Kelas Khat Diwani Jali

WhatsApp Image 2019-03-06 at 9.16.48 PM

KELAS KHAT DIWANI JALI KEMBALI LAGI … !!!

Assalamualaikum
Tuan / puan,
Setelah hampir lebih setahun menyepi kini Kelas Khat Diwani Jali kembali lagi. Kelas Khat Diwani Jali ini akan dikendalikan oleh PEMENANG PERTANDINGAN KHAT DIWANI JALI IRCICA, DI TURKI Saudara Fathy Rosly yang akan bermula pada 16 Mac 2019 sehingga 1 Jun 2019 (selama 3 bulan). Kelas akan diadakan pada setiap hari sabtu dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Yuran rm450 sahaja.

Jenis khat yang diajar ialah KHAT DIWANI JALI. Kelas ini terbuka kepada semua peringkat umur.

Kelas akan akan berlangsung di alamat: DIWANI KRAF, 47-1, Jalan Kemuning Prima D33/D, Taman Kemuning Utama, 40400 Shah Alam, Selangor.

Jika berminat sila whatsapp / sms kepada kami di nombor 0193932947 / 0145068725

Kelas Khat Cuti Sekolah 2018

Kelas Khat Cuti Sekolah 2018 DIWANI KRAF akan diadakan pada bulan Disember 2018 pada setiap hari khamis, dari 6 Disember 2018 hingga 27 Disember 2018. Kelas akan bermula dari jam 9.00 pagi hingga jam 1.00 tengahari. Kelas Khat Cuti Sekolah 2018 ini sesuai kepada pelajar-pelajar yang sedang bercuti dan ingin mendalami ilmu seni khat secara intensif melalui tunjuk ajar guru yang berpengalaman dalam bidang ini dalam suasana suasana kondusif seni khat di galeri DIWANI KRAF. Untuk tujuan pendaftaran sila hubungi talian : 019-9993125 / 012-6223114

 

kelas khat asas jumaat copy

Calligraphy Workshop

Calligraphy workshop in Jaipur India

Mesyuarat Membina Module Kemahiran Seni Khat (NOSS)

MESYUARAT PEMBANGUNAN STANDARD KEMAHIRAN PEKERJA KEBANGSAAN (NOSS), BAGI BIDANG SENI KHAT, UNTUK JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (JPK), KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA PADA 2-3.6.2018 BERTEMPAT DI PALACE OF THE GOLDEN HORSES, SERI KEMBANGAN, SELANGOR.

Kelas Khat

Alhamdulillah baru baru ini telah selesai Daurah Thuluth Jali yang pertama. Seramai 20 orang peserta telah menamatkan daurah tersebut yang berlangsung selama 3 bulan pada setiap hari jumaat bermula dari 8.00 malam sehingga 10.00 malam yang bertempat di Galeri Diwani Kraf Kemuning Utama Shah Alam..

Insyallah untuk daurah yang seterusnya akan dimulakan pada 30.3.2018, setiap hari jumaat jam 8.00-10.00 malam. Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti DAURAH THULUTH JALI 2.0 ini bolehlah membuat pendaftaran segera kepada kami dengan menghubungi talian 0193932947. Pendaftaran terhad kepada 20 orang peserta terawal sahaja..Sijil penyertaan akan disediakan.

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi 0193932947

daurah thuluth jali 0318 copy

Bengkel Seni Khat 2018

Bengkel Seni Khat Islami Sabah 4.0 di Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara

Kelas Khat Diwani

kelas khat 1117

Alhamdulillah baru baru ini telah selesai kelas khat Diwani Jali bagi musim ke dua. Kelas ini diadakan selama 3 bulan setiap hari rabu bermula dari 8.00 malam sehingga 10.00 malam, bertempat di Galeri Diwani Kraf Kemuning Utama Shah Alam.

