
فَلَمَّا زَاغُوٓاْ أَزَاغَ ٱللَّهُ قُلُوبَهُمۡۚ وَٱللَّهُ لَا يَہۡدِى ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡفَـٰسِقِينَ . وَإِذۡ قَالَ عِيسَى ٱبۡنُ مَرۡيَمَ يَـٰبَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ إِنِّى رَسُولُ ٱللَّهِ إِلَيۡكُم مُّصَدِّقً۬ا لِّمَا بَيۡنَ يَدَىَّ مِنَ ٱلتَّوۡرَٮٰةِ
فَلَمَّا زَاغُوٓاْ أَزَاغَ ٱللَّهُ قُلُوبَهُمۡۚ وَٱللَّهُ لَا يَہۡدِى ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡفَـٰسِقِينَ . وَإِذۡ قَالَ عِيسَى ٱبۡنُ مَرۡيَمَ يَـٰبَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ إِنِّى رَسُولُ ٱللَّهِ إِلَيۡكُم مُّصَدِّقً۬ا لِّمَا بَيۡنَ يَدَىَّ مِنَ ٱلتَّوۡرَٮٰةِ
Mengikut maklumat awal yang diterima, Terengganu International Islamic Art festival (TIIAF 2013) akan berlangsung pada 15 – 17 November 2013. Di sini saya warwarkan dulu ayat-ayat untuk pertandingan khat peringkat kebangsaan dan international supaya kepada yang berminat menyertai pertandingan khat di Terengganu International Islamic Art festival (TIIAF 2013) boleh membuat persediaan awal menghasilkan karya. Ini kerana, tarikh tutup penyertaan semakin hampir iaitu pada 30 Oktober 2013 (tinggal lebih kurang 2 bulan lebih dari sekarang). Format pertandingan sama seperti tahun lepas juga. Untuk karya siap, karya perlu dibuat atas kanvas, kayu dan logam dengan menulis ayat-ayat yang telah di pilih untuk setiap bahan tersebut. Apa yang menariknya, kali ini pihak penganjur telah menaikkan hadiah untuk kategori Internasional daripada USD3000 kepada USD5000. Jumlah yang agak lumayan untuk sesuatu pertandingan khat. Insya Allah ia akan menarik lebih ramai penyertaan khasnya sahabat-sahabat saya para khattat dari Malaysia, Brunei, Indonesia, Singapore dan Thailand. Jangan dilepaskan peluang yang sangat berharga ini. Jika tidak masuk pertandingan, marilah bersama-sama kita menghadirkan diri ke Terengganu International Islamic Art festival (TIIAF 2013).
PERTANDINGAN KHAT PERINGKAT KEBANGSAAN
PERTANDINGAN KHAT PERINGKAT INTERNASIONAL
# Tarikh akhir hantar karya Kebangsaan & Internasional pada 30 Oktober 2013
Terengganu International Islamic Art festival (TIIAF 2012) is a 4-day festival initiated by Taman Tamadun Islam Terengganu, Malaysia (Islamic Civilization Park) with the sole purpose of promoting Islamic Art. It is an extention of ‘Inspirasi Seni Khat’ 2011 which was previously organized and received overwhelming responds from local and abroad.
The TIIAF 2012, with the theme of “devotion to Islamic art…” is expected to be the venue where value of Islamic calligraphy and its applications are promoted at the highest level. Apart from seminars workshop and competitions, which shall be conducted by world renowned calligraphers, the festival also features experimental khat-batik design demonstration, Islamic Musical shows and exposition of various Islamic Art product. It is an opportunity not to be missed not only to aspiring calligraphers but all who love Islamic Arts
For further information please contact:
THE SECRETARIAT
TERENGGANU INTERNATIONAL ISLAMIC ART FESTIVAL
TTI Management Sdn. Bhd, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man,
Losong Panglima Perang, 21000 Kuala Terengganu, Malaysia.
