Semakan Ejaan Jawi

thuluth 

Seni khat ialah seni menulis huruf-huruf jawi atau arab dengan cantik yang dilakar berdasarkan kaedah-kaedah tertentu, daripada bentuk huruf tunggal sehinggalah kepada huruf berangkai menjadi susunan rapi yang seakan-akan mempunyai irama yang indah kepada mata kita. Namun alangkah ruginya jika tulisan yang seindah itu adalah tulisan yang salah. Samada salah dari segi ejaan jawi atau salah perkataan arabnya.

Jika diperhatikan, sudah ada inisiatif daripada pihak kerajaan dan masyarakat untuk mengembangkan penggunaan jawi dan seni khat. Banyak juga papan tanda menggunakan ejaan jawi, nama-nama jalan, di masjid, surau, sekolah dan sebagainya. Tetapi apa yang mendukacitakan, terdapat kesalahan-kesalahan ejaan pada tulisan tersebut. Ada kesalahan ejaan yang besar dan jelas seperti tertinggal huruf dan ada juga kesalahan yang kecil. Perkara ini berlaku mungkin kerana kurangnya pemerhatian terhadap kaedah ejaan yang telah digariskan oleh DBP. Sebenarnya ia adalah sesuatu yang serius kerana kita telah mendedahkan masyarakat kepada ejaan-ejaan yang salah dan mengelirukan.

Bagi memperbaiki masalah ini adalah sangat mustahak kepada penggiat seni khat, syarikat-syarikat pengiklanan, penerbitan dan sebagainya mentashih atau menyemak dahulu tulisan mengikut ejaan jawi yang digariskan oleh DBP berpandukan buku DAFTAR KATA BAHASA MELAYU atau boleh juga dibuat semakan jawi online melalui link ini.

Bagi memudahkan tugas anda, kami di Yayasan Restu mempunyai kepakaran di dalam bidang penulisan khat dan semakan (tashih), samada di dalam ejaan jawi atau bahasa arab, Silalah kunjungi kami di:

Kompleks Taman Seni Islam Selangor,

Persiaran Damai, Seksyen 10,

40000 Shah Alam, Selangor.

Tel: 03-55119001/ 9002/ 9003.

Tokoh-Tokoh Sepanjang Zaman

khat kufi mushafi

TOKOH-TOKOH PENULIS KHAT SEPANJANG ZAMAN

  1. Abu Aswad Ad-Duali
  2. Al-Khalil bin Ahmad Al-Farahidi
  3. Qutbah Al-Muharrar
  4. Khalid bin Abu Al-Hiyaj
  5. Malik bin Dinar   753
  6. Rasyid Al-Basri
  7. Mahdi Al-Kufi
  8. Syarasyir Al-MAsri
  9. Abu Muhammad Al-Asfahani
  10. Abu Al-Faraj
  11. Ibn Abu Fatimah
  12. Ibn Al-Khadrami
  13. Ibn Hassan Al-Malih
  14. Al-Dahlaq bin ‘Ajalan
  15. Ishak bin Hammad
  16. Ahmad Al-Kulaibi
  17. Ibrahim Al-Sujari
  18. Yusof Al-Sujari
  19. Al-Ahwal Al-Muharrar
  20. Ibnu Muqlah  940
  21. Ibnul-Bawwab   1022
  22. Yakut al-Musta’simi  1298
  23. Muhammed Ibnul-Wahid   1311
  24. Ergun Kamili  1343
  25. Abdullah Sayrafi  selepas 1322
  26. Ahmed Suhraverdi   selepas 1328
  27. Muhammed Et-Tayyibi  selepas 1503
  28. Seyh Hamdullah Efendi   1520
  29. Ahmed Qarahisari  1556
  30. Hafiz Osman Efendi  1698
  31. Mustafa Raqim Efendi  1826
  32. Mahmud Celalleddin Efendi   1829
  33. Esma Ibret Hanim Efendi  ?
  34. Kadiasker Mustafa Izzet Efendi  1876
  35. Abdullah Zuhdi Efendi  1878
  36. Muhammad Syafiq Bey   1879
  37. Kayiszade Osman Nuri Efendi   1894
  38. Abdulahad Vahdeti Efendi   1895
  39. Abdulfettah Efendi  1896
  40. Circirli Ali Efendi  1906
  41. Yahya Hilmi Efendi   1907
  42. Bekkal Arif Efendi   1909
  43. Sami Efendi   1912
  44. Ibrahim Alauddin
  45. Nazif Bey  1913
  46. Hasan Riza Efendi  1920
  47. Hamdullah A-Amasi   926H
  48. Deli Omer Efendi  1928
  49. Aziz Efendi  1934
  50. Kamil Akdik  1941
  51. Neyzen Emin Yazici  1945
  52. Tugrakes Ismail Hakki   1946
  53. Mustafa Halim Ozyazici  1964
  54. Mahmud Yazir   1952
  55. Hamid Al-Amidi   1982
  56. Ali Alparslan   B. 1925
  57. Abdul Aziz Al-Rifa’i   1934
  58. Mahmud Al-Syahhat
  59. Syed Ibrahim
  60. Badawi Al-Dairani
  61. Hasyim Muhammad Al-Baghdadi  (1920-1972)
  62. Hassan Mas’ud
  63. Hasan Celebi  
  64. Husseyin Oksuz 
  65. Savas Cevik 
  66. Huseyin Gunduz 
  67. Mehmed Ozcay  

