Khat Nasakh merupakan satu kaedah tulisan khat yang sangat praktikal. Di samping mudah dibaca ia juga masih mengekalkan keindahan seninya yang tersendiri. Khat Nasakh amat sesuai ditulis pada mushaf, surat – menyurat, buku bacaan dan lain – lain lagi. Foto di atas menunjukkan Khat Nasakh diaplikasikan pada sebuah dokumen yang penting dan bersejarah iaitu ‘Watikah Pelancaran Al Quran Mushaf Malaysia & Terjemahan’ yang ditandatangani oleh Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada satu majlis yang anjuran Yayasan Restu di Mak Mandin, Pulau Pinang.
25/05/2009 at 12:31 am
EXELLENT