Insyallah pada musim cuti sekolah disember 2017 ini, kami menawarkan kelas intensif khat diwani jali selama sebulan yang akan bermula dari 26/11/2017 sehingga 17/12/2017. Kelas akan diadakan pada setiap hari ahad dari jam 9.00 pagi hingga jam 12.00 tengahari.

  • Kelas terbuka kepada semua peringkat umur
  • Tempat: Galeri Diwani Kraf, 47-1, Jalan Kemuning Prima D33/D, Taman Kemuning Utama, 40400 Shah Alam, Selangor
  • Yuran: rm380

PENDAFTARAN ADALAH TERHAD.. HUBUNGI KAMI DI TALIAN 0193932947 / 0145068725 UNTUK MENDAFTAR….

 

 

KELAS KHAT CUTI SEKOLAH 2017

kelas khat 1117

Kelas Khat Cuti Sekolah 2017 – DIWANI KRAF kembali lagi!! Jom hantarkan anak-anak anda untuk mengikuti pengalaman yang paling bermakna semasa cuti sekolah ini. Sudah bertahun tahun Diwani Kraf mengendalikan kelas seni khat cuti sekolah di samping kelas khat mingguan yang sentiasa berjalan pada setiap hari selasa dan rabu dengan ramai bekas pelajarnya yang telah sukses dalam bidang seni khat, membuktikan pengalaman kami dalam mengendalikan kelas seni khat ini.

Kami menyediakan dua kelas khat yang berbeza pada program cuti sekolah 2017 ini, bagi memberi peluang kepada peserta untuk memilih kelas yang ingin diikuti . Maklumat kelas adalah seperti berikut :

  1. Khat Nasakh (Asas). Setiap hari sabtu. Tarikh : 2.12.2017 sehingga 23.12.2017
  2. Khat Diwani Jali. Setiap hari Ahad. Tarikh: 26.11.2017 sehingga 17.12.2017
  • Kelas terbuka kepada semua peringkat umur
  • Tempat: Galeri Diwani Kraf, 47-1, Jalan Kemuning Prima D33/D, Taman Kemuning Utama, 40400 Shah Alam, Selangor
  • Yuran: rm380 (Untuk setiap kelas)

Biarlah anak anak anda mendapat pengisian yang berguna semasa cuti sekolah nanti. PENDAFTARAN ADALAH TERHAD.. BERTINDAKLAH SEGERA DENGAN MENGHUBUNGI KAMI DI TALIAN 0193932947 / 0126223114 / 0145068725

 

 

Kelas Asas Seni Khat

Assalamualaikum.

Bagi memberi ruang dan peluang kepada orang ramai yang berminat mengenal dan mempelajari seni khat, maka kami mengambil inisiatif untuk mengadakan semula KELAS ASAS SENI KHAT yang memfokuskan kepada golongan pelajar sekolah dan orang awam yang berminat mempelajarinya dengan cara yang bersistem dan betul dari guru berpengalaman luas dalam seni khat.

KELAS ASAS SENI KHAT ini akan berjalan dalam tempoh selama tiga bulan bermula dari tarikh 3/10/2017 sehingga 19/12/2017. Kelas akan diadakan pada setiap hari selasa bermula dari 8.00 malam sehingga 10.00 malam yang bertempat di Galeri Diwani Kraf, Kemuning Utama, Shah Alam.

Kepada sesiapa yg berminat mengikuti KELAS ASAS SENI KHAT ini boleh lah membuat pendaftaran segera kerana tempat adalah terhad. Sijil penyertaan akan diberi kepada peserta yang berjaya menamatkan kelas ini.

Untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran boleh hubungi 0193932947 & 0199993125

Bengkel Seni Khat

Bengkel Seni Khat di Balai Islam Lundang Sempena Karnival Kesenian dan Halal Kelantan

Kelas Khat Diwani

Alhamdulillah baru baru ini telah selesai kelas khat Diwani Jali bagi musim pertama..Kelas ini diadakan selama 3 bulan setiap hari rabu bermula dari 8.00 malam sehingga 10.00 malam yang bertempat di Galeri Diwani Kraf Kota Kemuning Shah Alam..Insyallah kelas untuk musim seterusnya akan bermula lagi iaitu pada RABU malam 9 OGOS 2017..Kepada sesiapa yg berminat untuk mengikuti kelas khat diwani jali ini boleh lah membuat pendaftaran segera kerana pendaftran adalah terhad..Sijil penyertaan turut disediakan..

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi 0193932947 & 0145068725

Bengkel Seni Khat

Sekitar bengkel seni khat bersama Ustaz Zaki Al-Hasyimi dari Istanbul Turki yang berlangsung di Diwani Kraf pada 4 April 2017. Perkongsian yang sangat bermanfaat kepada peserta yang mengikuti bengkel ini khususnya dalam seni khat nasakh dan thuluth. Semoga menjadi dorongan kepada semua peserta untuk lebih maju dalam penulisan mereka.

Diwani kraf menganjurkan kelas khat nasakh dan thuluth pada setiap hari selasa dan rabu, jam 8.30 malam. Jika berminat boleh hubungi kami di talian 0193932947

Kelas Khat Cuti Sekolah 2015

kelas-khat-cuti-sekolah-60

Sempena cuti sekolah pada bulan Disember nanti, Diwani Kraf akan menganjurkan Kelas Intensif Seni Khat selama dua minggu bermula dari 7 Disember 2015 sehingga 19 Disember 2015. Kelas akan bermula dari jam 9.00 pagi sehingga jam 12.30 tengahari, setiap hari kecuali hari ahad.

Kelas ini akan dikendalikan oleh guru yang berpengalaman di dalam bidang seni khat dan penulisan mushaf (Al-Quran). Semua peserta akan disediakan nota berupa buku kaedah seni khat dan peralatan menulis.

Penuhi masa cuti anak-anak anda dengan proram yang sangat bermanfaat ini untuk menambah nilai pada kemahiran seni khat mereka. Di dalam program ini para peserta akan diajar cara menulis seni khat dengan betul serta didedahkan bagaimana menggunakan alat – alat tulis tradisi seperti resam, ijuk dan pen khat dengan baik sehingga mereka  mampu menulis ayat-ayat al-Quran dan jawi tanpa rasa takut.

Bertindaklah sekarang  untuk mendaftar anak-anak anda ke dalam program Kelas Khat Cuti Sekolah ini kerana tempatnya sangat-sangat terhad…!! Kami hanya mengambil peserta dalam kuantiti yang tidak terlalu ramai bagi memastikan pembelajaran yang berkualiti dan fokus yang lebih dapat kami berikan kepada semua peserta.

Ramadan Karim

ramadan karim-

Jawi, Khat Lambang Identiti Melayu

SYAHIDATUL AKMAL DUNYA

27 April 2012

Ketelitian dan fokus itu penting semasa menghasilkan tulisan khat yang cantik.

Abdul Baki bersama karya yang terdiri daripada motif yang pelbagai.

APAKAH perasaan anda sebaik memegang pen khat buat pertama kali? Tanya pada diri adakah mampu menyiapkan sebuah karya tulisan khat yang cantik dan kemas menepati ciri-ciri diperlukan?

Khat atau kaligrafi sangat sinonim dengan masyarakat Arab Muslim, ternyata kedatangan lima ayat al-Quran surah al-Falaq yang diturunkan melalui Malaikat Jibrail kepada Nabi Muhammad SAW menjadikan penulisan khat mempunyai kepentingan dan masih utuh sehingga kini. Rehal menyingkap seni halus penulisan yang menjadi lambang keagungan masyarakat Islam ini.

Khat boleh dibahagikan kepada tujuh jenis antara yang mendapat perhatian ramai adalah khat riqiah, thulukh, khufi, diwani dan nasakh. Setiap daripada jenis khat mempunyai cara tulisan berbeza yang pastinya unik dan memukau pandangan si peminat.

Setiausaha Akademi Jawi dan Kaligrafi Yayasan Restu, Muhammad Fadli Ismail, 42, berkata, sejarah membuktikan bahawa masyarakat Melayu di Nusantara setelah kedatangan Islam, telah menggunakan huruf abjad Arab dan seni khat dalam penulisan dokumentasi, komunikasi dan ilmu. Tulisan itu akhirnya dikenali sebagai tulisan jawi, terus menyelusur arus tamadunnya dengan kelahiran ramai ulama, cendekiawan, penyalin mashaf dan ahli kaligrafi Melayu yang hebat. Perhatikan sahaja barang-barang tinggalan sejarah semuanya dicoret dengan tulisan jawi seperti surat, makalah, kitab-kitab dan bahan bacaan, malahan pada duit syiling sekalipun.

“Sebelum kedatangan penjajah British dahulu, kebanyakan tulisan ditulis dalam jawi bahkan raja dan sultan turut menggunakannya. Tulisan jawi adalah satu identiti masyarakat Melayu. Andai anak-anak kita tidak mempunyai kemahiran dalam tulisan ini maka ia pasti akan hilang ditelan zaman.

“Tulisan jawi berasal daripada tulisan abjad Arab yang terkandung dalam al-Quran. Individu yang mahir membaca jawi pastinya fasih dan mampu membaca al-Quran, namun kini kebanyakan orang yang tidak boleh membaca jawi dilihat agak susah membaca ayat suci ini,” katanya.

Menurutnya, jawi itu dilihat penting kerana ia adalah satu budaya dan identiti, ada perkaitannya dengan agama Islam, kemudian diolah beberapa huruf yang tidak ada bagi menjadi tulisan.

Identiti Masyarakat Melayu

Apabila kita menyebut pembudayaan ia perlu digunakan secara meluas, maknanya kita ingin mendaulatkan sesuatu tulisan atau bahasa itu sendiri, tetapi persoalan kini kenapa bahasa Inggeris dengan mudah diterima pakai oleh orang kita?

“Sedangkan apabila kita lihat di negara-negara lain contohnya Jepun dan Perancis, rakyatnya menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa rasmi, di sana bahasa Inggeris hanyalah sandaran, ada juga rakyat mereka yang tidak tahu bercakap dalam bahasa penjajah ini.

“Tapi kenapa negara itu tetap membangun? Ia satu persepsi sebenarnya orang mengukurnya sebagai satu aspek sedangkan realitinya lain. Alasannya mudah, faktor penting adalah mereka membudayakan ilmu dan menterjemahkan ilmu yang mereka dapat daripada bahasa lain kepada bahasa mereka serta menggunakannya sebagai ilmu,” katanya.

Muhammad Fadli berkata, masalah rakyat Malaysia pula adalah kerana sikap dan tidak ada inisiatif dalam diri untuk mengubahnya menjadi satu keperluan utama. Ada persatuan yang bangkit memperjuangkan tulisan jawi dan khat itu pun hanya beberapa kelompok.

“Kita tidak menjadikan tulisan itu sebagai satu orientasi yang semua orang perlu pelajari. Berdasarkan pengalaman sendiri, kebanyakan tulisan saya termasuk nota dan minit mesyuarat ditulis dalam tulisan jawi.

“Kebiasaan itu penting. Jika tidak ada dorongan untuk menggunakannya maka ia akan berkubur dan kalau hanya satu pihak ia tidak akan mendatangkan apa-apa kesan,” katanya.

Menurut Muhammad Fadli, di rumah ibu bapa sepatutnya membantu anak-anak mendalami penulisan jawi seperti menyediakan buku-buku tulisan, memperkenalkan huruf-huruf jawi dan sebagainya. Ya, tidak dinafikan tulisan khat dilihat agak susah bagi kanak-kanak memandangkan ia memerlukan tumpuan dan tahapnya terlalu tinggi. Tetapi paling elok jika ia bertindak selari.

Perkongsian dengan masyarakat

Sementara itu, penulis kaligrafi, Abdul Baki Abu Bakar, 38, berkata dahulunya beliau menjadikan tulisan khat sebagai hobi tetapi kini mampu memiliki sebuah galeri.

“Saya mahu berkongsi dengan masyarakat yang berminat dengan seni khat, sepanjang pembabitan saya dalam bidang ini, ramai bertanyakan bagaimana cara untuk mempelajarinya.

“Dari situ timbul idea menubuhkan galeri ini. Pada saya masyarakat perlu ditunjuk dengan karya-karya khat supaya mereka dapat mengenali secara mendalam mengenai seni yang terdapat dalam Islam,” kata Pengarah Urusan Diwani Kraf yang terletak di Taman Kemuning Utama, Shah Alam, Selangor ini.

Menurutnya galeri berkenaan lengkap dengan kelas dan ruang untuk pameran. Kelas yang dikendalikan sepenuhnya oleh Abdul Baki setiap malam Khamis bermula jam 8 hingga 11 malam turut dihadiri golongan profesional seperti pensyarah daripada institut pengajian tinggi awam dari serata tempat.

Abdul Baki berkata, setiap karya tidak sama, ada yang memakan masa hingga dua atau tiga hari, namun ada juga sehari sudah siap, tetapi karya yang memerlukan 100 peratus kerja tangan mengambil tempoh agak lama.

“Sejak zaman kerajaan Uthmaniyah hingga kepada kita, saya melihat persembahannya sama sahaja, daripada situ saya terfikir untuk mencipta kelainan tanpa menghilangkan jati diri khat ini.

“Jika diperhatikan kebanyakan motif yang saya gunakan semuanya adalah berkaitan alam sekeliling seperti bunga, bangunan, kereta, rumah dan banyak lagi,” katanya yang mempunyai hampir 100 karya seni tulisan khat terpamer di galerinya.

Menurutnya, disebabkan kurang buku-buku dalam bidang khat dan kebanyakan daripada bahan ilmiah juga disediakan dalam bahasa Arab, beliau turut menghasilkan buku Kaedah khat thulukh dan buku terjemahan bagi menarik perhatian ramai menceburi bidang ini secara serius.

Bakat Abdul Baki membolehkan beliau dijadikan penulis khat watikah pertabalan Yang di-Pertuan Agong sejak 2002 lagi walaupun dalam usia yang cukup muda.

Sumber : SINAR HARIAN

Kursus Seni Khat

KURSUS ASAS PENULISAN KALIGRAFI di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Rembau, Negeri Sembilan pada 18 April 2012.

This slideshow requires JavaScript.

Diwani Kraf @ TV3

Kelas Khat Intensif Cuti Sekolah 2011 anjuran Diwani Kraf yang sedang berlangsung ketika ini telah mendapat liputan daripada pihak TV3. Hari ini kami di jemput ke Sri Pentas untuk program Malaysia Hari Ini (MHI) untuk rakaman secara langsung aktiviti-aktiviti belajar menulis khat oleh kanak-kanak yang mengikuti kelas kami di sini. Walaupun segmen yang telah ke udarakan pada pukul 7.40 pagi tadi hanya seketika, Alhamdulillah sempat juga kami bercakap serba-sedikit berkenaan betapa pentingnya anak-anak diajar menulis khat dan jawi seawal usia persekolahan mereka. Melentur buluh biar dari rebungnya…!  Ramai kanak-kanak yang cenderung dan berbakat besar dalam seni penulisan ini tetapi oleh kerana tiada dorongan dan usaha daripada ibu bapa sendiri untuk menghantar mereka belajar dan mengembangkan kebolehan itu, akhirnya kita mensia-siakan bakat besar mereka. Selain dapat menulis jawi, hadis dan ayat-ayat al-Quran dengan baik, sebenarnya potensi masa depan mereka yang mampu menguasai kemahiran ini sangat cerah. Berbagai bidang pekerjaan memerlukan kemahiran yang sangat unik ini. Samaada anak-anak anda atau anda sendiri, kami mengalu-alukan semangat anda untuk belajar seni khat dengan tatacara yang betul bersama guru-guru yang berpengalaman luas dan telah terbukti kebolehan mereka. Silalah datang ke pejabat kami untuk kita saling berkenalan atau anda ingin terus mendaftar untuk mengikuti kelas khat.

