.jpg

hadari3copy.jpg demo-khat3.jpg p3010027-copy.jpg

Minggu lepas, saya dan beberapa rakan di Yayasan Restu telah ditugaskan untuk membuat pameran Kesenian Islam dan Demontrasi Seni Khat di Perkampungan Hadhari Melaka. Kami berada di sana selama 3 hari (1 – 3/3/2008). Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Pada hari ahad (2/3/2008) merupakan hari perasmian program dan kemuncak acara. Agak ramai juga pengunjung yang datang ke booth kami yang mempamerkan pelbagai lembaran seni mushaf, seni khat, hiasan dalaman, cop mohor, cenderahati dan demontrasi menulis khat. Ada yang membeli cenderahati untuk anak-anak dan orang tersayang dan ada yang mengambil kesempatan menulis nama dalam seni khat untuk kenang-kenangan dan sebagainya. Orang Melaka sememangnya baik dan ramah. Alhamdulillah, kami mendapat kerjasama dari semua pihak. Terima kasih diucapkan kepada penganjur iaitu Kerajaan Negeri Melaka, Perbadanan Melaka Holding (PMH). Terima kasih juga kepada Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) yang banyak menolong kami dari awal hingga akhir.

Sebagai pengumuman kepada orang-orang Melaka, kami akan kembali lagi..! Yayasan Restu dengan kerjasama PERZIM, Persatuan Seni Khat Kebangsaan (PSKK) dan Perpustakaan Negara akan mengadakan Pameran Seni Khat selama satu bulan di Muzium al-Quran Melaka (sebelah Masjid al-Azim) pada 17 Mac 2008 – 20 April 2008. Jemputlah datang beramai-ramai ke pameran tersebut.

9 Responses to “Pameran Seni Khat Di Melaka”

  1. Firdaus Says:

    ustaz p Melaka minggu lepas ye….tengok keadaan pun ramai pengunjung tu, bestnya kalau dapat join sekali 🙂

    – insyaAllah kalau berpeluang nanti bolehlah sy pi tgk pameran 17mac hingga 20 April tu, kalau takde apa hal…

  2. Abdul Hakim Lukhman as-Sariki Says:

    Ustaz, bila Yayasan Restu boleh buat pameran seni khat di Sarawak? Orang-orang kat sini nak sangat ikut pameran seni khat kat Melaka, tapi jauhlah…

  3. apadia Says:

    buat di Melaka tu pun bersempena dengan perasmian Muzium Al-Quran, kalau tak silap saya…kan ustaz? dan juga sambutan maulidurrasul

  4. arabiccalligraphy Says:

    (Abdul hakim), Rasanya di serawak kami belum pernah buat pameran lagi. Di Sabah kita dah buat tahun lepas. InsyaAllah, saya akan cuba usahakan kearah itu. Kalau nak cepat mudah sahaja, kena ada sponsor…

  5. ZAIDA Says:

    Salam…
    pameran di muzium terengganu 12-13 april ni..sila komen…

  6. tinta_hitam Says:

    salam,
    ustz
    klu
    ada
    lg
    pmrn
    khat
    leh
    x
    informkan
    pd
    sy.
    @ hntrkn
    jdual
    pmrn
    kat
    emel
    sy…syukran kathir.

  7. amin Says:

    slm.. saya amin dr uia nk jemput ust buat pameran ntuk “islamic art exhibition” di uia pd 14-20 julai ni.. camne nk contact ust?
    ni no saya 0132505137

  8. muhammad amirul Says:

    salam’alaik..
    ustaz,
    sy ade pgang jwatn dlm biro di pusat asasi UIA PJ..
    klas khat adlh aktiviti wajib biro kami..
    sy nk tanye, mcmane care untuk mnjmput ustaz & kwn2 yayasan restu utk mngadakan pameran di asasi UIA PJ?
    krjasama dri phak ustaz amat kami hrapkn..
    terima kasih..

  9. arabiccalligraphy Says:

    Waalaikumussalam Amirul..
    Untuk tujuan tersebut anta kena contact Yayasan Restu. Hubungi pegawai di Bahagian pentadbiran 03-55119001. Untuk maklumat lanjut sila lihat wabsite ini http://www.restu-art.com


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: