Pertandingan Khat IRCICA ke-9

Image

Pertandingan Khat IRCICA ke 9 atas nama Ekmeleddin Ihsanoglu telah diumumkan oleh IRCICA (RESEARCH CENTRE FOR ISLAMIC HISTORY, ART AND CULTURE) melalui laman webnya: http://ircica.org. Pertandingan khat peringkat antarabangsa yang sangat berprestij ini diadakan dalam masa 3 tahun sekali. Untuk menyertainya, peserta perlu mendaftar sebelum 31 Oktober 2012 dengan mengirim borang penyertaan kepada sekretariat pertandingan di IRCICA, Turki. Tarikh akhir menghantar karya pada 28 Februari 2013 ( setahun tu bagi masa.. hehe). Penghakiman pada April 2013. Senarai hakim khat untuk pertandingan ini ialah:

– Dr. Halit Eren, IRCICA Director General, Chairman of the Organising Committee
– Mr. Mus’ad Khudair al-Borsaidi, Master of Calligraphy, Egypt
– Mr. Ubayda Muhammed Salih al-Banki, Master of Calligraphy, Syria
– Mr. Hamidi Bel’id, Master of Calligraphy, Morocco
– Dr. Abdul-Rida Bahiye, Master of Calligraphy, Iraq
– Mr. Jalil Resuli, Master of Calligraphy, Iran
– Mr. Fuad Başar, Master of Calligraphy, Turkey
– Mr. Davud Bektaş, Master of Calligraphy, Turkey

Antara ayat yang dipertandingkan :

1) Thuluth Jali: Surah al-Fath, ayat 28.           2) Thuluth ‘Aadi: Surah al-Baqarah, ayat 285 – 286

Selamat berkarya kepada semua para khattat……… Apa salahnya mencuba!!. Sekurang-kurangnya dapat sijil dari IRCICA.. 🙂

Untuk download borang pertandingan sila click di sini : 9th International Calligraphy Competition

Pertandingan Seni Khat PNM

Pada hari khamis 10/11/11 yang lalu telah berlangsung sesi pemilihan pemenang untuk Pertandingan Seni Khat Peringkat Kebangsaan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bertempat di Bahagian Manuskrip Jawi di tingkat 11 bangunan PNM. Barisan juri diketuai oleh YDP Persatuan Seni Khat Kebangsaan (PSKK) sendiri iaitu Ustaz Muhammed Yusuf Abu Bakar. Saya dijemput untuk menyertai jemaah ini bersama Ustaz Jainal Sakiban, Ustaz Asrak dan Ustaz Zainurrahman. Dua kategori telah dipertandingkan, iaitu remaja dan dewasa dengan peserta diminta menulis lima rukun negara dalam apa sahaja jenis seni khat yang mereka inginkan; tidak dihadkan pada jenis khat tertentu sahaja. Nampaknya sambutan amat menggalakkan dengan hampir sejumlah 400 penyertaan telah diterima oleh PNM dalam dua kategori ini. Katanya pihak PNM juga terpaksa menunda tarikh akhir penyerahan kerana banyak rayuan dari peserta yang belum sempat siapkan karya. Kualiti penulisan khat para peserta juga sangat baik terutama dalam kategori dewasa yang memperlihatkan peningkatan mutu penulisan dari segi kaedah seni khat, susunan dan kreativiti mereka. Saya ucapkan tahniah kepada semua peserta dan terima kasih kepada PNM dan PSKK yang bertanggungjawab menganjurkan pertandingan ini. Semoga ada lagi jabatan-jabatan kerajaan yang lain atau pihak-pihak swasta yang mencontohi usaha PNM ini demi memberi galakan kepada golongon remaja yang semakin ramai meminati tulisan jawi dan khat, seterusnya dapat menyemai kembali jatidiri bangsa melayu dan Islam dalam masyarakat.

This slideshow requires JavaScript.