Mihrab Surau Ad-Din, Seksyen 27, Shah Alam.. Jika berminat untuk buat mihrab surau boleh hubungi kami di 0193932947






Surah As-Saff : Ayat 4
إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلَّذِينَ يُقَـٰتِلُونَ فِى سَبِيلِهِۦ صَفًّ۬ا كَأَنَّهُم بُنۡيَـٰنٌ۬ مَّرۡصُوصٌ۬
Hari ini saya menjadi juri bersama Al-Fadhil Ustaz Yusuff Abu Bakar dan Ustaz Zulhazmi Zakaria untuk Pertandingan Seni Khat 2018 (Kategori Terbuka) bersempena Festival Al-Quran & Kesenian Islam Antarabangsa Selangor. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga pertandingan ini dapat melahirkan ramai lagi pemangkin penulis khat di masa akan datang!
Lawatan sambil belajar dari Pondok Tahfiz Raudhatul Jannah ke Galeri Diwani Kraf pada 21.10.2017. Semoga lawatan ini membawa keberkatan dan rahmat kepada galeri kami. Didoakan semoga akan lahir dari adik-adik ini para huffaz yang mahir dalam dua bidang ilmu al-Quran iaitu qiraat (bacaan / hafazan) dan resam (menulis / seni khat). Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Galeri Diwani Kraf.
وَجُمِعَ ٱلشَّمۡسُ وَٱلۡقَمَرُ (٩) يَقُولُ ٱلۡإِنسَـٰنُ يَوۡمَٮِٕذٍ أَيۡنَ ٱلۡمَفَرُّ (١٠) كَلَّا لَا وَزَرَ (١١) إِلَىٰ رَبِّكَ يَوۡمَٮِٕذٍ ٱلۡمُسۡتَقَرُّ (١٢) يُنَبَّؤُاْ ٱلۡإِنسَـٰنُ يَوۡمَٮِٕذِۭ بِمَا قَدَّمَ وَأَخَّرَ (١٣) بَلِ ٱلۡإِنسَـٰنُ عَلَىٰ نَفۡسِهِۦ بَصِيرَةٌ۬ (١٤)وَلَوۡ أَلۡقَىٰ مَعَاذِيرَهُ ۥ (١٥) لَا تُحَرِّكۡ بِهِۦ لِسَانَكَ لِتَعۡجَلَ بِهِۦۤ (١٦) إِنَّ عَلَيۡنَا جَمۡعَهُ ۥ وَقُرۡءَانَهُ ۥ (١٧) فَإِذَا قَرَأۡنَـٰهُ فَٱتَّبِعۡ قُرۡءَانَهُ ۥ (١٨) ثُمَّ إِنَّ عَلَيۡنَا بَيَانَهُ ۥ (١٩
And the sun and moon are joined together― (9) That Day will Man say “Where is the refuge?” (10) By no means! no place of safety! (11) Before thy Lord (alone), that Day will be the place of rest. (12) That Day will man be told (all) that he put forward, and all that he put back. (13) Nay, man will be evidence against himself. (14) Even though he were to put up his excuses. (15) Move not thy tongue concerning the (Qur’an) to make haste therewith. (16) It is for Us to collect it and to promulgate it: (17) But when We have promulgated it, follow thou its recital (as promulgated): (18) Nay more, it is for Us to explain it (and make it clear): (19)
The International Cultural Festival of The Arabic Calligraphy 2013. Alhamdulillah… Sekali lagi saya diberi penghormatan dijemput sebagai wakil dari Malaysia untuk menghadiri Festival Seni Khat yang akan diadakan di Negara Algeria dari 28 Mei 2013 sehingga 4 June 2013. Saya amat menghargai dan menanti-nanti jemputan ini kerana ia merupakan salah satu festival seni khat yang sangat berprestij di peringkat antarabangsa. Festival ini adalah acara tahunan yang menghimpunkan ramai penulis seni khat terkenal dari seluruh dunia. Kali ini seramai hampir 90 orang penulis-penulis khat telah dijemput dari 20 negara. Ini adalah penyertaan kali ketiga saya dalam festival ini. Apa yang menariknya, sepanjang festival ini akan dipenuhi dengan program-program berkaitan seni khat yang sangat menarik seperti bengkel khat, seminar, demontrasi penulisan khat oleh khattat terkenal serta perbincangan ilmiah mengenai seni Islam yang membuatkan saya sangat teruja mengikuti, mendengar dan melihat dengan mata sendiri semua acara yang berlaku disini. Selain itu sudah tentu ada juga pameran dan pertandingan seni khat di mana semua peserta diwajibkan membawa karya terbaru masing-masing untuk dipamer dan dinilai oleh juri terpilih.
