Kelas Khat Diwani Jali

WhatsApp Image 2019-03-06 at 9.16.48 PM

KELAS KHAT DIWANI JALI KEMBALI LAGI … !!!

Assalamualaikum
Tuan / puan,
Setelah hampir lebih setahun menyepi kini Kelas Khat Diwani Jali kembali lagi. Kelas Khat Diwani Jali ini akan dikendalikan oleh PEMENANG PERTANDINGAN KHAT DIWANI JALI IRCICA, DI TURKI Saudara Fathy Rosly yang akan bermula pada 16 Mac 2019 sehingga 1 Jun 2019 (selama 3 bulan). Kelas akan diadakan pada setiap hari sabtu dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Yuran rm450 sahaja.

Jenis khat yang diajar ialah KHAT DIWANI JALI. Kelas ini terbuka kepada semua peringkat umur.

Kelas akan akan berlangsung di alamat: DIWANI KRAF, 47-1, Jalan Kemuning Prima D33/D, Taman Kemuning Utama, 40400 Shah Alam, Selangor.

Jika berminat sila whatsapp / sms kepada kami di nombor 0193932947 / 0145068725

Ziarah Istanbul Feb-2018

Karya Al-Baraka

Alhamdulillah..Dengan izin Allah, penyertaan saya di 4TH ALBARAKA INTERNATIONAL CALLIGRAPHY COMPETITION 2014 di Turki mendapat kedudukan yang ke lima dalam kategori KHAT THULUTH. Dengan karya tulisan yang dihantar pada saat-saat akhir, saya tidak menduga apa-apa kemenangan dari penyertaan ini. Apa yang saya inginkan adalah penyertaan untuk memaksa diri menulis karya dengan hasil yang terbaik. Kerana itulah antara cara saya tingkatkan kemahiran menulis sejak dulu. Alhamdulillah…Tersangkut pulak kali ini. Tahniah kepada semua yang berjaya mengirim karya ke 4TH ALBARAKA INTERNATIONAL CALLIGRAPHY COMPETITION 2014.

hat yarismasi duyuru final ENG

albarakah-abdulbaki-

Calligraphy Competition (TIIAF) 2014

TERENGGANU INTERNATIONAL ISLAMIC ARTS FESTIVAL 2014

27 – 29 November 2014

Calligraphy Competition ( International )

Calligraphy Competition ( National )




The International Cultural Festival of Arabic Calligraphy

Beberapa gambar kenangan di Festival Khat Algeria 2013 yang berlangsung selama hampir dua minggu baru-baru ini

This slideshow requires JavaScript.

Penyertaan Di IRCICA

abdulbaki-ircica-2013

Alhamdulillah…Walaupun tidak menang sebarang hadiah atau sangkut hadiah saguhati ke..hehe. Inilah karya yang saya hantar untuk pertandingan khat IRCICA 2013. Karya yang dibuat last minute, beberapa hari sebelum tarikh akhir hantar penyertaan. Keputusan pemenang sudah keluar hari ini. Tahniah kepada semua yang berjaya dan paling membanggakan ada juga wakil dari Asean, iaitu negara jiran kita Indonesia yang telah mencatatkan nama antara pemenang di IRCICA kali ini. Tahniah sekali lagi kepada mereka.  Wakil Malaysia?? memang tak ada yang menang..huhu. Jangan kecewa sahabat2, cuba lagi ye…

Kalau ada sebarang pertandingan khat atau program yang anda sertai, sebenarnya anda telah berjaya mendapat sesuatu. Anda berjaya mendapat banyak pengajaran di dalamnya. Anda berjaya mengatasi halangan besar yang sering dijadikan alasan oleh mereka yang tak hantar langsung penyertaan. Memang banyak halangan terpaksa dihadapi. Umpamanya halangan masa, idea, teknik, latihan, pengurusan dan macam-macam lagi. Apabila sudah siap dan berjaya dihantar karya tersebut, anda akan merasa cukup puas… anda telah berjaya lalui semua halangan tersebut. Inilah sebenarnya antara proses belajar khat kalau anda nak tahu..hehe.

Galeri Ahmet Zeki Yavas

This slideshow requires JavaScript.