- Sami Afendi adalah salah seorang penulis khat Zaman Othmaniah yang sangat saya kagumi
- Banyak hasil tulisannya boleh dilihat di sekitar Turki.
- Beliau dilahirkan pada 1253 Hijrah dan meninggal pada tahun 1330 Hijriah.
Dua huruf yang paling susah dalam khat thuluth iaitu HA dan AIN… Lihatlah, di setiap sudutnya ada ukuran titik yang terperinci. Kita mesti membuatnya dengan free hand, tanpa bantuan apa-apa, tidak boleh ditekap (trace). Kemudian setelah jadi bentuknya, kita beralih pula kepada latihan mengekalkan bentuk huruf supaya semuanya sama atau latihan mengkonsistenkannya pula.. sebenarnya inilah latihan yang lebih susah daripada membentuk huruf tadi, tetapi ia sangat penting di dalam seni khat. Latihan inilah yang dinamakan ‘masyaq’. Seperti kata pepatah Arab:
الخط مخفى فى تعليم الأستاذ ودوامه فى كثرة المشق
“Rahsia seni khat tersembunyi di tangan guru, dan untuk mengekalkannya adalah dengan masyaq yang berterusan”