The UAE Ministry of Culture, Youth and Community Development has been organizing Al Burda Contest since 1425 AH 2004 to honour the memory of the Prophet Mohamed Birthday, (God’s blessing and peace be upon him) each year.
The Ministry endeavors to make Al Burda Award as a leading and distinctive contest on the Islamic world level to celebrate the memory of the Prophet’s Birthday each year, and to honour the winners in diverse contests in the motif of the Prophet’s Birthday (God’s blessing and peace be upon him) and his redolent memoirs.
Al Burda Contest is a poetry contest open to poets from UAE and abroad in Nabaty poetry and classic poetry in pure language commending the Prophet (God’s blessing and peace be upon him) and his redolent memoirs, in addition to Arab calligraphy Contest with its traditional and modern categories and an Islamic Illumination (Zakhrafa) Contest on the international level.
The Arabic calligraphy Contest:
Text : (لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ) Surat AL Tawba –verse 128
First Prize: 70 000 Dhs
Second Prize: 50 000 Dhs
Third Prize: 40 000 Dhs
3 appreciation awards with a value of 15.000 Dhs each
Text: النص الكامل للقصيده المحمديه للامام البوصيري
First Prize: 70 000 Dhs
Second Prize: 50 000 Dhs
Third Prize: 40 000 Dhs
3 appreciation awards with a value of 15.000 Dhs each
Text: ولد الهدى فالكائنات ضياء وفم الزمان تبسم وثناء
First Prize: 70 000 Dhs
Second Prize: 50 000 Dhs
Third Prize: 40 000 Dhs
Fourth Prize: 30 000 Dhs
Fifth Prize: 20 000 Dhs
Deadline for submitting artworks is 2nd. October 2011. Winners will be honored during the month of Rabea Al Awal 1432 H.
Source: http://www.burda.ae
Alhamdulillah, beberapa minggu yang lalu saya telah mendapat jemputan daripada sahabat saya Mr Lou Qi untuk menyertai pameran “Asia And Africa International Modern Art Exhibition” yang akan diadakan di Hangzhou China bermula dari 23 April 2011. Pameran ini akan disertai oleh pelukis dari beberapa negara. Saya akan bertolak ke sana pada 22 April 2011 bersama dua orang rakan pelukis dari Malaysia iaitu Muhd. Rani dan Mr. Chong. InsyaAllah saya akan kemaskinikan blog ini nanti dengan perkembangan di sana…
Saya dimaklumkan bahawa Seminar Seni Khat Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu pada 12-13 Mac 2011 akan dihadiri oleh penulis khat terkenal dari Syria Adnan Syeikh Osman. Rancangan sebelum ini adalah untuk membawa Khattat Munib dari Mesir, tetapi disebabkan beberapa masalah teknikal yang dihadapi pihak penganjur, mereka menggantikannya dengan Adnan Syeikh Osman. Adnan Syeikh Osman adalah seorang tokoh yang begitu dikenali dalam bidang penulisan seni khat ketika ini. Beliau merupakan guru kepada Faruq Haddad, iaitu master khat yang telah beberapa kali memenangi pertandingan khat di IRCICA Turki. Adnan yang jawatannya ketika ini adalah pensyarah di Universiti Damsyik mempunyai kemahiran khat yang sangat hebat, bagi saya beliau adalah pakar dalam semua jenis khat. Hasil tulisannya begitu unik di samping dia telah mencipta gaya hurufnya yang tersendiri. Anda boleh melayari website ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Adnan dan melihat sendiri hasil seninya yang sungguh indah di : http://www.eyesgarden.com/
