Salasilah Perlis

Tulisan jawi Salasilah Perlis ditulis oleh Diwani Kraf dan disempurnakan pelancarannya di DBP oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizzuddin Putra Jamalullail dan Baginda menyarankan agar Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyusun strategi jangka panjang untuk mengembalikan semula kegemilangan tulisan jawi.

 

KUALA LUMPUR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, mahu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyusun strategi jangka panjang untuk mengembalikan semula kegemilangan tulisan jawi.

Titah baginda, DBP perlu berfungsi sebagai pusat pembimbing, penyokong dan pengasuh tulisan jawi yang membabitkan semua lapisan rakyat untuk memasyarakatkannya.

“Apabila tulisan jawi ini direntap dari sejarah kita, menggantikannya dengan tulisan rumi atas alasan perpaduan, kita juga merentap roh jati diri kita sebenarnya.

“Ditambah dengan kelekaan kita dalam menghidupkan kembali tulisan ini kerana kita sudah tidak lagi mencaknakan jawi,” titahnya pada Majlis Titah Diraja di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP di sini, hari ini.

Yang turut berangkat ke majlis itu, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man; Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Seri Dr Md Salleh Yaapar dan Ketua Pengarahnya, Datuk Abd Adzis Abbas.

Baginda bertitah, hal itu menyaksikan masyarakat kini mencari-cari jati diri yang sudah hilang akibat mengejar material dunia dan kepesatan teknologi, sedangkan kita sendiri sudah melupakannya sejak 60 tahun lalu.

Sumber BH Online.

Kelas Khat Diwani

kelas khat 1117

Alhamdulillah baru baru ini telah selesai kelas khat Diwani Jali bagi musim ke dua. Kelas ini diadakan selama 3 bulan setiap hari rabu bermula dari 8.00 malam sehingga 10.00 malam, bertempat di Galeri Diwani Kraf Kemuning Utama Shah Alam.

Insyallah pada musim cuti sekolah disember 2017 ini, kami menawarkan kelas intensif khat diwani jali selama sebulan yang akan bermula dari 26/11/2017 sehingga 17/12/2017. Kelas akan diadakan pada setiap hari ahad dari jam 9.00 pagi hingga jam 12.00 tengahari.

  • Kelas terbuka kepada semua peringkat umur
  • Tempat: Galeri Diwani Kraf, 47-1, Jalan Kemuning Prima D33/D, Taman Kemuning Utama, 40400 Shah Alam, Selangor
  • Yuran: rm380

PENDAFTARAN ADALAH TERHAD.. HUBUNGI KAMI DI TALIAN 0193932947 / 0145068725 UNTUK MENDAFTAR….