Selamat memperingati peristiwa agung Israk Mikraj 2021.
Kami benarkan anda mengguna desain Israk Mikraj ini dengan syarat jangan dibuang tauqiknya (tanda tangan penulis)




Selamat memperingati peristiwa agung Israk Mikraj 2021.
Kami benarkan anda mengguna desain Israk Mikraj ini dengan syarat jangan dibuang tauqiknya (tanda tangan penulis)
At-Taubah : 128 – 129
لَقَدۡ جَآءَڪُمۡ رَسُولٌ۬ مِّنۡ أَنفُسِڪُمۡ عَزِيزٌ عَلَيۡهِ مَا عَنِتُّمۡ حَرِيصٌ عَلَيۡڪُم بِٱلۡمُؤۡمِنِينَ رَءُوفٌ۬ رَّحِيمٌ۬ . فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَقُلۡ حَسۡبِىَ ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَۖ عَلَيۡهِ تَوَڪَّلۡتُۖ وَهُوَ رَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡعَظِيمِ
There hath come unto you a messenger, (one) of yourselves, unto whom aught that ye are overburdened is grievous, full of concern for you, for the believers full of pity, merciful. Now, if they turn away (O Muhammad) say: Allah sufficeth me. There is no God save Him. In Him have I put my trust, and He is Lord of the Tremendous Throne.
Doa untuk Rakyat Pasir Gudang
” Ya Allah, kami berlindung dengan-Mu dari beratnya musibah yang tak mampu ditanggung, datangnya sebab-sebab kebinasaan, buruknya akibat apa yang telah ditakdirkan, dan gembiranya musuh atas penderitaan yang menimpa.”
(Muttafaqun ‘Alaih)
” Ya Allah, kami berlindung dengan-Mu dari beratnya musibah yang tak mampu ditanggung, datangnya sebab-sebab kebinasaan, buruknya akibat apa yang telah ditakdirkan, dan gembiranya musuh atas penderitaan yang menimpa.” (Muttafaqun ‘Alaih)
Tema Majlis Tilawah Al-Quranul Karim Peringkat Negeri Kedah Darul Aman
Whatsapp kami di 0193932947 untuk tempahan design tema majlis dalam seni khat jawi … 🙂
Hari ini saya menjadi juri bersama Al-Fadhil Ustaz Yusuff Abu Bakar dan Ustaz Zulhazmi Zakaria untuk Pertandingan Seni Khat 2018 (Kategori Terbuka) bersempena Festival Al-Quran & Kesenian Islam Antarabangsa Selangor. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga pertandingan ini dapat melahirkan ramai lagi pemangkin penulis khat di masa akan datang!
إِلَىٰ رَبِّكَ يَوۡمَٮِٕذٍ ٱلۡمَسَاقُ (٣٠)فَلَا صَدَّقَ وَلَا صَلَّىٰ (٣١) وَلَـٰكِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰ (٣٢) ثُمَّ ذَهَبَ إِلَىٰٓ أَهۡلِهِۦ يَتَمَطَّىٰٓ (٣٣) أَوۡلَىٰ لَكَ فَأَوۡلَىٰ (٣٤) ثُمَّ أَوۡلَىٰ لَكَ فَأَوۡلَىٰٓ (٣٥) أَيَحۡسَبُ ٱلۡإِنسَـٰنُ أَن يُتۡرَكَ سُدًى (٣٦) أَلَمۡ يَكُ نُطۡفَةً۬ مِّن مَّنِىٍّ۬ يُمۡنَىٰ (٣٧) ثُمَّ كَانَ عَلَقَةً۬ فَخَلَقَ فَسَوَّىٰ (٣٨) فَجَعَلَ مِنۡهُ ٱلزَّوۡجَيۡنِ ٱلذَّكَرَ وَٱلۡأُنثَىٰٓ (٣٩) أَلَيۡسَ ذَٲلِكَ بِقَـٰدِرٍ عَلَىٰٓ أَن يُحۡـِۧىَ ٱلۡمَوۡتَىٰ (٤٠
That Day the Drive will be (all) to thy Lord! (30) So he gave nothing in charity nor did he pray! (31) But on the contrary, he rejected Truth and turned away! (32) Then did he stalk to his family in full conceit! (33) Woe to thee, (O man!) yea, woe! (34) Again woe to thee, (O man!) yea, woe! (35) Does Man think that he will be left uncontrolled, (without purpose)? (36) Was he not a drop of sperm emitted (in lowly form)? (37) Then did he become a clinging clot; then did (Allah) make and fashion (him) in due proportion. (38) And of him He made two sexes, male and female. (39) Has not He, (the same) the power to give life to the dead? (40)
Surah Yasin lengkap menggunakan khat nasakh yang mudah dibaca dalam resam uthmani. Saiz 6×4 kaki. Material : kanvas. Hubungi kami di 0193932947 jika berminat.
Mihrab menarik dan ringkas untuk Surau Ar-Rayyan Kuala Lumpur. Gabungan seni kaligrafi Islam dan seni pertukangan Melayu menghasilkan suasana harmoni dan menenangkan jiwa untuk kesempurnaan beribadah.
Untuk mengetahui lebih lanjut
sila hubungi / whatsApp: +60 193932947.
Multaqa Ramadan Dubai untuk Penulisan Al-Quran kali yang ke 7 anjuran Kerajaan Dubai telah mengumpulkan 30 orang penulis khat dari 11 negara untuk menyempurnakan penulisan 30 juzuk Al-Quran pada bulan Ramadan 1437H yang lepas.
Alhamdulillah saya berkesempatan menyertai Multaqa Ramadan pada kali ini atas undangan yang julung kalinya kepada penulis khat dari Malaysia untuk turut serta menulis salah satu dari 30 juzuk al-Quran yang berjaya kami siapkan pada acara tersebut.
Inisiatif Kerajaan Dubai melalui Kementerian Kebudayaannya mengadakan acara ini sangat bermakna sebagai sumbangan besar mereka kepada warisan kebudayaan Islam dunia dengan memiliki sebuah al-Quran unik hasil tulisan 30 penulis khat dari pelbagai negara. Al-Quran ini adalah hasil tulisan tangan sepenuhnya menggunakan peralatan menulis mushaf tradisional yang akan menjadi sejarah penting kepada dunia Islam hasil sumbangan Dubai pada bulan yang dikenali dengan bulan al-Quran ini.
Multaqa Ramadan Dubai adalah satu acara seni khat yang unik dari program khat yang lain kerana mereka dapat mengumpulkan 30 penulis khat dari aliran madrasah yang berbeza pada satu tempat, dalam tempoh masa yang sama, dengan waktu yang terhad untuk menulis satu mushaf yang lengkap. Maka terhasillah satu naskhah al-Quran tulisan tangan yang mengandungi 30 gaya kretiviti yang berbeza dan bukan hanya dari satu gaya penulis.
Ini adalah Multaqa kali ke 7 yang mereka anjurkan pada bulan Ramadan setiap tahun. Setiap mushaf yang ditulis berlainan format. Kali ini formatnya terdiri dari tiga jenis khat iaitu khat muhaqqaq, nasakh dan thuluth.
Alhamdulillah sudah siap tempahan khat atas kanvas dari Sabah dan akan dihantar kepada tuannya hari ini InsyaAllah…
Semua saiz mengikut kesesuaian ruang di rumah. Jika inginkan kelainan untuk hiasan kaligrafi di rumah anda, hubungi kami di 0193932947 untuk mengetahui lebih lanjut. Anda juga boleh whatsapp gambar serta nyatakan ukuran ruang dan kami akan tulis ayat yang bersesuaian untuk ruang tersebut. T. Kasih 🙂
Assalamualaikum.. Saya ingin berkongsi kali ini langkah-langkah membuat design logo atau nama menggunakan khat dan huruf jawi. Berbagai permintaan yang saya terima dengan bentuk design yang bermacam. Bentuk-bentuk yang dihasilkan kebanyakannya atas permintaan pelanggan. Saya hanya membantu mereka dalam membuat design logo yang mereka ingini. Ramai juga yang minat dengan logo bentuk haiwan seperti burung, ikan, harimau dan sebagainya. Bentuk-bentuk haiwan saya hadkan kepada logo sahaja bagi memenuhi permintaan mereka. Saya tidak buat untuk menulis ayat-ayat al-Quran atau hadis. Jadi di sini saya akan kongsi langkah-langkah yang saya gunakan dalam proses membuat design logo.
Perkara utama dalam mendesign logo adalah mencari idea bagi membentuk perkataan sehingga menjadi struktur tertentu. Proses ini yang agak rumit. Ia memerlukan kreativiti melakar dan mencari idea segar untuk membuat bentuk yang baru. Di peringkat ini juga perlu ditentukan apakah jenis khat yang hendak diguna. Penggunaan khat juga perlu bersesuaian dengan konsep design. Kalau kita lihat semua jenis khat mempunyai karekter yang berbeza antara satu dengan yang lain. Design yang bakal dibuat untuk syarikat yang bagaimana? Adakah sesuai menggunakan khat nasakh, diwani, kufi, farisi atau thuluth?. Maka pemilihan jenis khat sangat penting supaya sesuai dengan design. Kebanyakan jenis khat yang saya guna untuk buat logo adalah khat diwani jali dan khat kufi. Biasanya peringkat ini akan dilukis atas kertas A4 biasa menggunakan pensil dengan banyak lakaran yang dicuba berkali-kali.
Setelah dapat idea yang diingini, lukis bentuk tersebut dengan jelas, kemudian gunakan tracing paper untuk melakar sekali lagi supaya lebih detail. Setelah itu saya gunakan light box untuk menekap lakaran dan ditulis menggunakan pen khat yang sebenar di atas art paper. Tujuan guna art paper adalah supaya tulisan tersebut menjadi jelas dan tajam (sharp) hurufnya dan mudah ditrace apabila dalam Illustrator nanti atau membuang background dalam Photoshop.
Proses seterusnya ialah scan untuk membuat tulisan tersebut menjadi grafik. Cukup sekadar menggunakan resolution 300dpi ketika scan dan bersihkan tulisan dalam photoshop. Kemudian pindahkan tulisan ke dalam Illustrator untuk tracing huruf dan memasukkan warna yang sesuai dengan konsep design yang dibuat. Ada ketikanya proses mewarna saya buat di dalam photoshop semula setelah melalui proses tracing di dalam Illustrator. Sekian.. Semoga bermanfaat….
P/S : Hubungi saya melalui email : bakibkr@yahoo.com atau tel: 0193932947 (call/sms/whatsapp) jika anda perlukan bantuan untuk design logo dalam khat jawi.
The International Cultural Festival of The Arabic Calligraphy 2013. Alhamdulillah… Sekali lagi saya diberi penghormatan dijemput sebagai wakil dari Malaysia untuk menghadiri Festival Seni Khat yang akan diadakan di Negara Algeria dari 28 Mei 2013 sehingga 4 June 2013. Saya amat menghargai dan menanti-nanti jemputan ini kerana ia merupakan salah satu festival seni khat yang sangat berprestij di peringkat antarabangsa. Festival ini adalah acara tahunan yang menghimpunkan ramai penulis seni khat terkenal dari seluruh dunia. Kali ini seramai hampir 90 orang penulis-penulis khat telah dijemput dari 20 negara. Ini adalah penyertaan kali ketiga saya dalam festival ini. Apa yang menariknya, sepanjang festival ini akan dipenuhi dengan program-program berkaitan seni khat yang sangat menarik seperti bengkel khat, seminar, demontrasi penulisan khat oleh khattat terkenal serta perbincangan ilmiah mengenai seni Islam yang membuatkan saya sangat teruja mengikuti, mendengar dan melihat dengan mata sendiri semua acara yang berlaku disini. Selain itu sudah tentu ada juga pameran dan pertandingan seni khat di mana semua peserta diwajibkan membawa karya terbaru masing-masing untuk dipamer dan dinilai oleh juri terpilih.
Alhamdulillah, baru-baru ini telah berlangsung Bengkel Penulisan Seni Khat Jawi Peringkat Lanjutan II 1433H / 2012M anjuran Pusat Da’wah Islamiah Brunei yang diadakan selama 14 hari bermula dari 1 November 2012 sehingga 14 November 2012. Terima kasih saya ucapkan kepada Pusat Da’wah Islamiah atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk mengendalikan bengkel ini kali sekali lagi. Bengkel Penulisan Seni Khat Lanjutan II pada kali ini menumpukan kepada dua jenis khat iaitu khat nasakh dan khat diwani. Disamping itu diadakan juga ujian penilaian kepada peserta-bengkel untuk ke dua-dua jenis khat ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada pegawai-pegawai Pusat Dakwah Islamiah yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang berlangsungnya bengkel Penulisan Seni Khat Jawi Peringkat Lanjutan II 1433H / 2012M ini.