Pada hari khamis 10/11/11 yang lalu telah berlangsung sesi pemilihan pemenang untuk Pertandingan Seni Khat Peringkat Kebangsaan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bertempat di Bahagian Manuskrip Jawi di tingkat 11 bangunan PNM. Barisan juri diketuai oleh YDP Persatuan Seni Khat Kebangsaan (PSKK) sendiri iaitu Ustaz Muhammed Yusuf Abu Bakar. Saya dijemput untuk menyertai jemaah ini bersama Ustaz Jainal Sakiban, Ustaz Asrak dan Ustaz Zainurrahman. Dua kategori telah dipertandingkan, iaitu remaja dan dewasa dengan peserta diminta menulis lima rukun negara dalam apa sahaja jenis seni khat yang mereka inginkan; tidak dihadkan pada jenis khat tertentu sahaja. Nampaknya sambutan amat menggalakkan dengan hampir sejumlah 400 penyertaan telah diterima oleh PNM dalam dua kategori ini. Katanya pihak PNM juga terpaksa menunda tarikh akhir penyerahan kerana banyak rayuan dari peserta yang belum sempat siapkan karya. Kualiti penulisan khat para peserta juga sangat baik terutama dalam kategori dewasa yang memperlihatkan peningkatan mutu penulisan dari segi kaedah seni khat, susunan dan kreativiti mereka. Saya ucapkan tahniah kepada semua peserta dan terima kasih kepada PNM dan PSKK yang bertanggungjawab menganjurkan pertandingan ini. Semoga ada lagi jabatan-jabatan kerajaan yang lain atau pihak-pihak swasta yang mencontohi usaha PNM ini demi memberi galakan kepada golongon remaja yang semakin ramai meminati tulisan jawi dan khat, seterusnya dapat menyemai kembali jatidiri bangsa melayu dan Islam dalam masyarakat.
14/11/2011 at 3:44 pm
alerr… tak tahu tarikh akhir penghantaran ditunda sedikit… kalau idak leh cuba hantar walaupun pasti corot.. hehehhe
22/11/2011 at 8:27 am
Memang cantik-cantik ku tengok hasil karya tu…..aku ada sertailah juga….tapi tak pasti diterima atau tidak sebab hantarpun dah last minit…..apapun aku harap pertandingan seumpama ini diteruskan lagi….boleh try lagi nanti…
08/12/2011 at 12:01 am
Salam..ust,siapa johan dan ke-2,3??
10/12/2011 at 3:43 pm
Kalau Tuan siarkan foto hasilkarya pemenangnya pun amat dihargai jua! wslm