Surah Hud : 88

إِنۡ أُرِيدُ إِلَّا ٱلۡإِصۡلَـٰحَ مَا ٱسۡتَطَعۡتُ‌ۚ وَمَا تَوۡفِيقِىٓ إِلَّا بِٱللَّهِ‌ۚ عَلَيۡهِ تَوَكَّلۡتُ وَإِلَيۡهِ أُنِيبُ

 I desire naught save reform so far as I am able. My welfare is only in Allah. In Him I trust and unto Him I turn (repentant).

Ayat Seribu Dinar

Ayat daripada Surah At-Talaq, ayat 2-3. Khat Thuluth. Ukuran : 24 x 65 inci. Hubungi kami di 0193932947 untuk maklumat lanjut.

Surau Pondok Tahfiz

Tulisan khat ayat al-Quran di Surau Pondok Tahfiz Raudhatul Jannah, Sik, Kedah. Hubungi kami di 0193932947 untuk maklumat lanjut.

Papan Tanda Surau

Papan tanda Surau Jumaat Kampung Setia Kuang, Selangor.

Material : Ukiran atas tile.

Hubungi kami di 0193932947 untuk maklumat lanjut.

Papan Tanda Khat

Papan tanda khat di Surau Al-Hijrah PPR Pantai Ria. Hubungi kami di 0193932947 untuk maklumat lanjut

Produksi Mihrab

Produksi mihrab surau dan masjid. Hubungi kami di 0193932947.

Seni Mihrab

Mihrab yang tersergam indah dalam masjid sering kali disalah anggap sebagai mimbar tempat khatib menyampaikan khutbah.

Mihrab bermaksud ceruk dinding sebuah masjid yang menunjukkan kiblat iaitu arah Kaabah yang umat Islam perlu menghadapnya sewaktu bersolat.

Pada asalnya, perkataan mihrab daripada perkataan bukan berunsur keagamaan dan hanya dilambangkan sebagai bilik khas di sebuah rumah dan ruang takhta di dalam istana suatu ketika dahulu.

Sejarah mihrab pertama ialah kewujudannya pada era pemerintahan Khalifah Umayyah al-Walid Ibnu Abd al-Malik (705 M hingga 715 M). Semasa era pemerintahan Uthman Ibnu Affan (644 M hingga 656 M), khalifah memerintahkan suatu tanda ditampal pada dinding masjid di Madinah bagi memudahkan penziarah mengetahui arah kiblat untuk bersolat.

Namun pada zaman pemerintahan al-Walid, Masjid Nabawi diubah suai dan Gabenor Madinah Umar Ibnu Abdul Aziz memerintahkan ceruk (mihrab) dicipta pada dinding dalaman masjid sebagai penanda arah kiblat.

Jika melangkah masuk ke ruang solat Masjid Negara, pandangan pasti akan terpukau dengan keindahan seni ukiran hiasan dalaman masjid berkenaan.

Salah satu yang mencuri tumpuan ialah mihrab yang terletak di tengah dalam masjid, di hadapan imam.

Keunikan seni bina halus pada mihrab turut menarik minat pelancong antarabangsa untuk mengambil gambar apabila membuat lawatan ke masjid itu.

Dengan dimensi ketinggian 4.3 meter (m) dan lebar 2.98m, ia dibina oleh sepasukan arkitek negara diketuai Datuk Baharuddin Abu Kassim pada 1965 iaitu sama tarikh siapnya pembinaan Masjid Negara.

Penolong Pegawai Perhubungan Awam Kanan Masjid Negara Mohd Na’aim Harun berkata, mihrab berbentuk pintu gerbang yang dihiasi kerawang indah dan ayat al-Quran dalam seni khat thuluth.

“Dindingnya pula dihiasi mozek berwarna biru gelap dengan corak zilliji yang dibuat oleh pakar seramik dari Maghribi.

“Bahagian dalaman dinding sebelah atas mihrab ditampal dengan ukiran tangan mengikut corak mukarnas,” katanya kepada Nuansa.

Katanya, thuluth ialah sejenis seni khat yang direka oleh seorang lelaki berbangsa Parsi, Ibn Muqlah Shirazi. Ia berbentuk lurus dan bersudut skrip kufi yang digantikan skrip garisan melengkung dan condong.

“Penggunaan seni zilliji atau ‘zellige’ melambangkan kemewahan dan ia adalah satu bentuk merangkumi campuran pelbagai warna dan berbentuk geometrik menambahkan seri pada mihrab berkenaan.

