Alhamdulillah… mendapat tempat pertama dalam pertandingan khat di Traditional Arts Design Contest 2018, Istanbul, Turkey.
Mengikut maklumat awal yang diterima, Terengganu International Islamic Art festival (TIIAF 2013) akan berlangsung pada 15 – 17 November 2013. Di sini saya warwarkan dulu ayat-ayat untuk pertandingan khat peringkat kebangsaan dan international supaya kepada yang berminat menyertai pertandingan khat di Terengganu International Islamic Art festival (TIIAF 2013) boleh membuat persediaan awal menghasilkan karya. Ini kerana, tarikh tutup penyertaan semakin hampir iaitu pada 30 Oktober 2013 (tinggal lebih kurang 2 bulan lebih dari sekarang). Format pertandingan sama seperti tahun lepas juga. Untuk karya siap, karya perlu dibuat atas kanvas, kayu dan logam dengan menulis ayat-ayat yang telah di pilih untuk setiap bahan tersebut. Apa yang menariknya, kali ini pihak penganjur telah menaikkan hadiah untuk kategori Internasional daripada USD3000 kepada USD5000. Jumlah yang agak lumayan untuk sesuatu pertandingan khat. Insya Allah ia akan menarik lebih ramai penyertaan khasnya sahabat-sahabat saya para khattat dari Malaysia, Brunei, Indonesia, Singapore dan Thailand. Jangan dilepaskan peluang yang sangat berharga ini. Jika tidak masuk pertandingan, marilah bersama-sama kita menghadirkan diri ke Terengganu International Islamic Art festival (TIIAF 2013).
PERTANDINGAN KHAT PERINGKAT KEBANGSAAN
PERTANDINGAN KHAT PERINGKAT INTERNASIONAL
# Tarikh akhir hantar karya Kebangsaan & Internasional pada 30 Oktober 2013
The International Cultural Festival of The Arabic Calligraphy 2013. Alhamdulillah… Sekali lagi saya diberi penghormatan dijemput sebagai wakil dari Malaysia untuk menghadiri Festival Seni Khat yang akan diadakan di Negara Algeria dari 28 Mei 2013 sehingga 4 June 2013. Saya amat menghargai dan menanti-nanti jemputan ini kerana ia merupakan salah satu festival seni khat yang sangat berprestij di peringkat antarabangsa. Festival ini adalah acara tahunan yang menghimpunkan ramai penulis seni khat terkenal dari seluruh dunia. Kali ini seramai hampir 90 orang penulis-penulis khat telah dijemput dari 20 negara. Ini adalah penyertaan kali ketiga saya dalam festival ini. Apa yang menariknya, sepanjang festival ini akan dipenuhi dengan program-program berkaitan seni khat yang sangat menarik seperti bengkel khat, seminar, demontrasi penulisan khat oleh khattat terkenal serta perbincangan ilmiah mengenai seni Islam yang membuatkan saya sangat teruja mengikuti, mendengar dan melihat dengan mata sendiri semua acara yang berlaku disini. Selain itu sudah tentu ada juga pameran dan pertandingan seni khat di mana semua peserta diwajibkan membawa karya terbaru masing-masing untuk dipamer dan dinilai oleh juri terpilih.
Alhamdulillah…Walaupun tidak menang sebarang hadiah atau sangkut hadiah saguhati ke..hehe. Inilah karya yang saya hantar untuk pertandingan khat IRCICA 2013. Karya yang dibuat last minute, beberapa hari sebelum tarikh akhir hantar penyertaan. Keputusan pemenang sudah keluar hari ini. Tahniah kepada semua yang berjaya dan paling membanggakan ada juga wakil dari Asean, iaitu negara jiran kita Indonesia yang telah mencatatkan nama antara pemenang di IRCICA kali ini. Tahniah sekali lagi kepada mereka. Wakil Malaysia?? memang tak ada yang menang..huhu. Jangan kecewa sahabat2, cuba lagi ye…
Kalau ada sebarang pertandingan khat atau program yang anda sertai, sebenarnya anda telah berjaya mendapat sesuatu. Anda berjaya mendapat banyak pengajaran di dalamnya. Anda berjaya mengatasi halangan besar yang sering dijadikan alasan oleh mereka yang tak hantar langsung penyertaan. Memang banyak halangan terpaksa dihadapi. Umpamanya halangan masa, idea, teknik, latihan, pengurusan dan macam-macam lagi. Apabila sudah siap dan berjaya dihantar karya tersebut, anda akan merasa cukup puas… anda telah berjaya lalui semua halangan tersebut. Inilah sebenarnya antara proses belajar khat kalau anda nak tahu..hehe.
Bengkel seni khat kepada pelajar-pelajar Darul Quran Kuala Kubu Bharu pada 27 Jan 2013
Terengganu International Islamic Art festival (TIIAF 2012) is a 4-day festival initiated by Taman Tamadun Islam Terengganu, Malaysia (Islamic Civilization Park) with the sole purpose of promoting Islamic Art. It is an extention of ‘Inspirasi Seni Khat’ 2011 which was previously organized and received overwhelming responds from local and abroad.
The TIIAF 2012, with the theme of “devotion to Islamic art…” is expected to be the venue where value of Islamic calligraphy and its applications are promoted at the highest level. Apart from seminars workshop and competitions, which shall be conducted by world renowned calligraphers, the festival also features experimental khat-batik design demonstration, Islamic Musical shows and exposition of various Islamic Art product. It is an opportunity not to be missed not only to aspiring calligraphers but all who love Islamic Arts
For further information please contact:
THE SECRETARIAT
TERENGGANU INTERNATIONAL ISLAMIC ART FESTIVAL
TTI Management Sdn. Bhd, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man,
Losong Panglima Perang, 21000 Kuala Terengganu, Malaysia.
TEL : +6096278807. FAX : +6096309020.
WEBSITE: www.tti.com.my EMAIL: calligraphy@tti.com.my
P/ In charge : MR. KHALIZAN MAHMUD (H/P: +6013-2626061) / MR. ZAFUAN (H/P: +6017-9305890)
INTERNATIONAL CALLIGRAPHY COMPETITION FORM (PDF FILE), PLEASE CLICK HERE
NATIONAL (Malaysian only) CALLIGRAPHY COMPETITION FORM (PDF FILE), PLEASE CLICK HERE