PM Live Astro Ria

Sedikit perkongsian seni kaligrafi jawi di PM Live Astro Ria pada 20.10.2017 bersama pengacara Akhmal dan Hana membincangkan perkembangan, cabaran dan keindahan seni kaligrafi jawi dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Turut serta Saudara Ong sebagai penulis kaligrafi Cina dan Saudara Velu Perumal mewakili penulis kaligrafi Tamil.

 

KELAS KHAT CUTI SEKOLAH 2017

kelas khat 1117

Kelas Khat Cuti Sekolah 2017 – DIWANI KRAF kembali lagi!! Jom hantarkan anak-anak anda untuk mengikuti pengalaman yang paling bermakna semasa cuti sekolah ini. Sudah bertahun tahun Diwani Kraf mengendalikan kelas seni khat cuti sekolah di samping kelas khat mingguan yang sentiasa berjalan pada setiap hari selasa dan rabu dengan ramai bekas pelajarnya yang telah sukses dalam bidang seni khat, membuktikan pengalaman kami dalam mengendalikan kelas seni khat ini.

Kami menyediakan dua kelas khat yang berbeza pada program cuti sekolah 2017 ini, bagi memberi peluang kepada peserta untuk memilih kelas yang ingin diikuti . Maklumat kelas adalah seperti berikut :

  1. Khat Nasakh (Asas). Setiap hari sabtu. Tarikh : 2.12.2017 sehingga 23.12.2017
  2. Khat Diwani Jali. Setiap hari Ahad. Tarikh: 26.11.2017 sehingga 17.12.2017
  • Kelas terbuka kepada semua peringkat umur
  • Tempat: Galeri Diwani Kraf, 47-1, Jalan Kemuning Prima D33/D, Taman Kemuning Utama, 40400 Shah Alam, Selangor
  • Yuran: rm380 (Untuk setiap kelas)

Biarlah anak anak anda mendapat pengisian yang berguna semasa cuti sekolah nanti. PENDAFTARAN ADALAH TERHAD.. BERTINDAKLAH SEGERA DENGAN MENGHUBUNGI KAMI DI TALIAN 0193932947 / 0126223114 / 0145068725

 

 

Kursus Seni Khat

KURSUS ASAS PENULISAN KALIGRAFI di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Rembau, Negeri Sembilan pada 18 April 2012.

This slideshow requires JavaScript.

Diwani Kraf @ TV3

Kelas Khat Intensif Cuti Sekolah 2011 anjuran Diwani Kraf yang sedang berlangsung ketika ini telah mendapat liputan daripada pihak TV3. Hari ini kami di jemput ke Sri Pentas untuk program Malaysia Hari Ini (MHI) untuk rakaman secara langsung aktiviti-aktiviti belajar menulis khat oleh kanak-kanak yang mengikuti kelas kami di sini. Walaupun segmen yang telah ke udarakan pada pukul 7.40 pagi tadi hanya seketika, Alhamdulillah sempat juga kami bercakap serba-sedikit berkenaan betapa pentingnya anak-anak diajar menulis khat dan jawi seawal usia persekolahan mereka. Melentur buluh biar dari rebungnya…!  Ramai kanak-kanak yang cenderung dan berbakat besar dalam seni penulisan ini tetapi oleh kerana tiada dorongan dan usaha daripada ibu bapa sendiri untuk menghantar mereka belajar dan mengembangkan kebolehan itu, akhirnya kita mensia-siakan bakat besar mereka. Selain dapat menulis jawi, hadis dan ayat-ayat al-Quran dengan baik, sebenarnya potensi masa depan mereka yang mampu menguasai kemahiran ini sangat cerah. Berbagai bidang pekerjaan memerlukan kemahiran yang sangat unik ini. Samaada anak-anak anda atau anda sendiri, kami mengalu-alukan semangat anda untuk belajar seni khat dengan tatacara yang betul bersama guru-guru yang berpengalaman luas dan telah terbukti kebolehan mereka. Silalah datang ke pejabat kami untuk kita saling berkenalan atau anda ingin terus mendaftar untuk mengikuti kelas khat.

Sebagai makluman kepada anda, selain dari Kelas Khat Intensif Cuti Sekolah 2011, ketika ini kami juga sedang menjalankan kelas khat secara mingguan yang boleh diikuti oleh sesiapa sahaja. Ada dua pilihan kepada anda. kepada yang bekerja di siang hari, kami khaskan kelas mingguan anda pada sebelah malam. Atau ada yang tidak boleh pada sebelah malam, anda boleh memilih kelas khat pada sebelah pagi hari sabtu:

  1. Hari khamis, jam 8.00 malam – 11.00 malam
  2. Hari sabtu, jam 9.00 pagi – 12.00 Tengahari

Alamat pejabat DIWANI KRAF : No. 47-1, Jln Kemuning Prima D33/D, Tmn Kemuning Utama, 40400 Shah Alam, Selangor.

Tel: 03 51313974 / 019 3932947 (BAKI) / 019 5514500 (ZUL)