“Hiasan mukarnas menampilkan sistem unjuran, pengulangan dan penggandaan berbentuk ceruk yang berfungsi sebagai dekorasi untuk bahagian peralihan dalam seni bina,”katanya.

Beliau berkata, setiap masjid, surau dan bilik solat pastinya mempunyai ceruk mihrab kerana ia dikenal pasti sebagai dinding kiblat.

Katanya lagi, mihrab mempunyai pelbagai saiz dan reka bentuknya dihias serta dirancang untuk memberikan kesan pintu melengkung yang terus menghadap arah Kaabah di Makkah.

Sumber : hmetro.com.my

Papan Tanda Surau

Papan tanda nama Surau Nurul Huda

Papan Tanda Surau Al-Mukmin

Papan Tanda (Sandblasted tiles) di Surau Al-Mukmin, Taman Junifer, 72100, Bahau, NSDK. Hubungi kami di 0193932947 untuk papan tanda di masjid dan surau.

Mihrab Surau

Dekorasi mihrab Surau As-Solihin Kajang, Selangor.

Untuk dekorasi mihrab di surau anda sila hubungi kami di 0193932947.

Surau At-Taqwa

Mihrab di Surau At-Taqwa Kuala Lumpur. Hubungi kami di 0193932947 jika berminat untuk upgrade mihrab di masjid/ surau anda. Terima kasih 🙂

Mihrab Surau

Alhamdulillah… Siap pemasangan mihrab di Surau Hospital Alor Gajah, Melaka di awal bulan Ramadan 1440 ini. Semoga memberi manfaat kepada jemaah, memberi ketenangan dan khusyuk beribadah di sini.

Hubungi kami di 0193932947 jika anda perlukan khidmat nasihat berkaitan mihrab masjid dan surau.

This slideshow requires JavaScript.

WALLPAPER KALIGRAFI DI SURAU

Hiasan wallpaper kaligrafi / khat di surau Stesen – Stesen Janaelektrik Sungai Perak.

Hubungi kami di 0193932947 untuk tempahan.

This slideshow requires JavaScript.

Mini Mihrab

Mini mihrab di surau Sekolah Kebangsaan Cochrane Kuala Lumpur.

Mini mihrab atau mihrab bersaiz kecil sesuai diletakkan di rumah, sekolah atau pejabat. Sila hubungi kami di 0193932947 untuk maklumat lanjut.

This slideshow requires JavaScript.

Thuluth Jali

وَمُبَشِّرَۢا بِرَسُولٍ۬ يَأۡتِى مِنۢ بَعۡدِى ٱسۡمُهُ ۥۤ أَحۡمَدُ‌ۖ فَلَمَّا جَآءَهُم بِٱلۡبَيِّنَـٰتِ قَالُواْ هَـٰذَا سِحۡرٌ۬ مُّبِينٌ۬

wamubassyiran-thuluth

Khat Thuluth – Al-Furqan : 75

أُولَٰئِكَ يُجْزَوْنَ الْغُرْفَةَ بِمَا صَبَرُوا وَيُلَقَّوْنَ فِيهَا تَحِيَّةً وَسَلَامًا

” Those are the ones who will be rewarded with the highest place in heaven because of their patient constancy; therein shall they be met with salutations and peace ”  Al-Furqan : 75

 

اولئك يجزون الغرفة بما صبروا--

Muhaqqaq & Raihani

Sebahagian penulisan mushaf dengan khat Muhaqqaq dan Raihani

ms-15

Khat Muhaqqaq & Raihani

من قصيدة نهج البردة لأحمد شوقي

في مدح سيدنا ونبينا صلى الله عليه وسلم

 بخط المحقق والريحانى

burdah90

Mengangkat seni khat Malaysia

ru_01.2

Kejayaan Pos Malaysia dipuji kerana mengangkat martabat seni khat dan kaligrafi di Malaysia.

SAAT memegang qalam, tangan kanan lelaki berusia 47 tahun itu pantas beraksi menulis perkataan kaligrafi atas sehelai kertas putih di hadapannya.

Lukisan yang memerlukan ekspresi mendalam itu ternyata cukup sebati dalam diri Velu Perumal.

Mula mempelajari tulisan kaligrafi sejak 35 tahun lalu di Sekolah Kebangsaan Sg. Manggis, Banting, Selangor, ketelitiannya jelas terserlah dengan memastikan garisan, kedudukan, titik atau tompok cermat tanpa sebarang cacat cela.

“Sejak di bangku sekolah rendah lagi, saya amat meminati bidang seni lukisan. Guru bagi subjek Pendidikan Seni saya ketika itu ialah Cikgu Zamrod Mohd. Saidi.

“Saya menjadikan beliau sebagai sumber inspirasi untuk terus berkarya dalam bidang kaligrafi ini. Beliau memberi galakkan dan dorongan ketika saya belajar melukis sewaktu di kelas seninya dahulu,” kongsinya ketika ditemui Kosmo! di Pejabat Pos Besar Malaysia, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Walaupun tidak mempelajari secara khusus ketika di sekolah, bapa kepada dua cahaya mata itu mengakui minatnya dalam bidang seni lukisan membawanya kepada kaligrafi atau seni khat.

“Faktor minat mendorong saya mempelajarinya dengan lebih mendalam termasuk mengikuti kelas dan kursus kaligrafi. Penulisan khat bukanlah mudah pada awalnya dan ia memerlukan banyak latihan.

“Generasi muda pada hari ini lebih menumpukan penghasilan kaligrafi menggunakan komputer. Ia memang boleh menghasilkan kaligrafi kerana adanya garisan dan lorekan tetapi itu hanya nampak tulisan.

“Bila kita menulis dengan menggunakan pensel, pen atau pena buluh, di sebalik tulisan itu, terdapat nilai, perasaan dan emosi seseorang artis kaligrafi,” katanya yang juga merupakan pensyarah di Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia.

Tambahnya, setiap penulis mempunyai teknik latihan tersendiri. Velu misalnya, menghabiskan masa selama 10 hingga 15 minit untuk melatih tangannya menulis kaligrafi.

Mengulas mengenai setem kaligrafi Malaysia yang dihasilkannya dalam tulisan Tamil, Nanneri Panbu, beliau berkata, ia melambangkan beberapa kualiti nilai murni yang ada pada manusia termasuklah kesopanan, persaudaraan, keanggunan, etika dan patriotisme.

“Dibaca dari kiri ke kanan, tulisan Tamil klasik telah melalui beberapa peringkat pemurnian selaras dengan evolusi moden yang membawa perubahan dalam rekaan dan gaya penulisan.

Teknik penulisan

“Disebabkan keunikannya, gaya ini hanya digunakan untuk acara atau dokumen kehormat. Tulisan tangan ini kebanyakannya dihasilkan di atas kertas menggunakan dakwat hitam atau berwarna dengan pen khat, berus, kayu mata lebar atau bilah buluh,” ujarnya.

Dalam pada itu, penulis khat terkenal, Abdul Baki Abu Bakar, 42, berkata, tulisan khat merupakan hobinya. Kini, beliau telah memiliki sebuah galeri.

“Saya mahu berkongsi dengan masyarakat yang berminat dengan seni khat.Sepanjang pembabitan saya dalam bidang ini, ramai yang ingin tahu cara-cara untuk mempelajarinya.

“Dari situ, timbul idea menubuhkan galeri ini. Pada saya, masyarakat perlu ditunjuk dengan karya-karya khat supaya mereka dapat mengenali secara mendalam seni yang terdapat dalam Islam,” kata Pengarah Urusan Diwani Kraf yang terletak di Taman Kemuning Utama, Shah Alam, Selangor itu.

Menurutnya lagi, cabaran menulis seni khat terletak pada teknik penulisan itu sendiri. Terdapat sesetengah huruf Jawi yang menggunakan teknik keras manakala sesetengahnya menggunakan teknik lembut.

“Misalnya, huruf Alif perlu menggunakan teknik keras untuk mendapatkan tulisan yang cantik. Malah, tulisan khat yang ditulis menggunakan pena buluh dan dakwat, hasilnya lebih halus berbanding menggunakan pen,” katanya.

Abdul Baki menjelaskan, di Malaysia, gaya seni khat adalah berbeza mengikut bangsa dan budaya. Jawi, gaya penulisan bahasa Melayu menggunakan aksara Arab telah digunakan selama lebih 700 tahun yang terbukti dengan penemuan Batu Bersurat Terengganu.

“Batu itu menampilkan ukiran tulisan Jawi pertama yang ditemui di Malaysia. Ia membuktikan khat dan Islam telah bertapak di negara ini antara tahun 1326 hingga 1386.

