
Bentuk huruf hamzah dalam beberapa jenis khat
- Hamzah Thuluth: Bahagian atas dua titik, ekornya agak tebal di mula dan akhir
- Hamzah Nasakh: Kepala 1 1/2 titik dan melengkung lembut, lebih kecil dari thuluth, meruncing di akhir ekornya.
- Hamzah Diwani Jali: Kepala melengkung, bentuknya seakan kaf kecil dalam thuluth
- Hamzah Diwani: Hanya sedikit perbezaan dengan diwani jali di bahagian kepala dan Lebih kurus sedikit
- Hamzah Riq’ah: Bahagian kepala agak tajam dan tidak melengkung.
- Hamzah Nasta’liq: Biasanya ditulis dengan saiz yang kecil. Perhatikan bentuk kepala dan ekornya yang lebih tajam
Like this:
Like Loading...
Related
18/11/2008 at 5:29 pm
syukran atas jawapan yang ustaz berikan…
insya allah ana akan praktikkan
18/11/2008 at 5:33 pm
soalan:
jika kesemua jenis tulisan ( naskh, thuluth, nasta’liq, diwaniy dan riq’ah ) menggunakan mata pena berukuran 5mm, maka huruf hamzah yang kecil menggunakan mata pena berukuran berapa mm ustaz?
18/11/2008 at 5:36 pm
ana sangat2 menghormati tulisan yang ustaz buat ni
19/11/2008 at 12:42 am
Syukran atas panduan, Ustaz.
Ustaz, saya nak tahulah, apa beza antara khat Nasakh gaya Ibnu Muqlah dengan Nasakh gaya Hashim Al-Baghdadi?
19/11/2008 at 5:50 am
salam ust baqi..alhmdllh ats post baru ust..amat kemas..ana sukakannya..sbb kemas n tepat..ana perlu beljar selok belok khat satu persat udgn ust ni nnti…i’Allah..moga di pelihara tulisan al-Quran ini dgn penuh keikhlasan..Allahu rabbina yusahilna..i’Allah
19/11/2008 at 2:46 pm
(Bol) Penulisan hamzah berbeza setiap jenis khat. Kalau thuluth dan nasakh boleh diguna pena saiz huruf jika hamzah adalah huruf, tapi jika hamzah tumpang, gunakan saiz yang lebih kecil (separuh). Selain daripada itu biasanya hamzah ditulis dengan saiz yang paling kecil.
(Abdul Hakim) Gaya khat nasakh Ibn Muqlah berbeza dari gaya nasakh Hasyim. Ibn Muqlah, nasakh peringkat paling awal, bentuknya agak keras, tinggi. Gaya Hasyim adalah yang terkini.
19/11/2008 at 5:16 pm
syukran kathir ustaz..
dengan mengenali ustaz, dapatlah ana berkongsi maklumat , mengenali dan mendalami sedikit demi sedikit qaedah khat… insya allah jika ana ada kemusykilan… ana akan ajukan soalan dan meminta ustaz buatkan demo lagi insya allah…
barokallahu laka..
25/11/2008 at 5:37 pm
salam ustaz baki..
ana sudah mempraktikkan kesemua huruf hamzah yang ustaz terangkan….
bolehkah ustaz terangkan bagaimana pembentukan ha simpul? kerana terdapat kesukaran bagi ana untuk membentuknya dengan baik.. ( ha tunggal, pertengahan, hujung ) dalam tulisan thuluth..
barokallahu laka…