Diwani Kraf @ TV3

Kelas Khat Intensif Cuti Sekolah 2011 anjuran Diwani Kraf yang sedang berlangsung ketika ini telah mendapat liputan daripada pihak TV3. Hari ini kami di jemput ke Sri Pentas untuk program Malaysia Hari Ini (MHI) untuk rakaman secara langsung aktiviti-aktiviti belajar menulis khat oleh kanak-kanak yang mengikuti kelas kami di sini. Walaupun segmen yang telah ke udarakan pada pukul 7.40 pagi tadi hanya seketika, Alhamdulillah sempat juga kami bercakap serba-sedikit berkenaan betapa pentingnya anak-anak diajar menulis khat dan jawi seawal usia persekolahan mereka. Melentur buluh biar dari rebungnya…!  Ramai kanak-kanak yang cenderung dan berbakat besar dalam seni penulisan ini tetapi oleh kerana tiada dorongan dan usaha daripada ibu bapa sendiri untuk menghantar mereka belajar dan mengembangkan kebolehan itu, akhirnya kita mensia-siakan bakat besar mereka. Selain dapat menulis jawi, hadis dan ayat-ayat al-Quran dengan baik, sebenarnya potensi masa depan mereka yang mampu menguasai kemahiran ini sangat cerah. Berbagai bidang pekerjaan memerlukan kemahiran yang sangat unik ini. Samaada anak-anak anda atau anda sendiri, kami mengalu-alukan semangat anda untuk belajar seni khat dengan tatacara yang betul bersama guru-guru yang berpengalaman luas dan telah terbukti kebolehan mereka. Silalah datang ke pejabat kami untuk kita saling berkenalan atau anda ingin terus mendaftar untuk mengikuti kelas khat.

Sebagai makluman kepada anda, selain dari Kelas Khat Intensif Cuti Sekolah 2011, ketika ini kami juga sedang menjalankan kelas khat secara mingguan yang boleh diikuti oleh sesiapa sahaja. Ada dua pilihan kepada anda. kepada yang bekerja di siang hari, kami khaskan kelas mingguan anda pada sebelah malam. Atau ada yang tidak boleh pada sebelah malam, anda boleh memilih kelas khat pada sebelah pagi hari sabtu:

  1. Hari khamis, jam 8.00 malam – 11.00 malam
  2. Hari sabtu, jam 9.00 pagi – 12.00 Tengahari

Alamat pejabat DIWANI KRAF : No. 47-1, Jln Kemuning Prima D33/D, Tmn Kemuning Utama, 40400 Shah Alam, Selangor.

Tel: 03 51313974 / 019 3932947 (BAKI) / 019 5514500 (ZUL)

4 Responses to “Diwani Kraf @ TV3”

  1. Seni Khat Solution Says:

    alhamdulillah..seni khat semakin mendapat tempat di media..mudah-mudahan lepas ni akan bertambah maju seni khat di Malaysia..tahniah ustaz baki..saya memang meng’idola’ kan ustaz dalam gaya penulisan dan kreativiti..walaupun belum pernah jumpa ustaz secara langsung..

  2. FM Says:

    Mabruk alaik ustaz, insyaAllah, looking forward for the next project, mungkin ini permulaan yang pernah kita bincangkan dulu? 🙂

  3. Muhammad Sidqi Says:

    Assalamualaikum Ustaz.

    Boleh saya tahu bayaran untuk kelas ini, terutamanya Sabtu pagi setiap minggu.

    Terima kasih.

  4. Baki Says:

    Waalaikumussalam Sidqi, Yuran kelas RM150 sahaja untuk sebulan. Kelas dari jam 9pagi – 12.00 tengahari. Untuk maklumat lanjut sila hubungi 0195514500


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: