Logo Khat

Logo Khat ABAYA ALKHAIRA

Whatsapp kami di 0193932947 untuk tempahan khat 3D seperti ini.

 

Bengkel Khat Sabah

Bengkel Khat Islami 5.0 telah diadakan di Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) pada 19.10.2018. Bengkel ini disampaikan oleh saya sendiri bersama sahabat saya tokoh khat dari Indonesia Ustaz Isep Misbah. Seramai 80 orang peserta dari negeri Sabah dan Serawak menyertai bengkel ini. Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada peserta dan ucapan setinggi-tinggi tahniah terima kasih kepada MUIS atas penganjuran acara ini. Semoga bertemu lagi pada tahun hadapan dalam PERKAMPUNGAN SENI KHAT NUSANTARA 2019… INSYAALLAH.

 

Arham

Alhamdulillah.. Berkesempatan melawat ARHAM, Pusat Seni Khat yang diasaskan oleh sahabat saya Dr. Abdul Rahman Hamzah di Johor Bharu dan berkongsi serba sedikit ilmu seni khat bersama penggiat seni khat di sana.

ARHAM adalah singkatan dari “Akademi Quran, Seni Khat dan Mushaf” diwujudkan bagi tujuan:

1. Mengembangkan syiar Islam dan alQuran melalui seni khat

2. Menghidupkan tradisi pengajian seni khat secara sistematik dan berterusan

3. Menyediakan servis pusat sehenti seni khat yang kondusif bagi masyarakat setempat

4. Pusat pertemuan peminat dan aktivis seni khat merapatkan silaturrahim serta bertukar pandangan kearah pembangunan seni khat.

Kursus khat yang ditawarkan:

Sepenuh masa:
setiap hari Ahad-khamis 2.00-5.00pm

Sambilan
Jumaat 9-12 tgahari

Lokasi ARHAM: Bangunan akademi dibina di tanah persendirian di Jalan Lengkongan, Kulai kira-kira hanya 500 meter dari RTC @ terminal bas Kulai.

Alamat:

Akademi ARHAM
PTB1505, Jalan Rumah Pangsa 3, 81000 Kulai Johor

Semoga ARHAM akan terus maju dan berjaya melahirkan lebih ramai penulis khat di Malaysia Insyaallah…

Lawatan Galeri Diwani Kraf

Alhamdulillah.. Hari ini kami menerima kunjungan sahabat lama Ustaz Ahmad Kamaluddin dan Ustaz Ramli Ahmad al-Barada serta rombongan dari Maahad Tarbiah Islamiah, Derang Kedah ke Galeri Diwani Kraf, Kemuning Utama, Shah Alam, Selangor.

Kelas Khat Cuti Sekolah 2018

Kelas Khat Cuti Sekolah 2018 DIWANI KRAF akan diadakan pada bulan Disember 2018 pada setiap hari khamis, dari 6 Disember 2018 hingga 27 Disember 2018. Kelas akan bermula dari jam 9.00 pagi hingga jam 1.00 tengahari. Kelas Khat Cuti Sekolah 2018 ini sesuai kepada pelajar-pelajar yang sedang bercuti dan ingin mendalami ilmu seni khat secara intensif melalui tunjuk ajar guru yang berpengalaman dalam bidang ini dalam suasana suasana kondusif seni khat di galeri DIWANI KRAF. Untuk tujuan pendaftaran sila hubungi talian : 019-9993125 / 012-6223114

 

kelas khat asas jumaat copy

Calligraphy Workshop

Calligraphy workshop in Jaipur India