Kenangan Khat di Brunei

Gambar kenangan bersama finalis Peraduan Menulis Khat Asean Tahun 2004 di Brunei Darussalam.

Alhamdulillah hasil dari Peraduan ini dapat kami berjumpa dan saling mengenal antara satu sama lain membawa persahabatan yang terjalin sehingga ke hari ini. Antara finalis di dalam gambar ini ialah Isep Misbah, Ahmad Hawi, Mahmud Arham dari Indonesia dan beberapa orang lagi seperti Hasanuddin yang tiada dalam gambar ini. Banyak kenangan manis kami ketika di Brunei.

Mengambil peluang dari pertemuan itu, kami saling bertukar pandangan, belajar bersama dan berbincang mengenai perkembangan seni khat di negara masing-masing. Kami ditempatkan bersama-sama di rumah tamu Pusat Dakwah Islamiah, Brunei.

Saya banyak belajar daripada mereka. Ketika itu saya sangat kagum dengan kemahiran khat Ahmad Hawi dan Mahmud Arham. Mereka berdua adalah penulis yang terlibat dengan penyalinan Mushaf Istiqlal di Indonesia dan saya pula terlibat dengan penulisan Mushaf Malaysia. Kami saling bercerita tentang aktiviti penulisan mushaf dan gaya-gaya khat terutamanya khat nasakh yang banyak digunakan dalam penyalinan Mushaf.

Sekitar tahun 80an sehingga tahun 2004 (kalau tak salah saya), Negara Brunei Darussalam telah menganjurkan Peraduan Menulis Khat Asean yang diadakan pada setiap tiga tahun sekali di bawah kendalian Pusat Dakwah Islamiah. Peraduan ini amat besar ertinya kepada perkembangan seni khat di rantau Nusantara ini dengan penyertaan yang menggalakkan penulis-penulis dari Negara Asean. Empat kategori khat dipertandingkan iaitu Nasakh, Thuluth, Diwani dan Farisi. Setiap kategori menawarkan hadiah yang lumayan berserta saguhati. Peserta perlu menulis ayat yang dikhususkan dan menghantarnya ke Brunei. Syarat untuk saiz pena khat pula sekitar 4-5 mm.

Pemenang tempat pertama hingga ke tiga akan dijemput ke Brunei untuk menerima hadiah pada Majlis yang di adakan di sana. Pemenang juga perlu menunjuk cara atau menulis semula sebahagian ayat tersebut secara live di hadapan penganjur bagi memastikan karya itu adalah benar-benar tulisannya sendiri. Jurinya terdiri daripada tokoh-tokoh khat sekitar Asean. Seingat saya antara yang pernah jadi juri termasuk Ustaz Yusuf Abu Bakar, Ustaz Jainal Sakiban, Pak Didin Sirojuddin dan wakil dari Pusat Dakwah sendiri.

Saya merasa sangat bertuah berpeluang menyertai Peraduan Menulis Khat Asean ini dan pernah merasai menjadi finalis yang dijemput ke Brunei sebanyak dua kali sekitar tahun 1998-2004 sebelum acara ini dihentikan. Saya tidak pasti apakah sebabnya. Mungkin ada alasannya di pihak penganjur. Apapun saya ucapkan syabas dan terima kasih kepada Pusat Dakwah Islamiah Brunei kerana berperanan besar dalam perkembangan seni khat di Asean.

Muhaqqaq & Raihani

Sebahagian penulisan mushaf dengan khat Muhaqqaq dan Raihani

ms-15

Khat Muhaqqaq & Raihani

من قصيدة نهج البردة لأحمد شوقي

في مدح سيدنا ونبينا صلى الله عليه وسلم

 بخط المحقق والريحانى

burdah90

Sanblast Tile Khat

Sandblast tile khat dan seni Islam sesuai untuk masjid, surau atau rumah yang dibuat secara hand made dengan penuh ketelitian menggunakan warna yang tahan lama dan tidak pudar sama ada berada di dalam (in door) atau di luar (out door).

Sila hubungi kami di 0193932947 untuk dapatkan khidmat nasihat tentang sanblast tile khat ini.

Bengkel Khat Jasim Mikraj

Sempat mengikuti bengkel seni khat yang disampaikan oleh Khattat dari negara Kuwait Jasim Mikraj sempena lawatan beliau menghadiri jemputan untuk program Putrajaya International Islamic Arts & Culture Festival (PIIACUF 2016). Jasim adalah anak murid kepada khattat terkenal Turki, Ustaz Daud Bektash dan telah mendapat ijazah seni khat daripadanya. Banyak perkara yang dikongsikan oleh Jasim  dalam bengkel tersebut dan sangat berbaloi rasanya dapat ikut serta. Semoga semua yang hadir mendapat manfaatnya.

Lawatan Pelajar USIM

Lawatan sambil belajar seni khat pelajar-pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ke Galeri Diwani Kraf pada 10 December 2016.