Sebagai makluman kepada anda, selain dari Kelas Khat Intensif Cuti Sekolah 2011, ketika ini kami juga sedang menjalankan kelas khat secara mingguan yang boleh diikuti oleh sesiapa sahaja. Ada dua pilihan kepada anda. kepada yang bekerja di siang hari, kami khaskan kelas mingguan anda pada sebelah malam. Atau ada yang tidak boleh pada sebelah malam, anda boleh memilih kelas khat pada sebelah pagi hari sabtu:

  1. Hari khamis, jam 8.00 malam – 11.00 malam
  2. Hari sabtu, jam 9.00 pagi – 12.00 Tengahari

Alamat pejabat DIWANI KRAF : No. 47-1, Jln Kemuning Prima D33/D, Tmn Kemuning Utama, 40400 Shah Alam, Selangor.

Tel: 03 51313974 / 019 3932947 (BAKI) / 019 5514500 (ZUL)

Kelas Intensif Seni Khat

Kelas Intensif SENI KHAT Cuti Sekolah 2011

Sempena cuti sekolah pada bulan November dan Disember tahun ini, Diwani Kraf akan menganjurkan Kelas Seni Khat   secara intensif selama 5 minggu bermula dari 21 November 2011 sehingga 21 Disember 2011 yang merangkumi jumlah waktu belajar selama 30 jam. Kelas ini akan dikendalikan oleh saya sendiri dan dibantu oleh beberapa orang lagi tenaga pengajar yang berpengalaman luas di dalam bidang seni khat dan penulisan mushaf (Al-Quran). Semua peserta akan disediakan nota buku kaedah dan peralatan menulis seni khat. Penuhilah masa cuti sekolah anak-anak anda dengan proram yang sangat bermanfaat ini untuk menambah nilai kepada kemahiran menulis seni khat mereka. Di dalam program ini para peserta akan diajar bagaimana kaedah menulis seni khat dan penggunaan alat tulis dengan cara yang betul sehingga mampu menulis ayat-ayat al-Quran dan jawi dengan baik. Bertindaklah untuk mendaftar anak-anak anda dengan segera kerana tempat sangat terhad…!!

Ceramah Khas Seni Khat dan Reka Bentuk Islam

CERAMAH KHAS “SENI KHAT DAN REKA BENTUK ISLAM” ANJURAN UNIT KEUGAMAAN DAN TAKMIR SURAU, BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR, UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM, PADA :23 JANUARI 2011 YANG LALU.



Bengkel Khat-Brunei 2010

Bengkel tahsinul khat dan seni khat jawi peringkat lanjutan yang telah berjalan selama 2 minggu ini adalah satu program yang sangat bermanfaat kepada penulis-penulis khat di Negara Brunei Darussalam sebagai satu platform untuk mereka meningkatkan kualiti tulisan khat seterusnya menambah nilai dalam bidang pekerjaan masing-masing. Di dalam bengkel ini peserta telah didedahkan dengan teknik penulisan khat mengikut kaedah yang betul dan muktabar yang diguna pakai di seluruh dunia serta kaedah-kaedah yang mudah dilaksanakan serta amat berkesan terutama di dalam seni khat nasakh dan thuluth. Kedua-dua khat ini sangat penting kerana keduanya merupakan tunjang kepada cabang seni khat yang lain. Jika seseorang penulis boleh menguasai kedua-dua khat ini, maka lebih mudah baginya untuk meguasai jenis-jenis khat yang lain. Kedua khat ini juga paling banyak digunakan di seluruh dunia dalam pelbagai bidang dan medium dan sangat meluas digunakan di Negara Brunei Darussalam.

