Penyertaan Di IRCICA

abdulbaki-ircica-2013

Alhamdulillah…Walaupun tidak menang sebarang hadiah atau sangkut hadiah saguhati ke..hehe. Inilah karya yang saya hantar untuk pertandingan khat IRCICA 2013. Karya yang dibuat last minute, beberapa hari sebelum tarikh akhir hantar penyertaan. Keputusan pemenang sudah keluar hari ini. Tahniah kepada semua yang berjaya dan paling membanggakan ada juga wakil dari Asean, iaitu negara jiran kita Indonesia yang telah mencatatkan nama antara pemenang di IRCICA kali ini. Tahniah sekali lagi kepada mereka.  Wakil Malaysia?? memang tak ada yang menang..huhu. Jangan kecewa sahabat2, cuba lagi ye…

Kalau ada sebarang pertandingan khat atau program yang anda sertai, sebenarnya anda telah berjaya mendapat sesuatu. Anda berjaya mendapat banyak pengajaran di dalamnya. Anda berjaya mengatasi halangan besar yang sering dijadikan alasan oleh mereka yang tak hantar langsung penyertaan. Memang banyak halangan terpaksa dihadapi. Umpamanya halangan masa, idea, teknik, latihan, pengurusan dan macam-macam lagi. Apabila sudah siap dan berjaya dihantar karya tersebut, anda akan merasa cukup puas… anda telah berjaya lalui semua halangan tersebut. Inilah sebenarnya antara proses belajar khat kalau anda nak tahu..hehe.

Nama Pasangan

tulisan khat fahmi-sharina

Logo

Logo Sayembara Alunan Nusantara

Logo Sayembara Alunan Nusantara

Cop Mohor

Penggunaan cop mohor dalam urusan dokumen perjanjian atau persuratan sewajarnya dihidupkan semula sebagai salah satu cabang seni dan budaya di negara ini. Selain lambang kemegahan, seni cop mohor turut menjadi elemen penting dalam budaya Melayu terutama dalam usaha memartabatkan tulisan jawi. Seni mohor adalah wadah jati diri rumpun Melayu Islam dan merupakan salah satu strategi terbaik dalam membudayakan tulisan jawi dalam kehidupan seharian.

Sila hubungi / sms : 019-3932947  untuk maklumat lanjut.

gambar-cop mohor1

Logo

Yayasan Muhammad

Yayasan Muhammad

Nama Pasangan

Lokman & Sarmiza

Lokman & Sarmiza