Perkembangan seni khat Islam pula berkait rapat dengan al-Quran. Ia telah mendorong khat menjadi salah satu daripada pembentukan ekspresi artistik di dalam budaya Islam terutamanya bagi Muslim di Malaysia,” katanya.

Tambahnya lagi, gaya tulisan khat Islam pada setem yang dihasilkan dikenali sebagai Thuluth yang merupakan salah satu daripada tujuh gaya utama. Gaya lain ialah Nasakh, Diwani, Jali, Rqah, Farisi dan Kufi.

“Thuluth dikenali sebagai bentuk khat Islam yang tertinggi dan paling dihormati serta memerlukan masa yang lama untuk mahir. Tiada cara lain jika anda ingin menguasai khat-khat ini, kecuali harus belajar dan berlatih secara berterusan.

“Nilai murni di dalam Jawi dieja nun ya lam alif ya, mim waw ra nun ya’. Dalam penulisan Arab pula, teks dibaca dari kanan ke kiri,” kata bapa kepada empat cahaya mata itu.

Bagaimanapun, Abdul Baki memberitahu, perkara utama sebelum berlatih menulis khat adalah belajar melalui guru.

“Carilah guru yang pandai menulis khat dan belajar dengannya,” nasihatnya.

Warisan budaya

Sementara itu, seorang lagi artis kaligrafi, Dr. Wong Kum Peng pula berkata, komuniti lain di Malaysia, terutamanya Cina dan India juga mempunyai bahasa dan tradisi khat yang tersendiri. Ianya diwarisi secara turun-temurun dan bersama ia menghasilkan kemewahan warisan budaya di negara ini.

“Hari ini, seni khat terus berkembang di dalam bentuk seni keagamaan, penulisan puisi, seni khat pentauliahan, rekaan tipografi, undangan peribadi, rekaan logo tulisan tangan asli, ukiran batu, dokumen peringatan dan banyak lagi,” katanya yang juga merupakan penaung Persatuan Kaligrafi Malaysia.

Menurut Kum Peng, karakter Li di dalam khat Cina membawa pelbagai maksud termasuklah kesopanan, etika dan peradaban. Di dalam khat Cina (Shu fa), karakter Cina boleh ditulis dalam lima gaya utama dan yang diabadikan pada setem ini ditulis mengikut Separuh Kursif atau gaya Running Script (Xingshu).

“Secara amnya tulisan ini boleh dibaca dengan mudah oleh sesiapa sahaja yang mempunyai pendidikan dalam tulisan Cina.

“Berus, dakwat, kertas dan batu dakwat adalah peralatan penting di dalam seni khat Cina dan ia dikenali sebagai Four Treasures of the Study,” ujarnya

Sumber: http://www.kosmo.com.my/

 

Logo

logo-tahfiz-alquran

Khat Thuluth

الجمعية لشؤون المدارس الدينية بولاية قدح

الجمعية لشؤون المدارس

Personal Name

المحامي نائف محمد بامعوضة

naif-12x12-3

Mihrab Surau

Mihrab menarik dan ringkas untuk Surau Ar-Rayyan Kuala Lumpur. Gabungan seni kaligrafi Islam dan seni pertukangan Melayu menghasilkan suasana harmoni dan menenangkan jiwa untuk kesempurnaan beribadah.

Untuk mengetahui lebih lanjut
sila hubungi / whatsApp: +60 193932947.

Latihan Khat Nasakh

Latihan khat nasakh Rabbi yassir wala tu’assir. Boleh muat turun gambar ini, cetak atas kertas A4 dan buat latihan menggunakan pen saiz 2mm atau 2.5mm. Selamat mencuba !

 

Surah As-Sajdah

Surah As-Sajdah 4×8 kaki, sesuai untuk mihrab atau ruang solat di rumah. PM atau whatsapp 0193932947

surah-sajdah-1

Hiasan Mihrab

Hiasan mihrab Madrasah Hidayatul Islamiah, Lorong Mewah 14, Bandar Tun Razak 56000, Kuala Lumpur.

At-Taubah : 20

Surah At-Taubah : 20

“Those who believe, and have left their homes and striven with their wealth and their lives in Allah’s way are of much greater worth in Allah’s sight. These are they who are triumphant”.

attaubah--20

Islamic Decor For Home

Islamic decoration for bungalow at Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, Malaysia

TIIAF-2013

My artwork for calligraphy competition  in conjunction with Terengganu International Islamic Art Festival 2013

al-alaq-TIIAF-2013

Personal Name

Faeezah

Faeezah