Bengkel Penulisan Seni Khat Di Brunei

Assalamualaikum

Alhamdulillah, ketika ini saya berada di negara Brunei Darussalam atas jemputan Pusat Dakwah Islamiah untuk mengendalikan bengkel penulisan seni khat bersama penulis khat terkenal dari Kuwait; Jasim Mi’raj dan Farid Al-Ali kepada penulis-penulis khat di sini. Kursus ini akan berlangsung selama 2 minggu dari 1 nov – 14 nov 2010, di mana peserta-peserta yang terpilih untuk mengikuti bengkel ini terdiri daripada orang-orang penting yang menggerakkan seni khat di Brunei seperti penulis di jabatan-jabatan kerajaan, pensyarah, guru-guru sekolah dan penggiat seni khat. Seramai 50 orang peserta telah menghadirkan diri dan mereka telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan satu dikendalikan oleh Jasim Mi’raj dan Farid Al-Ali manakala yang ke dua dikendalikan oleh saya.

Untuk pengisian bengkel penulisan seni khat pada kali ini, insyaAllah saya akan memberi tumpuan kepada kaedah penulisan khat nasakh dan thuluth mengikut gaya Shauqi dan teknik membuat desain dan hiasan di sekeliling ayat sehingga menjadi satu lembaran seni yang lengkap. Dalam tempoh masa yang terhad, insyaAllah saya akan cuba sekadar yang mampu untuk memberi pengajaran yang terbaik kepada peserta-peserta bengkel yang nampaknya sungguh berminat dan penuh bersemangat menambah ilmu dalam seni Islam ini.

5 Responses to “Bengkel Penulisan Seni Khat Di Brunei”

  1. Elia Says:

    Allahu yubarik.. smga ustaz dberi ganjaran yg tinggi dlm myebar dn bkongsi ilmu yg ada..

  2. Baki Says:

    Terima kasih Elia. Semoga Allah memberkati semua mereka yang terlibat dan berusaha mengembangkan seni khat ini juga….Amin ya Rabbal Alamin.

  3. mas daniella Says:

    Assalamualaikum,,,

    Pertama sekali,tahniah diucapkan atas pencapaian dan bakat yang ada pada diri encik Baki. Selain bakat yang dianugerahkan, secara tak langsung ia merupakan satu dakwah dan juga cara mnjana pendapatan sampingan. Saya seorg yg baru celik dan mula jatuh cinta dgn tulisan khat yg memang indah dan sungguh seni. saya ingin sekali mendalami dan memahirkan diri dlm tulisan khat ini. bila agaknya bengkel tulisan khat ini akan diadakan di Kuching, Sarawak?

  4. Baki Says:

    Waalaikumussalam Mas Daniella, Terima kasih.. Dan saya juga ucapkan tahniah kerana anda sudah mula minat dan jatuh cinta kepada seni khat. Tak kenal maka tak cinta, betul tak? Jika kita ada minat yang mendalam InsyaAllah boleh diteruskan dengan mula belajar bersungguh-sungguh. Luangkan beberapa jam sehari berlatih menulis. Ikut sahaja dulu contoh daripada buku2 khat. Kalau tak ada buku boleh download contoh2 dari website saya. Berkenaan bengkel khat di Kuching, setakat ini belum ada perancangan lagi. Tetapi kalau ada jemputan dari pihak di sana InsyaAllah saya akan pergi. Mungkin Mas sendiri boleh organize program seni khat di sana.. Jika perlukan apa2 maklumat sila hubungi saya 0193932947.

  5. Brunei Shaqirq Shauqi | TOP Lennot Says:

    […] Bengkel Penulisan Seni Khat Di Brunei | Diwani Kraf – …nasakh dan thuluth mengikut gaya Shauqi dan teknik membuat desain dan hiasan di sekeliling ayat sehingga menjadi satu lembaran « Kelas Intensif SENI KHAT Cuti Sekolah. Bengkel Khat-Brunei 2010 ». […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: