Mihrab Masjid

Proses pemasangan mihrab Masjid Raudhatul Jannah sedang berjalan menggunakan seramik berukir ayat ayat al-Quran dan Islamic motif… Hubungi kami di 0193932947 untuk maklumat lanjut… 😀

Mesyuarat di KDN

Saya dijemput menyertai perbincangan cadangan penubuhan jawatankuasa penyemakan dan penilaian khat di Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada hari selasa 2.4.2019 yang lalu. Pertemuan ini diadakan kerana hasil dari mesyuarat Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Percetakan al-Quran Kementerian Dalam Negeri (LPPPQ) Bil. 94/4.2018 yang bersidang pada 7 & 8 Disember 2018 antara lain telah membincangkan isu berkaitan keperluan menubuhkan jawatankuasa penilaian khat, susulan pelbagai isu kesalahan berkaitan khat al-Quran di masjid-masjid serta barangan perhiasan. Sehubungan dengan itu, pihak KDN mengadakan mesyuarat ini bagi membincangkan cadangan penubuhan jawatankuasa penyemakan dan penilaian khat bagi menyemak ayat-ayat al-Quran di masjid-masjid dan produk perhiasan berkaitan khat. Alhamdulillah, mesyuarat ini berjalan dengan baik dan beberapa keputusan telah diambil untuk diperhalusi lagi dalam mesyuarat yang akan datang.

Surah Yasin

Surah Yasin 36 x 48 inci. Untuk pertanyaan sila whatsapp 0193932947

IMG-20160305-WA0011

Ayat Pilihan Untuk Masjid

Beberapa ayat pilihan untuk masjid dan surau dalam khat thuluth

Whatsapp kami di 0193932947 untuk tempahan tulisan khat.

ayat-pilihan-masjid

Tema Majlis Tilwah

majlis tilawah antarabangsa

Mihrab Surau

Hiasan mihrab di Surau Wahbah Az-Zuhaily, Persint 18, Putrajaya oleh Diwani Kraf. Sebarang pertanyaan untuk dekorasi surau boleh hubungi 0193932947

Papan Tanda Masjid

Papan tanda Masjid Baitu Amin, Puchong, Selangor

 

Masjid Temerloh

Hiasan dalaman oleh Diwani Kraf untuk Masjid Baru Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Vineer

Surah Al-Ikhlas. Material : Veneer Wood Laser Cutting

Surau Istana Negara

Sebahagian ayat-ayat dari surah al-Furqan dan at-Taubah yang saya tulis untuk hiasan dalaman Surau Istana Negara, Jalan Duta yang masih dalam pembinaan ketika ini. Ayat ini adalah untuk hiasan di sekeliling ruang dalaman dan bahagian mihrab surau menggunakan jenis khat thuluth dan nasakh. Ukuran keseluruhan tulisan di sekeliling surau: 3 x 180 kaki. Kesemua huruf-hurufnya divectorize supaya boleh dipotong dengan waterjet machine. Bahannya adalah aluminum warna emas dan dipadankan dengan latar belakang kayu.