Akademi Al-Quran

Akademi Al-Quran Ahsanul Ulum, Lorong Ehsan, Jalan Kebun.

Mesyuarat di KDN

Saya dijemput menyertai perbincangan cadangan penubuhan jawatankuasa penyemakan dan penilaian khat di Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada hari selasa 2.4.2019 yang lalu. Pertemuan ini diadakan kerana hasil dari mesyuarat Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Percetakan al-Quran Kementerian Dalam Negeri (LPPPQ) Bil. 94/4.2018 yang bersidang pada 7 & 8 Disember 2018 antara lain telah membincangkan isu berkaitan keperluan menubuhkan jawatankuasa penilaian khat, susulan pelbagai isu kesalahan berkaitan khat al-Quran di masjid-masjid serta barangan perhiasan. Sehubungan dengan itu, pihak KDN mengadakan mesyuarat ini bagi membincangkan cadangan penubuhan jawatankuasa penyemakan dan penilaian khat bagi menyemak ayat-ayat al-Quran di masjid-masjid dan produk perhiasan berkaitan khat. Alhamdulillah, mesyuarat ini berjalan dengan baik dan beberapa keputusan telah diambil untuk diperhalusi lagi dalam mesyuarat yang akan datang.