Di bengkel ini, peserta juga berkesempatan mencungkil rahsia-rahsia seni khat yang amat sukar diperolehi dan terlihat dengan mata kasar kita jika tiada tunjuk ajar daripada guru yang betul. Seperti ada pepatah Arab berbunyi:

الخط مخفى فى تعليم الأستاذ وقوامه فى كثرة المشق

Rahsia tulisan khat tersembunyi dalam pembelajaran bersama guru dan untuk menguatkannya (bentuk huruf) adalah dengan latihan yang berterusan.

Seperti yang kita maklum, seni khat mempunyai rahsia-rahsia penulisan yang sangat banyak, ia memerlukan tunjuk ajar dan pendedahan daripada guru sendiri, kerana tanpa pengajaran daripada guru seseorang penulis amat sukar mengetahui rahsia huruf dan tidak mampu menghasilkan tulisan dengan betul dan cantik. Mempelajari seni khat tidak cukup dengan hanya sekadar melihat dan membaca daripada buku-buku kaedah seni khat sahaja. Cara ini akan mengambil masa yang sangat panjang dan tidak mungkin seseorang penulis itu mendapat teknik penulisan yang berkesan tanpa melihat sendiri bagaimana cara membuatnya yang betul daripada seorang guru.

Setelah mengetahui teknik menulis khat daripada guru, maka usaha selebihnya bergantung kepada penulis sendiri. Untuk memperkuatkan kaedah huruf, seseorang penulis perlu berterusan membuat latihan sehingga apa yang dipelajari dapat ditulis sama seperti dikehendaki kaedah seni khat.

Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ‘tahniah’ kepada penulis-penulis khat Negara Brunei Darussalam di atas kualiti tulisan khat mereka, kerana pada pemerhatian saya mutu tulisan khat di sini telah meningkat dengan ketara berbanding dahulu, terutama setelah apa yang dapat saya lihat sendiri hasil kerja penulis-penulis pada peraduan menulis Seni Khat Jawi Kebangsaan yang berakhir pada 30 september 2010 yang lalu. Secara jujur, apa yang saya lihat sangat berbeza dengan kualiti pada 3, 4 tahun yang lalu ketika saya sering ke sini samada atas jemputan pertandingan menulis khat asean atau pameran-pameran seni khat. Umpamanya di dalam khat thuluth, saya dapat melihat ada beberapa peserta telah menulis huruf-huruf dalam khat thuluth dengan baik dan amat kemas serta membuat susunan-susunan yang menarik. Peningkatan ini tidak boleh terhenti di sini sahaja kerana untuk mencapai tahap tulisan khat peringkat antarabangsa, kita memerlukan kualiti yang lebih tinggi dan usaha yang berterusan. Sudah tentu untuk bandingan dengan tahap yang terdapat di timur tengah atau Turki, jurangnya masih jauh. Tetapi dengan usaha berterusan yang dimainkan oleh Pusat Dakwah Islamiah ini, tidak mustahil dalam 5 tahun akan datang ada penulis-penulis khat Brunei boleh menjadi setaraf di Turki dan mampu menempatkan diri dan memenangi peraduan-peraduan khat peringkat antarabangsa seperti di IRCICA dan sebagainya.

terima kasih kepada peserta-peserta bengkel di atas kerjasama yang telah diberikan dari awal sehingga akhir program serta memudahkan saya mengendalikan bengkel ini dengan berkesan

Harapan saya kepada peserta-peserta bengkel Tahsinul khat dan bengkel seni khat jawi lanjutan ini supaya berusaha bersunggu-sungguh dan memberi komitmen dalam meningkatkan kualiti tulisan khat kita dengan mempraktikkan apa yang telah dipelajari di sini dengan latihan harian masing-masing, kerana apa yang kita telah pelajari di sini akan hilang begitu sahaja jika dibiarkan tanpa ada usaha yang bersungguh-sungguh untuk diterjemahkan dengan latihan yang berterusan.

Berusahalah membahagikan masa kita dengan latihan dan kerja-kerja yang lain supaya dapat membuat latihan pada setiap hari walaupun sedikit, jangan tinggalkannya terus tanpa latihan. Kerana latihan yang berterusan dan bersungguh-sungguh sahaja satu-satunya cara untuk maju dalam seni khat ini.

Di sini juga, saya memohon maaf andai ketika saya mengendalikan bengkel ini terdapat kekurangan dan terkasar bahasa atau terdapat sesuatu yang kurang menyenangkan semua pihak terutama kepada pegawai dan kakitangan yang bertanggungjawab menguruskan saya di sini. Dan saya juga mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana telah memberikan komitmen yang tinggi sehingga semuanya berjalan dengan lancar dan teratur.

 

Inilah diantara peserta-peserta yang menyertai Bengkel Seni Khat Jawi Lanjutan anjuran Pusat Dakwah Islamiah Negara Brunei Darussalam 2010.

Bengkel Penulisan Seni Khat Di Brunei

Assalamualaikum

Alhamdulillah, ketika ini saya berada di negara Brunei Darussalam atas jemputan Pusat Dakwah Islamiah untuk mengendalikan bengkel penulisan seni khat bersama penulis khat terkenal dari Kuwait; Jasim Mi’raj dan Farid Al-Ali kepada penulis-penulis khat di sini. Kursus ini akan berlangsung selama 2 minggu dari 1 nov – 14 nov 2010, di mana peserta-peserta yang terpilih untuk mengikuti bengkel ini terdiri daripada orang-orang penting yang menggerakkan seni khat di Brunei seperti penulis di jabatan-jabatan kerajaan, pensyarah, guru-guru sekolah dan penggiat seni khat. Seramai 50 orang peserta telah menghadirkan diri dan mereka telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan satu dikendalikan oleh Jasim Mi’raj dan Farid Al-Ali manakala yang ke dua dikendalikan oleh saya.

Untuk pengisian bengkel penulisan seni khat pada kali ini, insyaAllah saya akan memberi tumpuan kepada kaedah penulisan khat nasakh dan thuluth mengikut gaya Shauqi dan teknik membuat desain dan hiasan di sekeliling ayat sehingga menjadi satu lembaran seni yang lengkap. Dalam tempoh masa yang terhad, insyaAllah saya akan cuba sekadar yang mampu untuk memberi pengajaran yang terbaik kepada peserta-peserta bengkel yang nampaknya sungguh berminat dan penuh bersemangat menambah ilmu dalam seni Islam ini.

Kelas Intensif SENI KHAT Cuti Sekolah

  • “Belajarlah menulis khat dengan cantik, sesungguhnya ia anak kunci rezeki” Saidina Ali K.A.W.
  • Kelas Intensif Seni Khat ini sesuai untuk semua peringkat usia.
  • Terdapat dua sesi kelas untuk dipilih oleh peserta: 1. Pada sebelah pagi dari jam: 9.00am-11.00am dan 2. Pada sebelah malam dari jam 8.00pm-10.00pm.
  • Tempoh pembelajaran selama 5 minggu. Kelas akan bermula pada 22 Nov 2010 – 22 Dis 2010, setiapa hari isnin, selasa dan rabu.
  • Kelas intensif seni khat ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh: Ustaz Abdul Baki Abu Bakar
  • Peralatan menulis seni khat disediakan.
  • Suasana pembelajaran yang kondusif.
  • Menambah nilai pada kreativiti dan kerja-kerja anda.
  • Memaksima cuti sekolah dengan kegiatan seni Islam.
  • Satu kelas terhad hanya 25 orang sahaja. Daftar segera..!
  • Daftar cara mudah dengan menaip SMS: Khat Intensif<jarak>Nama Anda<Umur> dan hantarkan ke 019-3932947.
  • Tel: 019-3932947 (Ust. Baki). 012-6338240 (Ust. Adam)