Bengkel tahsinul khat dan seni khat jawi peringkat lanjutan yang telah berjalan selama 2 minggu ini adalah satu program yang sangat bermanfaat kepada penulis-penulis khat di Negara Brunei Darussalam sebagai satu platform untuk mereka meningkatkan kualiti tulisan khat seterusnya menambah nilai dalam bidang pekerjaan masing-masing. Di dalam bengkel ini peserta telah didedahkan dengan teknik penulisan khat mengikut kaedah yang betul dan muktabar yang diguna pakai di seluruh dunia serta kaedah-kaedah yang mudah dilaksanakan serta amat berkesan terutama di dalam seni khat nasakh dan thuluth. Kedua-dua khat ini sangat penting kerana keduanya merupakan tunjang kepada cabang seni khat yang lain. Jika seseorang penulis boleh menguasai kedua-dua khat ini, maka lebih mudah baginya untuk meguasai jenis-jenis khat yang lain. Kedua khat ini juga paling banyak digunakan di seluruh dunia dalam pelbagai bidang dan medium dan sangat meluas digunakan di Negara Brunei Darussalam.
Di bengkel ini, peserta juga berkesempatan mencungkil rahsia-rahsia seni khat yang amat sukar diperolehi dan terlihat dengan mata kasar kita jika tiada tunjuk ajar daripada guru yang betul. Seperti ada pepatah Arab berbunyi:
Rahsia tulisan khat tersembunyi dalam pembelajaran bersama guru dan untuk menguatkannya (bentuk huruf) adalah dengan latihan yang berterusan.
Seperti yang kita maklum, seni khat mempunyai rahsia-rahsia penulisan yang sangat banyak, ia memerlukan tunjuk ajar dan pendedahan daripada guru sendiri, kerana tanpa pengajaran daripada guru seseorang penulis amat sukar mengetahui rahsia huruf dan tidak mampu menghasilkan tulisan dengan betul dan cantik. Mempelajari seni khat tidak cukup dengan hanya sekadar melihat dan membaca daripada buku-buku kaedah seni khat sahaja. Cara ini akan mengambil masa yang sangat panjang dan tidak mungkin seseorang penulis itu mendapat teknik penulisan yang berkesan tanpa melihat sendiri bagaimana cara membuatnya yang betul daripada seorang guru.
Setelah mengetahui teknik menulis khat daripada guru, maka usaha selebihnya bergantung kepada penulis sendiri. Untuk memperkuatkan kaedah huruf, seseorang penulis perlu berterusan membuat latihan sehingga apa yang dipelajari dapat ditulis sama seperti dikehendaki kaedah seni khat.
Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ‘tahniah’ kepada penulis-penulis khat Negara Brunei Darussalam di atas kualiti tulisan khat mereka, kerana pada pemerhatian saya mutu tulisan khat di sini telah meningkat dengan ketara berbanding dahulu, terutama setelah apa yang dapat saya lihat sendiri hasil kerja penulis-penulis pada peraduan menulis Seni Khat Jawi Kebangsaan yang berakhir pada 30 september 2010 yang lalu. Secara jujur, apa yang saya lihat sangat berbeza dengan kualiti pada 3, 4 tahun yang lalu ketika saya sering ke sini samada atas jemputan pertandingan menulis khat asean atau pameran-pameran seni khat. Umpamanya di dalam khat thuluth, saya dapat melihat ada beberapa peserta telah menulis huruf-huruf dalam khat thuluth dengan baik dan amat kemas serta membuat susunan-susunan yang menarik. Peningkatan ini tidak boleh terhenti di sini sahaja kerana untuk mencapai tahap tulisan khat peringkat antarabangsa, kita memerlukan kualiti yang lebih tinggi dan usaha yang berterusan. Sudah tentu untuk bandingan dengan tahap yang terdapat di timur tengah atau Turki, jurangnya masih jauh. Tetapi dengan usaha berterusan yang dimainkan oleh Pusat Dakwah Islamiah ini, tidak mustahil dalam 5 tahun akan datang ada penulis-penulis khat Brunei boleh menjadi setaraf di Turki dan mampu menempatkan diri dan memenangi peraduan-peraduan khat peringkat antarabangsa seperti di IRCICA dan sebagainya.
