Proses pemasangan mihrab Masjid Raudhatul Jannah sedang berjalan menggunakan seramik berukir ayat ayat al-Quran dan Islamic motif… Hubungi kami di 0193932947 untuk maklumat lanjut… 😀






Proses pemasangan mihrab Masjid Raudhatul Jannah sedang berjalan menggunakan seramik berukir ayat ayat al-Quran dan Islamic motif… Hubungi kami di 0193932947 untuk maklumat lanjut… 😀
Naik taraf mihrab Masjid Tengku Sulaiman, Kampung Ketari, Bentong, Pahang. Hubungi kami di 0193932947 untuk maklumat lanjut.
Papan tanda khat di Surau Al-Hijrah PPR Pantai Ria. Hubungi kami di 0193932947 untuk maklumat lanjut
Mihrab yang tersergam indah dalam masjid sering kali disalah anggap sebagai mimbar tempat khatib menyampaikan khutbah.
Mihrab bermaksud ceruk dinding sebuah masjid yang menunjukkan kiblat iaitu arah Kaabah yang umat Islam perlu menghadapnya sewaktu bersolat.
Pada asalnya, perkataan mihrab daripada perkataan bukan berunsur keagamaan dan hanya dilambangkan sebagai bilik khas di sebuah rumah dan ruang takhta di dalam istana suatu ketika dahulu.
Sejarah mihrab pertama ialah kewujudannya pada era pemerintahan Khalifah Umayyah al-Walid Ibnu Abd al-Malik (705 M hingga 715 M). Semasa era pemerintahan Uthman Ibnu Affan (644 M hingga 656 M), khalifah memerintahkan suatu tanda ditampal pada dinding masjid di Madinah bagi memudahkan penziarah mengetahui arah kiblat untuk bersolat.
Namun pada zaman pemerintahan al-Walid, Masjid Nabawi diubah suai dan Gabenor Madinah Umar Ibnu Abdul Aziz memerintahkan ceruk (mihrab) dicipta pada dinding dalaman masjid sebagai penanda arah kiblat.
Jika melangkah masuk ke ruang solat Masjid Negara, pandangan pasti akan terpukau dengan keindahan seni ukiran hiasan dalaman masjid berkenaan.
Salah satu yang mencuri tumpuan ialah mihrab yang terletak di tengah dalam masjid, di hadapan imam.
Keunikan seni bina halus pada mihrab turut menarik minat pelancong antarabangsa untuk mengambil gambar apabila membuat lawatan ke masjid itu.
Dengan dimensi ketinggian 4.3 meter (m) dan lebar 2.98m, ia dibina oleh sepasukan arkitek negara diketuai Datuk Baharuddin Abu Kassim pada 1965 iaitu sama tarikh siapnya pembinaan Masjid Negara.
Penolong Pegawai Perhubungan Awam Kanan Masjid Negara Mohd Na’aim Harun berkata, mihrab berbentuk pintu gerbang yang dihiasi kerawang indah dan ayat al-Quran dalam seni khat thuluth.
“Dindingnya pula dihiasi mozek berwarna biru gelap dengan corak zilliji yang dibuat oleh pakar seramik dari Maghribi.
“Bahagian dalaman dinding sebelah atas mihrab ditampal dengan ukiran tangan mengikut corak mukarnas,” katanya kepada Nuansa.
Katanya, thuluth ialah sejenis seni khat yang direka oleh seorang lelaki berbangsa Parsi, Ibn Muqlah Shirazi. Ia berbentuk lurus dan bersudut skrip kufi yang digantikan skrip garisan melengkung dan condong.
“Penggunaan seni zilliji atau ‘zellige’ melambangkan kemewahan dan ia adalah satu bentuk merangkumi campuran pelbagai warna dan berbentuk geometrik menambahkan seri pada mihrab berkenaan.
“Hiasan mukarnas menampilkan sistem unjuran, pengulangan dan penggandaan berbentuk ceruk yang berfungsi sebagai dekorasi untuk bahagian peralihan dalam seni bina,”katanya.
Beliau berkata, setiap masjid, surau dan bilik solat pastinya mempunyai ceruk mihrab kerana ia dikenal pasti sebagai dinding kiblat.
Katanya lagi, mihrab mempunyai pelbagai saiz dan reka bentuknya dihias serta dirancang untuk memberikan kesan pintu melengkung yang terus menghadap arah Kaabah di Makkah.
Sumber : hmetro.com.my
Papan Tanda (Sandblasted tiles) di Surau Al-Mukmin, Taman Junifer, 72100, Bahau, NSDK. Hubungi kami di 0193932947 untuk papan tanda di masjid dan surau.
Dekorasi mihrab Surau As-Solihin Kajang, Selangor.
Untuk dekorasi mihrab di surau anda sila hubungi kami di 0193932947.
Alhamdulillah… Siap pemasangan mihrab di Surau Hospital Alor Gajah, Melaka di awal bulan Ramadan 1440 ini. Semoga memberi manfaat kepada jemaah, memberi ketenangan dan khusyuk beribadah di sini.
Hubungi kami di 0193932947 jika anda perlukan khidmat nasihat berkaitan mihrab masjid dan surau.
Hiasan wallpaper kaligrafi / khat di surau Stesen – Stesen Janaelektrik Sungai Perak.
Hubungi kami di 0193932947 untuk tempahan.
Mini mihrab di surau Sekolah Kebangsaan Cochrane Kuala Lumpur.
Mini mihrab atau mihrab bersaiz kecil sesuai diletakkan di rumah, sekolah atau pejabat. Sila hubungi kami di 0193932947 untuk maklumat lanjut.
Hiasan mihrab Madrasah Hidayatul Islamiah, Lorong Mewah 14, Bandar Tun Razak 56000, Kuala Lumpur.
Islamic decoration for bungalow at Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, Malaysia
Gambar ini di kirim oleh sahabat saya dari USA menunjukkan suasana di dalam Masjid Ar-Rahmah, Baltimore di mana terdapat tulisan khat thuluth 99 Nama-Nama Allah yang menghiasi cermin tingkap di sekeliling Masjid, hasil tulisan saya yang ditulis sekitar bulan April yang lalu.