Surah Al-Fath : 4. Khat Thuluth Adi. 1.8mm
Surah Al-Fath : 1, khat thuluth
Whatsapp kami di 0193932947 untuk tempahan design khat … 🙂
Alhamdulillah baru baru ini telah selesai Daurah Thuluth Jali yang pertama. Seramai 20 orang peserta telah menamatkan daurah tersebut yang berlangsung selama 3 bulan pada setiap hari jumaat bermula dari 8.00 malam sehingga 10.00 malam yang bertempat di Galeri Diwani Kraf Kemuning Utama Shah Alam..
Insyallah untuk daurah yang seterusnya akan dimulakan pada 30.3.2018, setiap hari jumaat jam 8.00-10.00 malam. Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti DAURAH THULUTH JALI 2.0 ini bolehlah membuat pendaftaran segera kepada kami dengan menghubungi talian 0193932947. Pendaftaran terhad kepada 20 orang peserta terawal sahaja..Sijil penyertaan akan disediakan.
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi 0193932947
وَجُمِعَ ٱلشَّمۡسُ وَٱلۡقَمَرُ (٩) يَقُولُ ٱلۡإِنسَـٰنُ يَوۡمَٮِٕذٍ أَيۡنَ ٱلۡمَفَرُّ (١٠) كَلَّا لَا وَزَرَ (١١) إِلَىٰ رَبِّكَ يَوۡمَٮِٕذٍ ٱلۡمُسۡتَقَرُّ (١٢) يُنَبَّؤُاْ ٱلۡإِنسَـٰنُ يَوۡمَٮِٕذِۭ بِمَا قَدَّمَ وَأَخَّرَ (١٣) بَلِ ٱلۡإِنسَـٰنُ عَلَىٰ نَفۡسِهِۦ بَصِيرَةٌ۬ (١٤)وَلَوۡ أَلۡقَىٰ مَعَاذِيرَهُ ۥ (١٥) لَا تُحَرِّكۡ بِهِۦ لِسَانَكَ لِتَعۡجَلَ بِهِۦۤ (١٦) إِنَّ عَلَيۡنَا جَمۡعَهُ ۥ وَقُرۡءَانَهُ ۥ (١٧) فَإِذَا قَرَأۡنَـٰهُ فَٱتَّبِعۡ قُرۡءَانَهُ ۥ (١٨) ثُمَّ إِنَّ عَلَيۡنَا بَيَانَهُ ۥ (١٩
And the sun and moon are joined together― (9) That Day will Man say “Where is the refuge?” (10) By no means! no place of safety! (11) Before thy Lord (alone), that Day will be the place of rest. (12) That Day will man be told (all) that he put forward, and all that he put back. (13) Nay, man will be evidence against himself. (14) Even though he were to put up his excuses. (15) Move not thy tongue concerning the (Qur’an) to make haste therewith. (16) It is for Us to collect it and to promulgate it: (17) But when We have promulgated it, follow thou its recital (as promulgated): (18) Nay more, it is for Us to explain it (and make it clear): (19)
Multaqa Ramadan Dubai untuk Penulisan Al-Quran kali yang ke 7 anjuran Kerajaan Dubai telah mengumpulkan 30 orang penulis khat dari 11 negara untuk menyempurnakan penulisan 30 juzuk Al-Quran pada bulan Ramadan 1437H yang lepas.
Alhamdulillah saya berkesempatan menyertai Multaqa Ramadan pada kali ini atas undangan yang julung kalinya kepada penulis khat dari Malaysia untuk turut serta menulis salah satu dari 30 juzuk al-Quran yang berjaya kami siapkan pada acara tersebut.
Inisiatif Kerajaan Dubai melalui Kementerian Kebudayaannya mengadakan acara ini sangat bermakna sebagai sumbangan besar mereka kepada warisan kebudayaan Islam dunia dengan memiliki sebuah al-Quran unik hasil tulisan 30 penulis khat dari pelbagai negara. Al-Quran ini adalah hasil tulisan tangan sepenuhnya menggunakan peralatan menulis mushaf tradisional yang akan menjadi sejarah penting kepada dunia Islam hasil sumbangan Dubai pada bulan yang dikenali dengan bulan al-Quran ini.
Multaqa Ramadan Dubai adalah satu acara seni khat yang unik dari program khat yang lain kerana mereka dapat mengumpulkan 30 penulis khat dari aliran madrasah yang berbeza pada satu tempat, dalam tempoh masa yang sama, dengan waktu yang terhad untuk menulis satu mushaf yang lengkap. Maka terhasillah satu naskhah al-Quran tulisan tangan yang mengandungi 30 gaya kretiviti yang berbeza dan bukan hanya dari satu gaya penulis.
Ini adalah Multaqa kali ke 7 yang mereka anjurkan pada bulan Ramadan setiap tahun. Setiap mushaf yang ditulis berlainan format. Kali ini formatnya terdiri dari tiga jenis khat iaitu khat muhaqqaq, nasakh dan thuluth.