terima kasih kepada peserta-peserta bengkel di atas kerjasama yang telah diberikan dari awal sehingga akhir program serta memudahkan saya mengendalikan bengkel ini dengan berkesan
Harapan saya kepada peserta-peserta bengkel Tahsinul khat dan bengkel seni khat jawi lanjutan ini supaya berusaha bersunggu-sungguh dan memberi komitmen dalam meningkatkan kualiti tulisan khat kita dengan mempraktikkan apa yang telah dipelajari di sini dengan latihan harian masing-masing, kerana apa yang kita telah pelajari di sini akan hilang begitu sahaja jika dibiarkan tanpa ada usaha yang bersungguh-sungguh untuk diterjemahkan dengan latihan yang berterusan.
Berusahalah membahagikan masa kita dengan latihan dan kerja-kerja yang lain supaya dapat membuat latihan pada setiap hari walaupun sedikit, jangan tinggalkannya terus tanpa latihan. Kerana latihan yang berterusan dan bersungguh-sungguh sahaja satu-satunya cara untuk maju dalam seni khat ini.
Di sini juga, saya memohon maaf andai ketika saya mengendalikan bengkel ini terdapat kekurangan dan terkasar bahasa atau terdapat sesuatu yang kurang menyenangkan semua pihak terutama kepada pegawai dan kakitangan yang bertanggungjawab menguruskan saya di sini. Dan saya juga mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana telah memberikan komitmen yang tinggi sehingga semuanya berjalan dengan lancar dan teratur.
Inilah diantara peserta-peserta yang menyertai Bengkel Seni Khat Jawi Lanjutan anjuran Pusat Dakwah Islamiah Negara Brunei Darussalam 2010.
Assalamualaikum
Alhamdulillah, ketika ini saya berada di negara Brunei Darussalam atas jemputan Pusat Dakwah Islamiah untuk mengendalikan bengkel penulisan seni khat bersama penulis khat terkenal dari Kuwait; Jasim Mi’raj dan Farid Al-Ali kepada penulis-penulis khat di sini. Kursus ini akan berlangsung selama 2 minggu dari 1 nov – 14 nov 2010, di mana peserta-peserta yang terpilih untuk mengikuti bengkel ini terdiri daripada orang-orang penting yang menggerakkan seni khat di Brunei seperti penulis di jabatan-jabatan kerajaan, pensyarah, guru-guru sekolah dan penggiat seni khat. Seramai 50 orang peserta telah menghadirkan diri dan mereka telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan satu dikendalikan oleh Jasim Mi’raj dan Farid Al-Ali manakala yang ke dua dikendalikan oleh saya.
Untuk pengisian bengkel penulisan seni khat pada kali ini, insyaAllah saya akan memberi tumpuan kepada kaedah penulisan khat nasakh dan thuluth mengikut gaya Shauqi dan teknik membuat desain dan hiasan di sekeliling ayat sehingga menjadi satu lembaran seni yang lengkap. Dalam tempoh masa yang terhad, insyaAllah saya akan cuba sekadar yang mampu untuk memberi pengajaran yang terbaik kepada peserta-peserta bengkel yang nampaknya sungguh berminat dan penuh bersemangat menambah ilmu dalam seni Islam ini.
Minggu lepas saya dikunjungi oleh Saudara Muhammed Ali “Aerosol Arabic” dari UK, seorang artis graffiti yang begitu dikenali di sana . Beliau ke Malaysia atas jemputan Kumpulan Young Muslim Project bagi tujuan mengadakan demo melukis graffiti di sini dengan menggunakan huruf-huruf Arab dan memberi syarahan berkaitan seni berkenaan dibeberapa tempat.
Sebelum memulakan demo, beliau datang berjumpa saya untuk mendapatkan beberapa design tulisan khat yang ditulis menggunakan huruf-huruf Arab dalam bahasa Melayu. Ada beberapa design yang sempat saya tulis dan yang dipilih untuk demonya di Universiti Multimedia ialah perkataan Kebenaran dan Haq.
Boleh kunjungi website ini : http://www.junkonline.net/articles/1938-Graffiti-artist-Mohammed-Ali-spreads-some-truth
Kouichi Fuad Honda merupakan seorang penulis khat dari Negara Jepun, telah datang ke Malaysia pada 22-24 November 2008 yang lalu sempena program IAS-AEI International Conference NEW HORIZON IN ISLAMIC AREA STUDIES: ISLAMIC SCHOLARSHIP ACROSS CULTURE AND CONTINENTS, yang dianjurkan bersama oleh Universiti Malaya, NIHU Programe Islamic Area Studies (Japan), Asia-Europe Institute.
Beliau juga mengadakan pameran seni khat bertempat di Yayasan Restu, Kompleks Taman Seni Islam Selangor bermula dari 22.11.2008. Pameran ini akan diadakan selama tiga bulan. Diharap kepada peminat-peminat seni khat tanah air tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke pameran ini. Selain dari Kouichi Fuad Honda, terdapat juga pameran daripada seorang tokoh Islam Indonesia, Bapak Mahmud Buchari dan karya-karya terbaru Yayasan Restu sendiri. Ketika di sini Professor Kouichi Fuad Honda sempat berkongsi ilmunya dalam seni khat menerusi syarahan yang bertajuk ‘Aesthetic Or Philosophical Meaning Of The Lines Of Arabic Calligraphy’ dan mengadakan demontrasi menulis khat.
Di dalam agama Islam, seni tidak bermatlamatkan hiburan, tujuan keduniaan ataupun keseronokan. Islam telah menggariskan kesenian yang sesuai mengikut naluri dan fitrah semulajadi manusia. Sewajarnyalah juga manusia mengamalkan seni mengikut fitrah manusia yang sedia ada berbekalkan batas-batas syariah demi kesejahteraan jiwa dan dunia manusia. Bahkan sekiranya betul pembawaan seni itu, ia dikira ibadah pula. Alangkah ruginya seorang Muslim itu jika tidak tahu bagaimana untuk menghadirkan kecenderungan makhluk sejenisnya ke arah ketaqwaan kepada Allah swt. Seni Islam berperanan sebagai medium yang amat berkesan untuk berdakwah, membentuk seseorang itu menjadi seorang yang benar-benar baik dan beradab.
Konsep seni Islam dan pengamalannya haruslah menjurus ke arah konsep tauhid dan pengabdian diri kepada Allah swt. Berseni haruslah bermatlamatkan kepada perkara-perkara ma’ruf (kebaikan), halal dan berakhlak. Jiwa seni mestilah ditundukkan kepada fitrah asal kejadian manusia kerana kebebasan jiwa dalam membentuk seni adalah menurut kesucian fitrahnya yang dikurniakan Allah swt. Fungsi seni tidak kurang sama dengan akal supaya manusia menyedari perkaitan antara alam, ketuhanan dan rohani atau dengan alam fizikal. Lantas ia menyedari keagungan Tuhan dan keunikan penciptaanNya.
Seni di dalam Islam berperanan menanam rasa khusyu’ kepada Allah swt yang sukakan kepada keindahan, di samping memberi ketenangan di jiwa manusia sebagai makhlukNya yang diciptakan dengan fitrah yang suka kepada sesuatu yang indah. Oleh sebab itu seni dalam Islam tidak berslogan ‘seni untuk seni’ tetapi ‘seni kerana Allah untuk manfaat manusia, makhluk dan alam sekitar’. Kesenian Islam terpancar daripada tauhid yang merupakan satu penerimaan dan penyaksian terhadap keesaan Allah swt, maka seni yang berpaksikan tauhid dapat menanamkan sifat ketaqwaan dan beriman. Seni juga dapat meningkatkan daya intelek dan bukan hanya sekadar emosi sahaja.