Mesyuarat di KDN

Saya dijemput menyertai perbincangan cadangan penubuhan jawatankuasa penyemakan dan penilaian khat di Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada hari selasa 2.4.2019 yang lalu. Pertemuan ini diadakan kerana hasil dari mesyuarat Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Percetakan al-Quran Kementerian Dalam Negeri (LPPPQ) Bil. 94/4.2018 yang bersidang pada 7 & 8 Disember 2018 antara lain telah membincangkan isu berkaitan keperluan menubuhkan jawatankuasa penilaian khat, susulan pelbagai isu kesalahan berkaitan khat al-Quran di masjid-masjid serta barangan perhiasan. Sehubungan dengan itu, pihak KDN mengadakan mesyuarat ini bagi membincangkan cadangan penubuhan jawatankuasa penyemakan dan penilaian khat bagi menyemak ayat-ayat al-Quran di masjid-masjid dan produk perhiasan berkaitan khat. Alhamdulillah, mesyuarat ini berjalan dengan baik dan beberapa keputusan telah diambil untuk diperhalusi lagi dalam mesyuarat yang akan datang.

Khat Nasakh – Pasir Gudang

Khat Nasakh – Pasir Gudang

pasir gudang

Tema Majlis Tilawah

Tema Majlis Tilawah Al-Quranul Karim Peringkat Negeri Kedah Darul Aman

Whatsapp kami di 0193932947 untuk tempahan design tema majlis dalam seni khat jawi ‚Ķ ūüôā

majlis tilawah kedah

Galeri Ahmet Zeki Yavas

This slideshow requires JavaScript.

New Artwork

Ayat: Surah At-Talaq: 2,3 . Material: Canvas & Acrylic.¬† Measurement: 36″ x 36″.¬†Calligraphy type: Thuluth

Bengkel Penulisan Seni Khat Jawi Lanjutan, Brunei.

Alhamdulillah, baru-baru ini telah berlangsung Bengkel Penulisan Seni Khat Jawi Peringkat Lanjutan II 1433H / 2012M anjuran Pusat Da’wah Islamiah Brunei yang diadakan selama 14 hari bermula dari 1 November 2012 sehingga 14 November 2012. Terima kasih saya ucapkan kepada Pusat Da’wah Islamiah atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk mengendalikan bengkel ini kali sekali lagi. Bengkel Penulisan Seni Khat Lanjutan II pada kali ini menumpukan kepada dua jenis khat iaitu khat nasakh dan khat diwani. Disamping itu diadakan juga ujian penilaian kepada peserta-bengkel untuk ke dua-dua jenis khat ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada pegawai-pegawai Pusat Dakwah Islamiah yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang berlangsungnya bengkel Penulisan Seni Khat Jawi Peringkat Lanjutan II 1433H / 2012M ini.

This slideshow requires JavaScript.

Terengganu International Islamic Art Festival 2012

Terengganu International Islamic Art Festival 2012

  1. Ms. Nuria Garcia Macep (Spain)
  2. Mr. Shreen Abdel Halim (Egypt)
  3. Mr. Adnan Sheikh Osman (Syria)

Terengganu International Islamic Art festival (TIIAF 2012) is a 4-day festival initiated by Taman Tamadun Islam Terengganu, Malaysia (Islamic Civilization Park) with the sole purpose of promoting Islamic Art. It is an extention of ‘Inspirasi Seni Khat’ 2011 which was previously organized and received overwhelming responds from local and abroad.

The TIIAF 2012, with the theme of “devotion to Islamic art…” is expected to be the venue where value of Islamic calligraphy and its applications are promoted at the highest level. Apart from seminars workshop and competitions, which shall be conducted by world renowned calligraphers, the festival also features experimental khat-batik design demonstration, Islamic Musical shows and exposition of various Islamic Art product. It is an opportunity not to be missed not only to aspiring calligraphers but all who love Islamic Arts

For further information please contact:

THE SECRETARIAT

TERENGGANU INTERNATIONAL ISLAMIC ART FESTIVAL

TTI Management Sdn. Bhd, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man,

Losong Panglima Perang, 21000 Kuala Terengganu, Malaysia.

TEL : +6096278807.   FAX : +6096309020.

WEBSITE: www.tti.com.my      EMAIL: calligraphy@tti.com.my

P/ In charge :  MR. KHALIZAN MAHMUD (H/P: +6013-2626061)  / MR. ZAFUAN (H/P: +6017-9305890)

INTERNATIONAL CALLIGRAPHY COMPETITION FORM (PDF FILE), PLEASE CLICK HERE

NATIONAL (Malaysian only) CALLIGRAPHY COMPETITION FORM (PDF FILE), PLEASE CLICK HERE

Cara Menyusun Ayat

Assalamualaikum.. Di sini saya ingin berkongsi tip menyusun ayat ketika menulis khat thuluth. Untuk pengetahuan anda, sesuatu susunan khat yang cantik sebenarnya memerlukan kepada berkali-kali percubaan menyusun dan mengolah tarkibnya sehinggalah ia menjadi suatu karya yang sangat indah dan estatik dan memukau pandangan orang. Lebih  banyak percubaan menyususn dilakukan maka lebih baik susunan tersebut. Untuk mencipta susunan yang baik memerlukan daya kreativiti yang tinggi untuk anda keluarkan idea-idea baru tanpa meniru gaya orang lain. Usaha ini mesti dilakukan dengan penuh sabar dan teliti. Pelbagai cara dan kaedah menyusun boleh dilakukan, bergantung kepada bentuk susunan dan ayat. Di sini saya tunjukkan cara yang paling asas dan mudah kepada anda untuk dicuba.

Pertama: Melakar dengan pensil. Peringkat ini adalah paling asas dan anda boleh mencuba beberapa kali sehingga susunan tersebut kemas dan betul bacaannya. Ketika menyusun perlu diberi perhatian huruf yang awal mesti di hadapan dan begitu juga sebaliknya.

Kedua: Melakar dengan pen dengan cara menekap kertas tracing paper di atas kertas lakaran pensil tadi dan dilakar huruf mengikut susunan pensil. pada peringkat ini juga sebaiknya ditentukan saiz mata pen yang bersesuaian dengan huruf.

Ketiga: Menulis menggunakan pen yang saiz matanya bersesuaian dengan ketebalan huruf di atas kertas yang akan dijadikan karya sebenar. Anda boleh menggunakan meja berlampu (light Box) di peringkat ini dengan menulis secara berhati-hati dan penuh sabar sehingga selesai.

Untuk mempelajarinya dengan lebih terperinci, anda boleh mengikuti kelas yang saya adakan pada setiap hari khamis, jam 8.30 malam sehingga 11.00 malam bertempat di DIWANI KRAF, No. 47-1, Jln. Kemuning Prima, D33/D, Tmn. Kemuning Utama, Shah Alam, Selangor. Selamat mencuba dan terima kasih..

Jawi, Khat Lambang Identiti Melayu

SYAHIDATUL AKMAL DUNYA

27 April 2012

Ketelitian dan fokus itu penting semasa menghasilkan tulisan khat yang cantik.

Abdul Baki bersama karya yang terdiri daripada motif yang pelbagai.

APAKAH perasaan anda sebaik memegang pen khat buat pertama kali? Tanya pada diri adakah mampu menyiapkan sebuah karya tulisan khat yang cantik dan kemas menepati ciri-ciri diperlukan?

Khat atau kaligrafi sangat sinonim dengan masyarakat Arab Muslim, ternyata kedatangan lima ayat al-Quran surah al-Falaq yang diturunkan melalui Malaikat Jibrail kepada Nabi Muhammad SAW menjadikan penulisan khat mempunyai kepentingan dan masih utuh sehingga kini. Rehal menyingkap seni halus penulisan yang menjadi lambang keagungan masyarakat Islam ini.

Khat boleh dibahagikan kepada tujuh jenis antara yang mendapat perhatian ramai adalah khat riqiah, thulukh, khufi, diwani dan nasakh. Setiap daripada jenis khat mempunyai cara tulisan berbeza yang pastinya unik dan memukau pandangan si peminat.

Setiausaha Akademi Jawi dan Kaligrafi Yayasan Restu, Muhammad Fadli Ismail, 42, berkata, sejarah membuktikan bahawa masyarakat Melayu di Nusantara setelah kedatangan Islam, telah menggunakan huruf abjad Arab dan seni khat dalam penulisan dokumentasi, komunikasi dan ilmu. Tulisan itu akhirnya dikenali sebagai tulisan jawi, terus menyelusur arus tamadunnya dengan kelahiran ramai ulama, cendekiawan, penyalin mashaf dan ahli kaligrafi Melayu yang hebat. Perhatikan sahaja barang-barang tinggalan sejarah semuanya dicoret dengan tulisan jawi seperti surat, makalah, kitab-kitab dan bahan bacaan, malahan pada duit syiling sekalipun.

“Sebelum kedatangan penjajah British dahulu, kebanyakan tulisan ditulis dalam jawi bahkan raja dan sultan turut menggunakannya. Tulisan jawi adalah satu identiti masyarakat Melayu. Andai anak-anak kita tidak mempunyai kemahiran dalam tulisan ini maka ia pasti akan hilang ditelan zaman.

‚ÄúTulisan jawi berasal daripada tulisan abjad Arab yang terkandung dalam al-Quran. Individu yang mahir membaca jawi pastinya fasih dan mampu membaca al-Quran, namun kini kebanyakan orang yang tidak boleh membaca jawi dilihat agak susah membaca ayat suci ini,‚ÄĚ katanya.

Menurutnya, jawi itu dilihat penting kerana ia adalah satu budaya dan identiti, ada perkaitannya dengan agama Islam, kemudian diolah beberapa huruf yang tidak ada bagi menjadi tulisan.

Identiti Masyarakat Melayu

Apabila kita menyebut pembudayaan ia perlu digunakan secara meluas, maknanya kita ingin mendaulatkan sesuatu tulisan atau bahasa itu sendiri, tetapi persoalan kini kenapa bahasa Inggeris dengan mudah diterima pakai oleh orang kita?

“Sedangkan apabila kita lihat di negara-negara lain contohnya Jepun dan Perancis, rakyatnya menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa rasmi, di sana bahasa Inggeris hanyalah sandaran, ada juga rakyat mereka yang tidak tahu bercakap dalam bahasa penjajah ini.

‚ÄúTapi kenapa negara itu tetap membangun? Ia satu persepsi sebenarnya orang mengukurnya sebagai satu aspek sedangkan realitinya lain. Alasannya mudah, faktor penting adalah mereka membudayakan ilmu dan menterjemahkan ilmu yang mereka dapat daripada bahasa lain kepada bahasa mereka serta menggunakannya sebagai ilmu,‚ÄĚ katanya.

Muhammad Fadli berkata, masalah rakyat Malaysia pula adalah kerana sikap dan tidak ada inisiatif dalam diri untuk mengubahnya menjadi satu keperluan utama. Ada persatuan yang bangkit memperjuangkan tulisan jawi dan khat itu pun hanya beberapa kelompok.

“Kita tidak menjadikan tulisan itu sebagai satu orientasi yang semua orang perlu pelajari. Berdasarkan pengalaman sendiri, kebanyakan tulisan saya termasuk nota dan minit mesyuarat ditulis dalam tulisan jawi.

‚ÄúKebiasaan itu penting. Jika tidak ada dorongan untuk menggunakannya maka ia akan berkubur dan kalau hanya satu pihak ia tidak akan mendatangkan apa-apa kesan,‚ÄĚ katanya.

Menurut Muhammad Fadli, di rumah ibu bapa sepatutnya membantu anak-anak mendalami penulisan jawi seperti menyediakan buku-buku tulisan, memperkenalkan huruf-huruf jawi dan sebagainya. Ya, tidak dinafikan tulisan khat dilihat agak susah bagi kanak-kanak memandangkan ia memerlukan tumpuan dan tahapnya terlalu tinggi. Tetapi paling elok jika ia bertindak selari.

Perkongsian dengan masyarakat

Sementara itu, penulis kaligrafi, Abdul Baki Abu Bakar, 38, berkata dahulunya beliau menjadikan tulisan khat sebagai hobi tetapi kini mampu memiliki sebuah galeri.

“Saya mahu berkongsi dengan masyarakat yang berminat dengan seni khat, sepanjang pembabitan saya dalam bidang ini, ramai bertanyakan bagaimana cara untuk mempelajarinya.

‚ÄúDari situ timbul idea menubuhkan galeri ini. Pada saya masyarakat perlu ditunjuk dengan karya-karya khat supaya mereka dapat mengenali secara mendalam mengenai seni yang terdapat dalam Islam,‚ÄĚ kata Pengarah Urusan Diwani Kraf yang terletak di Taman Kemuning Utama, Shah Alam, Selangor ini.

Menurutnya galeri berkenaan lengkap dengan kelas dan ruang untuk pameran. Kelas yang dikendalikan sepenuhnya oleh Abdul Baki setiap malam Khamis bermula jam 8 hingga 11 malam turut dihadiri golongan profesional seperti pensyarah daripada institut pengajian tinggi awam dari serata tempat.

Abdul Baki berkata, setiap karya tidak sama, ada yang memakan masa hingga dua atau tiga hari, namun ada juga sehari sudah siap, tetapi karya yang memerlukan 100 peratus kerja tangan mengambil tempoh agak lama.

“Sejak zaman kerajaan Uthmaniyah hingga kepada kita, saya melihat persembahannya sama sahaja, daripada situ saya terfikir untuk mencipta kelainan tanpa menghilangkan jati diri khat ini.

‚ÄúJika diperhatikan kebanyakan motif yang saya gunakan semuanya adalah berkaitan alam sekeliling seperti bunga, bangunan, kereta, rumah dan banyak lagi,‚ÄĚ katanya yang mempunyai hampir 100 karya seni tulisan khat terpamer di galerinya.

Menurutnya, disebabkan kurang buku-buku dalam bidang khat dan kebanyakan daripada bahan ilmiah juga disediakan dalam bahasa Arab, beliau turut menghasilkan buku Kaedah khat thulukh dan buku terjemahan bagi menarik perhatian ramai menceburi bidang ini secara serius.

Bakat Abdul Baki membolehkan beliau dijadikan penulis khat watikah pertabalan Yang di-Pertuan Agong sejak 2002 lagi walaupun dalam usia yang cukup muda.

Sumber : SINAR HARIAN

Kursus Seni Khat

KURSUS ASAS PENULISAN KALIGRAFI di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Rembau, Negeri Sembilan pada 18 April 2012.

This slideshow requires JavaScript.

Thuluth ‘Adi

Surah Al-Haj: 32

“That (is the command). And whoso magnifieth the offerings consecrated to Allah, it surely is from devotion of the hearts”

Musabaqah Khattul Quran

Borang Musabaqah Khattul Quran

Pertandingan Seni Khat Kebangsaan anjuran Yayasan Restu akan diadakan sempena Festival Al-Quran Dan Kesenian Islam Yayasan Restu, pada 30 Julai 2010 sehingga 10 Ogos 2010 bersamaan 18 Sya’ban 1431 sehingga 29 Sya’ban 1431 Hijriah, bertempat di Kompleks Taman Seni Islam Selangor, Persiaran Damai, Seksyen 10, 40000 Shah Alam, Selangor.

Sebanyak tiga kategori / peringkat dipertandingkan:

  1. Kategori kanak-kanak (Sekolah rendah). – Khat Nasakh ( Spontan) – Tarikh: 31 Julai 2010
  2. Kategori Remaja ( Sekolah Menengah). – Khat Nasakh ( Spontan) – Tarikh: 1 Ogos 2010
  3. Kategori Terbuka (Dewasa). – Khat Nasakh ( Spontan) – Tarikh: 7 Ogos 2010
  4. Kategori Terbuka (Dewasa). – khat Thuluth (Spontan) – Tarikh: 7 Ogos 2010

Hadiah – hadiah yang ditawarkan:

Kategori kanak-kanak

  • Pertama ¬† ¬† ¬† ¬† ¬† ¬† ¬† ¬† ¬† ¬†¬† : RM500.00 + Sijil
  • Kedua ¬† ¬† ¬† ¬† ¬† ¬† ¬† ¬† ¬† ¬† ¬† ¬†¬† : RM300.00 + Sijil
  • Ketiga ¬† ¬† ¬† ¬† ¬† ¬† ¬† ¬† ¬† ¬† ¬† ¬†¬† : RM200.00 + Sijil
  • Saguhati (x3)¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬† : RM50.00 + Sijil

Kategori Remaja

  • Pertama¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬† : RM700.00 + Sijil
  • Kedua¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬† : RM500.00 + Sijil
  • ketiga¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬† : RM300.00 + Sijil
  • Saguhati (x3)¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬† : RM100.00 + Sijil

Kategori Terbuka (Nasakh)

  • Pertama¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬† ¬†¬† : RM2500.00 + Sijil
  • Kedua¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬† ¬† ¬† : RM1500.00 + Sijil
  • Ketiga¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬† ¬† ¬†¬† : RM700.00 + Sijil
  • Saguhati (x3)¬†¬†¬†¬†¬† ¬† ¬†¬† : RM300.00 + Sijil

Kategori Terbuka (Thuluth)

  • Pertama¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬† : RM3000.00 + Sijil
  • Kedua¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬† ¬† ¬†¬†¬†¬†¬†¬† : RM2000.00 + Sijil
  • Ketiga ¬† ¬† ¬† ¬† ¬† ¬† ¬† ¬† ¬†¬† ¬† ¬†¬† : RM1000.00 + Sijil
  • Saguhati (x3) ¬† ¬†¬† ¬†¬† ¬† : RM500.00 + Sijil

Borang Pertandingan Seni Khat Kebangsaan ini boleh diperolehi dengan yuran RM10.00 di :

Yayasan Restu,

Kompleks Taman Seni Islam Selangor,

Persiaran Damai, Seksyen 10, 4oooo Shah Alam,

Selangor, Darul Ehsan.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Yayasan Restu:

Tel pejabat          : 03-55119001

Mohd Yazid        : 019-3448719

Zulhelmi              : 013-4140845

Umi faezah          : 016-6375997

Kompleks Taman Seni Islam Selangor

logo-ktsi-new.jpg 

Kompleks Taman Seni Islam Selangor  Kompleks Taman Seni Islam Selangor adalah anugerah daripada Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan kepada Yayasan Restu. Ianya adalah sebagai tanda pengiktirafan terhadap segala usaha yang telah dilaksanakan selama ini. Pembinaan Kompleks Taman Seni Islam Selangor ini berfalsafahkan pusat penawar inspirasi kehidupan yang mendasari konsep sarang lebah (Surah An Nahl) ini semakin hari semakin menggamit ribuan pengunjung. Ramai yang tertarik dengan pendekatan pengajaran melalui pengalaman di samping berpeluang melihat sendiri pelbagai usaha seni yang dihasilkan. Terdapat beberapa galeri di sini yang boleh dikunjungi, seperti Galeri Al Quran Mushaf Malaysia, Galeri Nur Fatimah, Galeri As Sakinah, Galeri Cenderahati, Bahagian Penyalinan Mushaf Al Quran, Design, Grafik, Pewarnaan, Penerapan Emas dan lain Рlain lagi. Keistimewaanya telah menjadi satu tarikan utama pengunjung di Bandaraya Shah Alam ketika ini. Inilah satu-satunya kompleks seni islam seumpamanya di dunia hasil perkenan DYMM Tuanku Sultan Selangor dan keprihatinan YAB Dato’ Menteri Besar serta kerajaan Negeri Selangor. Dan Kompleks Taman Seni Islam Selangor akan terus menabur manfaat kepada masyarakat, mengembangkan seni islam, menghidupkan kembali tradisi penyalinan mushaf, menonjolkan keindahan sebagai satu uslub berdakwah agar kesannya dapat diterima oleh pelbagai golongan. .

Lawatan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi¬†ke Kompleks Taman Seni Islam Selangor.

 plah.jpg plah2.jpg plah3.jpg plah4.jpg plah5.jpg plah6.jpg