TEL : +6096278807. FAX : +6096309020.
WEBSITE: www.tti.com.my EMAIL: calligraphy@tti.com.my
P/ In charge : MR. KHALIZAN MAHMUD (H/P: +6013-2626061) / MR. ZAFUAN (H/P: +6017-9305890)
INTERNATIONAL CALLIGRAPHY COMPETITION FORM (PDF FILE), PLEASE CLICK HERE
NATIONAL (Malaysian only) CALLIGRAPHY COMPETITION FORM (PDF FILE), PLEASE CLICK HERE
KURSUS ASAS PENULISAN KALIGRAFI di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Rembau, Negeri Sembilan pada 18 April 2012.
Hari ini bermulalah program Inspirasi Seni Khat yang mengandungi seminar, pameran dan pertandingan seni khat di Taman Tamadun Islam (TTI) Kuala Terengganu yang akan berlangsung selama dua hari dari 12 & 13 Mac 2011. Saya dengan rendah hatinya merasa sungguh bertuah kerana telah diberi kepercayaan oleh pihak TTI untuk membantu dalam menjayakan program yang julung kalinya diadakan ini. Buat pertama kali semalam saya berpeluang bertemu dan berbual dengan penulis khat tersohor Syria iaitu Ustaz Adnan Syeikh Uthman yang dijemput khas oleh pihak TTI ke Malaysia untuk beliau memberi pengisian yang penuh bermakna di dalam acara ini. Semalam beliau sempat membuat demo khat dengan menulis nama pengarah TTI Engku Muhammad Azmi Bin Engku Abdul Rahman. Seperti yang kita ketahui hasil buah tangan Ustaz Adnan memang mengkagumkan. Beliau menggayakan dengan tulisan diwani. Di dalam program ini nanti Ustaz Adnan akan memberi syarahan berkaitan seni khat pada hari ini dan beliau akan menjadi juri pertandingan seni khat kanvas, kayu, logam dan spontan pada keesokannya (ahad). Beliau juga akan mengadakan pameran dengan karya-karyanya yang dibawa khas dari Syria. Datanglah beramai-ramai ke TTI selama program dua hari ini menyaksikan sendiri pameran beliau. Selain itu pengunjung boleh menyaksikan juga pameran karya penulis-penulis khat Malaysia yang pernah memenangi pengiktirafan IRCICA Turki dan pameran karya-karya peserta pertandingan.
Atas permintaan ramai yang menghadapi kesukaran mendapatkan borang pertandingan khat, di sini saya uploadkan borang Seminar & Pertandingan Inspirasi Seni Khat Taman Tamadun Islam (TTI) Terengganu 2011 supaya lebih ramai yang berhajat menyertainya boleh download dan print sendiri. Borang ini juga boleh di photostat dan diedarkan kepada kawan-kawan, guru, pelajar dan penggiat seni khat yang anda kenali supaya mereka boleh turut serta dan tidak ketinggalan menyertai antara acara seni khat terbesar di Malaysia tahun ini.
Assalamualaikum
Alhamdulillah, ketika ini saya berada di negara Brunei Darussalam atas jemputan Pusat Dakwah Islamiah untuk mengendalikan bengkel penulisan seni khat bersama penulis khat terkenal dari Kuwait; Jasim Mi’raj dan Farid Al-Ali kepada penulis-penulis khat di sini. Kursus ini akan berlangsung selama 2 minggu dari 1 nov – 14 nov 2010, di mana peserta-peserta yang terpilih untuk mengikuti bengkel ini terdiri daripada orang-orang penting yang menggerakkan seni khat di Brunei seperti penulis di jabatan-jabatan kerajaan, pensyarah, guru-guru sekolah dan penggiat seni khat. Seramai 50 orang peserta telah menghadirkan diri dan mereka telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan satu dikendalikan oleh Jasim Mi’raj dan Farid Al-Ali manakala yang ke dua dikendalikan oleh saya.
