Buku: KHAT & JAWI

SENI KHAT & JAWI Mutiara Kesenian Islam Sejagat

Buku Bacaan: SENI KHAT & JAWI Mutiara Kesenian Islam Sejagat

Sebuah buku yang membincangkan asal usul dan sejarah seni khat sejak zaman sebelum Islam. Setelah kedatangan  Islam, tulisan ini melalui era yang begitu menakjubkan sehingga mencapai tahap kesempurnaan tertinggi dan penggunaannya tersebar ke merata-rata tempat di dunia.

Seterusnya buku ini membicarakan aspek fizikal dan praktikal seni khat, meliputi jenis dan bentuk seni khat, selain memaparkan peralatan tradisional dan moden yang digunakan, kaedah pembelajarannya serta ciri-ciri penulis khat yang perlu dihayati. Beberapa tokoh seni khat teragung dipaparkan sebagai mengimbau kehidupan dan sumbangan yang telah ditinggalkan kepada generasi kini…

Buku ini ditulis oleh sahabat saya: Abdul Rahman Hamzah, Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Islam & Pembangunan Sosial, Universiti Teknologi Malaysia. Sesiapa yang berminat untuk memilikinya boleh menghubungi terus Saudara Abdul Rahman di talian 0197064949

Kouichi Fuad Honda

Kouichi Fuad Honda merupakan seorang penulis khat dari Negara Jepun, telah datang ke Malaysia pada 22-24 November 2008 yang lalu sempena program IAS-AEI International Conference NEW HORIZON IN ISLAMIC AREA STUDIES: ISLAMIC SCHOLARSHIP ACROSS CULTURE AND CONTINENTS, yang dianjurkan bersama oleh Universiti Malaya, NIHU Programe Islamic Area Studies (Japan), Asia-Europe Institute.

Beliau juga mengadakan pameran seni khat bertempat di Yayasan Restu, Kompleks Taman Seni Islam Selangor bermula dari 22.11.2008. Pameran ini akan diadakan selama tiga bulan. Diharap kepada peminat-peminat seni khat tanah air tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke pameran ini. Selain dari Kouichi Fuad Honda, terdapat juga pameran daripada seorang tokoh Islam Indonesia, Bapak Mahmud Buchari dan karya-karya terbaru Yayasan Restu sendiri. Ketika di sini Professor Kouichi Fuad Honda sempat berkongsi ilmunya dalam seni khat menerusi syarahan yang bertajuk ‘Aesthetic Or Philosophical Meaning Of The Lines Of Arabic Calligraphy’ dan mengadakan demontrasi menulis khat.

fuad-kuichi-honda-3 fuad-kuichi-honda-2 fuad-kuichi-honda-5 fuad-kuichi-honda-41

Huruf Ha

Huruf Ha Khat Thuluth

Huruf Ha Khat Thuluth

  • Huruf ha tunggal mempunyai dua bentuk
  1. Ain Hirrah
  2. Mufradah Muthallathah
  • Ha di awal boleh digunakan tiga bentuk
  • Ha di tengah mempunyai empat jenis yang perlu disesuaikan dengan huruf-huruf tertentu
  • Ha di akhir ada dua bentuk:
  1. Mulhaqah
  2. Mudghamah
  • Ha Lafzul Jalalah mempunyai kaedah tersendiri. Bentuknya lebih tinggi dari kebiasaan.

Nama

Dua nama sahabat saya

Hani Muhammad Abdul 'Aal

Hani Muhammad Abdul

Badr Mahmud Damiri

Badr Mahmud Damiri

  1. Hani Muhammad Abdul ‘Aal
  2. Badr Mahmud Damiri

Hamzah

Bentuk huruf hamzah dalam beberapa jenis khat

Bentuk huruf hamzah dalam beberapa jenis khat

  • Hamzah Thuluth: Bahagian atas dua titik, ekornya agak tebal di mula dan akhir
  • Hamzah Nasakh: Kepala 1 1/2 titik dan melengkung lembut, lebih kecil dari thuluth, meruncing di akhir ekornya.
  • Hamzah Diwani Jali: Kepala melengkung, bentuknya seakan kaf kecil dalam thuluth
  • Hamzah Diwani: Hanya sedikit perbezaan dengan diwani jali di bahagian kepala dan Lebih kurus sedikit
  • Hamzah Riq’ah: Bahagian kepala agak tajam dan tidak melengkung.
  • Hamzah Nasta’liq: Biasanya ditulis dengan saiz yang kecil. Perhatikan bentuk kepala dan ekornya yang lebih tajam

Video Huruf Dal

Pertandingan Seni Khat

Pada 19 Oktober 2008 yang lalu, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Selangor telah menganjurkan Pertandingan Seni Kaligrafi Khat Lelaki Dan Wanita sempena Majlis Kesenian Islam Negeri Selangor Tahun 2008, bertempat di Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM ‘A’) Kuala Selangor. Seramai 18 orang peserta yang mewakili 9 daerah di selangor terlibat dalam pertandingan ini. Kebetulan saya dijemput menjadi hakim pada pertandingan tersebut. Saya kongsikan di sini beberapa gambar yang sempat diambil pada hari tersebut.