Doa Penerang Hati-Khat Farisi
Surah Al-Kauthar-Khat Farisi
Khat Farisi dicipta oleh Mir Ali al- Tibrazi dan kemudianya diperindahkan oleh Imaduddin al- Syirazi. Ia digunakan dengan meluas oleh masyarakat Iran yang diketahui sejak dahulu amat berminat dengan kesenian yang merupakan warisan turun temurun datuk nenek mereka. Mereka begitu mahir dan cekap dari segi penggunaannya sehingga menjadikan tulisan tulisan khat ini sebagai tulisan yang mempunyai ciri – ciri tersendiri pada orang Iran dan terkenal sehingga kehari ini dengan nama khat farisi (iaitu nisbah kepada bangsa Iran sendiri). Khat ini mempunyai bentuk yang cantik, hurufnya sangat menarik, tidak berbaris, tidak tersusun, sama seperti bentuk Riqa’ah. Keindahan khat Farisi terletak pada bentuk lengkungnya yang menarik, kurang garis menegak dan bentuk hurufnya yang condong ke kanan dan memanjang. Khat ini juga dikenali dengan khat Nasta’liq (iaitu gabungan antara Nasakh dan Ta’liq).
23/03/2008 at 7:48 pm
Salam…
ustaz,macam mana agaknya nak memantapkan seni khat farisi ni…apa pena yang paling sesuai untuk kaht ni…
29/04/2008 at 4:05 pm
salam,
kalau
xsilap
sy
khat
ni
biasa
dgunakan
dlm
tulisan
urdhu,,
btl
ke
ustaz??
afwan kathir klau sy tsilap.
27/05/2008 at 1:21 am
(tinta_hitam) tulisan ni kalau kita lihat memang biasa digunakan dalam tulisan urdu, contohnya mesti ada di setiap cerita² hindustan
28/05/2008 at 4:39 am
Terima kasih Firdaus.. Selain Iran, di Pakistan dan India juga khat ini digunakan secara meluas
04/05/2009 at 8:57 am
salam ust..pe beza khat farsi ngn nasta’liq?nmpk cm sama je..mnx pnjelesan..tringin nk blaja..
05/05/2009 at 10:50 am
farisi dan nasta’liq adalah khat yang sama..
17/03/2011 at 1:04 pm
Asalamualaikum….. tulisan khat ni terdiri daripade berape nyer ustaz……????
18/03/2011 at 5:59 pm
Waalaikumusslm Naqib..khat banyak jenis, tapi hanya 7 jenis yang sering digunakan sekarang: nasakh, thuluth, diwani, diwani jali, farisi, riq’ah & kufi..
13/11/2011 at 5:55 am
assalamu’alaikum…ini…khat farisi jenis apa ya,,,,,?
14/11/2011 at 2:16 am
Waalaikumussalam Nuril, Khta farisi biasa, tetapi disusun dalam bulatan secara berlapis…
19/11/2011 at 12:39 am
maksudnya bulatan secra lapis itu gmna,,.,.,.,.,.???