Untuk pengisian bengkel penulisan seni khat pada kali ini, insyaAllah saya akan memberi tumpuan kepada kaedah penulisan khat nasakh dan thuluth mengikut gaya Shauqi dan teknik membuat desain dan hiasan di sekeliling ayat sehingga menjadi satu lembaran seni yang lengkap. Dalam tempoh masa yang terhad, insyaAllah saya akan cuba sekadar yang mampu untuk memberi pengajaran yang terbaik kepada peserta-peserta bengkel yang nampaknya sungguh berminat dan penuh bersemangat menambah ilmu dalam seni Islam ini.
Pertandingan Seni Khat Kebangsaan anjuran Yayasan Restu akan diadakan sempena Festival Al-Quran Dan Kesenian Islam Yayasan Restu, pada 30 Julai 2010 sehingga 10 Ogos 2010 bersamaan 18 Sya’ban 1431 sehingga 29 Sya’ban 1431 Hijriah, bertempat di Kompleks Taman Seni Islam Selangor, Persiaran Damai, Seksyen 10, 40000 Shah Alam, Selangor.
Sebanyak tiga kategori / peringkat dipertandingkan:
Hadiah – hadiah yang ditawarkan:
Kategori kanak-kanak
Kategori Remaja
Kategori Terbuka (Nasakh)
Kategori Terbuka (Thuluth)
Borang Pertandingan Seni Khat Kebangsaan ini boleh diperolehi dengan yuran RM10.00 di :
Yayasan Restu,
Kompleks Taman Seni Islam Selangor,
Persiaran Damai, Seksyen 10, 4oooo Shah Alam,
Selangor, Darul Ehsan.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Yayasan Restu:
Tel pejabat : 03-55119001
Mohd Yazid : 019-3448719
Zulhelmi : 013-4140845
Umi faezah : 016-6375997
Kategori A.
Kategori B dan C
– Tarikh tutup penyertaan 30 September 2009
– Khat yang dipertandingkan ialah: NASAKH, THULUTH & RIQ’AH
– Penghakiman akan dibuat di Muzium Kesenian Islam Malaysia dalam tempoh 2 minggu dari tarikh 31 Oktober 2009
– Keputusan pertandingan akan diumumkan pada pertengahan bulan November 2009
– Diantara syaratnya ialah: Pemenang – pemenang hadiah pertama Manifestasi Perdana Seni Khat 1999M/1420H, 2001M/1422H dan 2003M/1424H TIDAK BOLEH mengambil bahagian dalam kategori yang sama yang pernah dimenanginya. (huhuuu…..!!)
GOOD LUCK & SELAMAT BERKARYA……KEPADA SEMUA KHATTAT.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi
MUZIUM KESENIAN ISLAM MALAYSIA (03-22742020)
Sempena Ekspo Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka, Tahun 1429H Bersamaan 2008M, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dengan kerjasama Persatuan Seni Khat Kebangsaan, Yayasan Restu dan Pusat Zakat Melaka akan mengadakan Pertandingan seni khat peringkat kebangsaan, pada 23 Mac 2008 (ahad), bertempat di Muzium Al-Quran Melaka, Bangunan Fasa II, Kompleks Al-Azim, Bukit Palah, Melaka.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi:
Tel: 06-2826526 / 06-2811289 / 06-2834698 / 06-2827464
(Pn. Zaiematunnisa / Pn. Laily / En. Nurman)
Kepada kawan-kawan yang ingin menyertai pertandingan ini tolong cepat sikit. Hubungi nama-nama di atas, kerana saya difahamkan tempatnya terhad..! First come first serve.
Untuk makluman, ketika itu juga kita mengadakan Pameran Seni Khat Warisan Kebangsaan selama satu bulan bermula dari 17 Mac 2008 hingga 20 April 2008, disamping diadakan demontrasi menulis khat oleh penulis-penulis khat dari Yayasan Restu.
“SENI KHAT WARISAN KEBANGSAAN”