Alhamdulillah sudah siap tempahan khat atas kanvas dari Sabah dan akan dihantar kepada tuannya hari ini InsyaAllah…
Semua saiz mengikut kesesuaian ruang di rumah. Jika inginkan kelainan untuk hiasan kaligrafi di rumah anda, hubungi kami di 0193932947 untuk mengetahui lebih lanjut. Anda juga boleh whatsapp gambar serta nyatakan ukuran ruang dan kami akan tulis ayat yang bersesuaian untuk ruang tersebut. T. Kasih 🙂
Khat thuluth adalah khat yang paling susah untuk dikuasai. Ia mempunyai banyak kaedah penulisan yang sangat detail dan halus yang harus dikuasai oleh seorang penulis khat dengan tepat. Tambahan pula, susunan untuk sesuatu perkataan dan cara menulisnya boleh dipelbagaikan agar sesuai dengan ruang dan karya yang dibuat. Dan kepelbagaian susunan itu pula mempunyai kaedahnya tersendiri yang mesti diikuti
Sebagai sambungan post sebelum ini, kita akan melihat pula perubahan-perubahan yang boleh dibuat untuk perkataan BAINAHUM di dalam khat thuluth. Berdasarkan perkiraan saya, untuk perkatan ini sahaja kita boleh tulis dalam bermacam cara dan gaya dengan bilangannya hampir mencecah dua puluh bentuk. Di sini saya kemukakan sebahagian daripadanya.
Di dalam Khat thuluth terdapat banyak kaedah penulisan yang sangat detail. Sedikit perbezaan, menyebabkan kita salah atau betul dengan kaedahnya. Di sini saya cuba kemukakan dua bentuk tulisan sebagai pendedahan kepada rakan-rakan untuk kita kongsi bersama dan dijadikan panduan. Cuba anda berikan jawapan diantara (A) dan (B), mana yang betul, mana yang salah dan kenapa..?
Terima kasih kepada anda yang telah memberi respon pada persoalan di atas. Sebenarnya perkara ini adalah diantara beberapa kesalahan tulisan yang saya temui ketika menghakimi pertandingan-pertandingan seni khat, termasuk juga Pertandingan Seni Khat Marhaban di Astro baru-baru ini. Banyak lagi masalah-masalah yang lain. Tapi kali ini saya cuba ketengahkan kaedah penulisan (bainahum) ini dahulu. Sebabnya, bagi saya ia cukup halus dan terperinci dari segi kaedahnya. Sepintas lalu, seolah-olah tiada beza.. Tetapi sebenarnya ternyata ada perbezaan yang jelas dan merumitkan. Dengan perubahan yang sedikit, ia akan membuatkan satu huruf menjadi tiga huruf.
Dan jawapannya, diantara (A) dan (B), maka pilihan yang tepat untuk kalimah ‘BAINAHUM’ adalah (A), kerana bentuk huruf yang pertama dan kedua adalah bentuk huruf BA dan YA. Manakala bagi (B) pula, gigi awal dan keduanya adalah gigi huruf SIN. Sekarang cuba kita perhatikan secara detail, diantara dua bentuk ini sebenarnya dipisahkan oleh pergerakan yang sangat halus. Perbezaannya hanyalah pada permulaan diantara ‘sin’ dan ‘ba’. Ketika menarik kebawah, Sin harus lebih pendek dan halus manakala ba lebih besar sedikit. Kemudian di penghujung gigi yang pertama. Kedua-duanya ada sedikit perbezaan ketika menolak naik. Seterusnya pada permulaan gigi yang kedua, pergerakan ketika melengkung turun juga berbeza dan lebar ba seluas dua titik dan sin hanya satu setengah titik.
Penulisan perkataan BAINAHUM di dalam khat thuluth, sebenarnya boleh dipelbagaikan. Pada pengamatan saya, kepelbagaian bentuknya yang boleh dibuat hampir mencecah bua puluh bentuk. Insya Allah saya akan terangkan pada entry yang akan datang. Semoga dengan penjelasan yang sedikit ini dapat memberi manfaat kepada semua…
………………….
Assalamualaikum.
Makluman kepada khattat semua, IRCICA akan menganjurkan pertandingan seni khat sempena nama Khattat Badawi al-Dirani pada tahun ini. Di bawah saya terangkan serba ringkas berkaitan tarikh dan kategorinya:
Kategori khat yang dipertandingkan ialah:
Borang pertandingan ini boleh dimuat turun dari website IRCICA. Kepada yang berminat bolehlah cuba menghantar karya anda, terutama kepada para khattat yang semakin ramai terdapat di Malaysia ketika ini. Begitu juga kawan-kawan khattat di Negara Brunei, Indonesia dan Thailand, marilah kita ramaikan penyertaan pada kali ini dari Negara Asean pula. Tarihk akhir serah karya masih panjang, bolehlah berlatih dulu sampai mantop., hehee…
Bagi saya, yang penting adalah penyertaan kita dalam pertandingan dan memperolehi pengalaman yang berharga seterusnya menambahkan lagi semangat kita dalam memperjuangkan seni khat. Jangan diharapkan sangat kepada imbuhan. Sememangnya kita sedia maklum yang pertandingan ini adalah pertandingan peringkat antarabangsa. Sudah semestinya khattat-khattat hebat dari seluruh dunia akan menyertainya terutama dari timur tengah seperti Turki (tuan rumah), Syria, Iraq, Mesir akan turut serta. Namun, diharapkan dengan penyertaan kita, Insya Allah akan memeriahkan lagi pertandingan ini dan memberitahu kepada mereka bahawa seni khat juga sedang berkembang pesat di rantau sini..
SELAMAT MENCUBA, SEMOGA BERJAYA.…