Objektif Kesenian Islam

khat diwani 

Di dalam agama Islam, seni tidak bermatlamatkan hiburan, tujuan keduniaan ataupun keseronokan. Islam telah menggariskan kesenian yang sesuai mengikut naluri dan fitrah semulajadi manusia. Sewajarnyalah juga manusia mengamalkan seni mengikut fitrah manusia yang sedia ada berbekalkan batas-batas syariah demi kesejahteraan jiwa dan dunia manusia. Bahkan sekiranya betul pembawaan seni itu, ia dikira ibadah pula. Alangkah ruginya seorang Muslim itu jika tidak tahu bagaimana untuk menghadirkan kecenderungan makhluk sejenisnya ke arah ketaqwaan kepada Allah swt. Seni Islam berperanan sebagai medium yang amat berkesan untuk  berdakwah, membentuk seseorang itu menjadi seorang yang benar-benar baik dan beradab.

khat thuluth

Konsep seni Islam dan pengamalannya haruslah menjurus ke arah konsep tauhid dan pengabdian diri kepada Allah swt. Berseni haruslah bermatlamatkan kepada perkara-perkara ma’ruf (kebaikan), halal dan berakhlak. Jiwa seni mestilah ditundukkan kepada fitrah asal kejadian manusia kerana kebebasan jiwa dalam membentuk seni adalah menurut kesucian fitrahnya yang dikurniakan Allah swt. Fungsi seni tidak kurang sama dengan akal supaya manusia menyedari perkaitan antara alam, ketuhanan dan rohani atau dengan alam fizikal. Lantas ia menyedari keagungan Tuhan dan keunikan penciptaanNya.

khat nasakh

Seni di dalam Islam berperanan menanam rasa khusyu’ kepada Allah swt yang sukakan kepada keindahan, di samping memberi ketenangan di jiwa manusia sebagai makhlukNya yang diciptakan dengan fitrah yang suka kepada sesuatu yang indah. Oleh sebab itu seni dalam Islam tidak berslogan ‘seni untuk seni’ tetapi ‘seni kerana Allah untuk manfaat manusia, makhluk dan alam sekitar’. Kesenian Islam terpancar daripada tauhid yang merupakan satu penerimaan dan penyaksian terhadap keesaan Allah swt, maka seni yang berpaksikan tauhid dapat menanamkan sifat ketaqwaan dan beriman. Seni juga dapat meningkatkan daya intelek dan bukan hanya sekadar emosi sahaja.

Video Menulis Khat

Video ini diambil ketika saya menulis mushaf bersaiz besar di Muzium Al-Quran Melaka pada 9.1.2008