Alhamdulillah.. Berkesempatan melawat ARHAM, Pusat Seni Khat yang diasaskan oleh sahabat saya Dr. Abdul Rahman Hamzah di Johor Bharu dan berkongsi serba sedikit ilmu seni khat bersama penggiat seni khat di sana.
ARHAM adalah singkatan dari “Akademi Quran, Seni Khat dan Mushaf” diwujudkan bagi tujuan:
1. Mengembangkan syiar Islam dan alQuran melalui seni khat
2. Menghidupkan tradisi pengajian seni khat secara sistematik dan berterusan
3. Menyediakan servis pusat sehenti seni khat yang kondusif bagi masyarakat setempat
4. Pusat pertemuan peminat dan aktivis seni khat merapatkan silaturrahim serta bertukar pandangan kearah pembangunan seni khat.
Kursus khat yang ditawarkan:
Sepenuh masa:
setiap hari Ahad-khamis 2.00-5.00pm
Sambilan
Jumaat 9-12 tgahari
Lokasi ARHAM: Bangunan akademi dibina di tanah persendirian di Jalan Lengkongan, Kulai kira-kira hanya 500 meter dari RTC @ terminal bas Kulai.
Alamat:
Akademi ARHAM
PTB1505, