وَمُبَشِّرَۢا بِرَسُولٍ۬ يَأۡتِى مِنۢ بَعۡدِى ٱسۡمُهُ ۥۤ أَحۡمَدُۖ فَلَمَّا جَآءَهُم بِٱلۡبَيِّنَـٰتِ قَالُواْ هَـٰذَا سِحۡرٌ۬ مُّبِينٌ۬
وَمُبَشِّرَۢا بِرَسُولٍ۬ يَأۡتِى مِنۢ بَعۡدِى ٱسۡمُهُ ۥۤ أَحۡمَدُۖ فَلَمَّا جَآءَهُم بِٱلۡبَيِّنَـٰتِ قَالُواْ هَـٰذَا سِحۡرٌ۬ مُّبِينٌ۬
Alhamdulillah sudah siap tempahan khat atas kanvas dari Sabah dan akan dihantar kepada tuannya hari ini InsyaAllah…
Semua saiz mengikut kesesuaian ruang di rumah. Jika inginkan kelainan untuk hiasan kaligrafi di rumah anda, hubungi kami di 0193932947 untuk mengetahui lebih lanjut. Anda juga boleh whatsapp gambar serta nyatakan ukuran ruang dan kami akan tulis ayat yang bersesuaian untuk ruang tersebut. T. Kasih 🙂
Islamic decoration for bungalow at Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, Malaysia
Beberapa gambar kenangan di Festival Khat Algeria 2013 yang berlangsung selama hampir dua minggu baru-baru ini
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
..Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini; (63) Dan mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri, (64) Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab Neraka Jahanam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan. (65) Sesungguhnya Neraka Jahanam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk; (66) Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu. (67) Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak) dan tidak pula berzina dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya; (68) Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat dan dia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan; (69) Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (70) Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) dia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat; (71) Dan mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya. (72) Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta. (73) Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (74) Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya, (75) Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal. (76) Katakanlah (wahai Muhammad kepada golongan yang ingkar): Tuhanku tidak akan menghargai kamu kalau tidak adanya doa ibadat kamu kepadaNya; (apabila kamu telah mengetahui bahawa Tuhanku telah menetapkan tidak menghargai seseorang pun melainkan kerana doa ibadatnya) maka sesungguhnya kamu telahpun menyalahi (ketetapan Tuhanku itu); dengan yang demikian, sudah tentu balasan azab (disebabkan kamu menyalahi itu) akan menimpa kamu. (77) “
Pada hari khamis 10/11/11 yang lalu telah berlangsung sesi pemilihan pemenang untuk Pertandingan Seni Khat Peringkat Kebangsaan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bertempat di Bahagian Manuskrip Jawi di tingkat 11 bangunan PNM. Barisan juri diketuai oleh YDP Persatuan Seni Khat Kebangsaan (PSKK) sendiri iaitu Ustaz Muhammed Yusuf Abu Bakar. Saya dijemput untuk menyertai jemaah ini bersama Ustaz Jainal Sakiban, Ustaz Asrak dan Ustaz Zainurrahman. Dua kategori telah dipertandingkan, iaitu remaja dan dewasa dengan peserta diminta menulis lima rukun negara dalam apa sahaja jenis seni khat yang mereka inginkan; tidak dihadkan pada jenis khat tertentu sahaja. Nampaknya sambutan amat menggalakkan dengan hampir sejumlah 400 penyertaan telah diterima oleh PNM dalam dua kategori ini. Katanya pihak PNM juga terpaksa menunda tarikh akhir penyerahan kerana banyak rayuan dari peserta yang belum sempat siapkan karya. Kualiti penulisan khat para peserta juga sangat baik terutama dalam kategori dewasa yang memperlihatkan peningkatan mutu penulisan dari segi kaedah seni khat, susunan dan kreativiti mereka. Saya ucapkan tahniah kepada semua peserta dan terima kasih kepada PNM dan PSKK yang bertanggungjawab menganjurkan pertandingan ini. Semoga ada lagi jabatan-jabatan kerajaan yang lain atau pihak-pihak swasta yang mencontohi usaha PNM ini demi memberi galakan kepada golongon remaja yang semakin ramai meminati tulisan jawi dan khat, seterusnya dapat menyemai kembali jatidiri bangsa melayu dan Islam dalam masyarakat.
Di bawah ini adalah beberapa gambar kenangan saya ketika menyertai Festival miniatur dan iluminasi yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan Algeria sempena perisytiharan Tlemcen sebagai Bandar Kebudayaan Islam 2011 yang telah di adakan selama 8 hari bermula 21 sehingga 28 Jun 2011. Festival ini telah disertai oleh seniman-seniman miniatur dan iluminasi dari 18 buah negara seperti tuan rumah Algeria, Jordan, Arab Saudi, Morocco, Tunisia, Uzbekistan, Australia, Spanyol, Turki, Malaysia dan lain-lain.
Today I will leave for Algeria to attend The International Festival of Miniature and Illumination at the invitation of the Algerian Ministry of Culture. The program will take place for 8 days from 20 to 28 of June 2011 in Tlemcen, Algeria. May Allah facilitate all of my affairs and hopefully everything goes smoothly.
Basmalah dalam bentuk Khat Muhaqqaq, Sejenis khat yang seakan – akan Khat Thuluth tetapi hurufnya lebih bebas dan dilepaskan, tidak membulat. Perhatikan contohnya pada huruf ‘mim’ dan ‘ra’. Ha marbuthahnya digunakan ‘ha’ bulat ( tertutup ). Huruf ‘nun’ pada Ar Rahman lebih besar sedikit daripada nun thuluth.