Persada Jurnal

Rakaman aktiviti seni khat di Galeri Diwani Kraf, Shah Alam oleh RTM untuk rancangan Persada Jurnal, sebuah program berkonsepkan Islam terbitan JAKIM yang bersiaran selama 30 minit di RTM1 setiap hari ahad 6.30 petang. Terima Kasih kepada Penerbit Rancangan, Hazida Hasnan dan kru yang bertugas atas usaha yang dijalankan. Semoga rancangan ini akan memberi lebih kefahaman dan pendidikan tentang seni khat kepada orang ramai.