My calligraphy in thuluth & naskh type follow Syed Abdullah Zuhdi’s way..
Kursus Qalam Thuluth ini akan diadakan pada 13 Mac 2010 (Hari sabtu) bertempat di Pusat Latihan Yayasan Restu (RIYADH RESTU), Kuang, Selangor. Pengisian kursus ini, akan menumpukan kepada satu jenis seni khat sahaja iaitu khat thuluth. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa, khat ini merupakan salah satu jenis khat yang begitu meluas penggunaannya di Malaysia dan amat sukar untuk menguasai disebabkan banyak rahsianya yang tersembunyi. InsyaAllah kursus ini akan dikendalikan oleh saya sendiri di mana kita akan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, berbincang tentang rahsia, tips dan kaedah-kaedah seni khat thuluth ini agar kita dapat menambahkan pengetahuan dan memanfaatkannya di dalam hasil kerja seni kita di masa akan datang.
Kepada yang berminat dijemput untuk mendaftarkan diri secepat mungkin, kerana penyertaan sangat terhad. Untuk malumat lanjut sila hubungi : Zulfikri: 012-6940323 / Ummi : 016-6375997 / Hawa: 012-6223114
Hasil tulisan kaligrafi saya telah digunakan untuk satu program yang agak besar dan hebat oleh sekumpulan artis Muslim di United Kingdom yang terdiri dari pelbagai background seni. Saya diminta oleh salah seorang daripada mereka iaitu sahabat saya bernama Muhammed Ali untuk menulis beberapa patah perkataan untuk tujuan tersebut. Program yang lebih menjurus ke arah keamanan sejagat ini telah di adakan di Birmingham Repertory Theatre pada 21 Jan 2010 baru-baru ini. Beberapa gambar saya paparkan di sini untuk dikongsi bersama.