Tiga sepanduk hasil rekaan Diwani Kraf yang telah memenangi pertandingan sepanduk sempena perarakan sambutan Maulidurrasul peringkat negeri Selangor pada 15 Feb 2011. Tahniah kepada semua pemenang…! 1) Karangkraf: No. 1 Kategori syarikat swasta. 2) Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah: No. 1 Kategori jabatan kerajaan. 3) Worldwide Holdings Berhad: No. 3 Kategori syarikat swasta.
Doa Penerang Hati-Khat Farisi
Surah Al-Kauthar-Khat Farisi
Khat Farisi dicipta oleh Mir Ali al- Tibrazi dan kemudianya diperindahkan oleh Imaduddin al- Syirazi. Ia digunakan dengan meluas oleh masyarakat Iran yang diketahui sejak dahulu amat berminat dengan kesenian yang merupakan warisan turun temurun datuk nenek mereka. Mereka begitu mahir dan cekap dari segi penggunaannya sehingga menjadikan tulisan tulisan khat ini sebagai tulisan yang mempunyai ciri – ciri tersendiri pada orang Iran dan terkenal sehingga kehari ini dengan nama khat farisi (iaitu nisbah kepada bangsa Iran sendiri). Khat ini mempunyai bentuk yang cantik, hurufnya sangat menarik, tidak berbaris, tidak tersusun, sama seperti bentuk Riqa’ah. Keindahan khat Farisi terletak pada bentuk lengkungnya yang menarik, kurang garis menegak dan bentuk hurufnya yang condong ke kanan dan memanjang. Khat ini juga dikenali dengan khat Nasta’liq (iaitu gabungan antara Nasakh dan Ta’liq).