Lawatan Ke Galeri Diwani Kraf

Lawatan sambil belajar dari Pondok Tahfiz Raudhatul Jannah ke Galeri Diwani Kraf pada 21.10.2017. Semoga lawatan ini membawa keberkatan dan rahmat kepada galeri kami. Didoakan semoga akan lahir dari adik-adik ini para huffaz yang mahir dalam dua bidang ilmu al-Quran iaitu qiraat (bacaan / hafazan) dan resam (menulis / seni khat). Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Galeri Diwani Kraf.

 

Ziarah Istanbul

Alhamdulillah, dengan izin Allah hari ini termakbul hajat saya menjejakkan kaki ke IRCICA (Reserch Centre for Islamic History, Art and Culture), Istanbul untuk bertemu dan belajar kaligrafi daripada tokoh-tokoh khat Turki. Untuk permulaannya, hari ini bertempat di satu sudut tingkat dua bangunan IRCICA saya bertemu dengan Ustaz Mumtaz Durdu untuk belajar khat nasakh. Beliau adalah murid dan pembantu kepada Ustaz Hassan Calabi yang dikhususkan oleh IRCICA untuk mengajar khat nasakh. Walaupun sebelum ini saya agak kurang mengenali Ustaz Mumtaz Durdu, tetapi daripada pengamatan saya hasil tulisan nasaknya sangat halus dan sempurna. Sudah tentu beliau adalah orang yang sangat sesuai membantu Ustaz Hasan Calabi dalam mengajar khat nasakh kepada pelajar yang datang dari serata pelosok dunia. Seperti biasa, secara tradisi belajar khat di Turki, pelajar yang baru datang mesti bermula dari awal dengan menulis doa khas belajar khat iaitu “Rabbi Yssir Wala Tuássir…” sebelum mula menulis huruf mufradat. Tidak kira samaada anda sudah pandai menulis atau belum pernah tulis khat. Pelajar tidak dibenarkan menulis selain dari apa yang ditulis oleh ustaz.

Setelah selesai kelas, saya bersama sahabat dari Yaman dan Algeria bergerak ke bandar Fatih untuk membeli beberapa peralatan khat di sebuah yang terkenal menjual pelbagai jenis waraq muqahhar, iaitu kertas yang dibuat khas untuk menulis khat. Sebenarnya banyak kedai-kedai buku dan galeri khat terdapat di Istanbul yang menjual waraq muqahhar ini, tetapi tidak semua qualitinya bagus yang sesuai ditulis dengan apa sahaja jenis dakwat. Waraq muqahhar yang baik bermakna kertas tersebut sangat mudah ditulis di atasnya dengan apa sahaja jenis dakwat dan boleh dilakukan pembetulan (tartish) dengan mudah, samaada menggunakan pen khat yang paling halus atau pen khat bersaiz besar. Di Bandar Fatih ini terdapat sebuah kedai yang sangat terkenal menjual peralatan khat dan waraq muqahhar. Nama kedai ini Karin Sanat Malzemeleri.

هذا الحال الحزين يزول يا رب

d987d8b0d8a7-d8a7d984d8add8a7d984-d8a7d984d8add8b2d98ad986-d98ad8b2d988d984-d98ad8a7-d8b1d8a8

Tulisan khat thuluth mengikut susunan Mustafa Halim. Perkatan ini adalah kalimah doa di dalam bahasa Turki yang mereka membacanya ketika berada dalam keadaan sedih, kecewa, teramat sakit atau dalam keadaan ditimpa musibah dan bencana. Maksudnya : “Keadaan sedih ini juga akan berlalu pergi, Wahai Tuhanku…”

Lawatan Kelab Seni Khat

Lawatan Kelab Seni Khat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Segamat Johor ke Galeri Diwani Kraf pada 25 Februari 2012. Terima kasih kepada Ustaz Rumaja sebagai ketua rombongan kerana sudi datang ke tempat saya yang serba kekurangan ini. Semoga dengan serba sedikit tips yang saya telah bincangkan pada pertemuan itu dapat memberi galakan semangat kepada pelajar-pelajar ini dalam aktiviti seni khat di sekolah mereka.

This slideshow requires JavaScript.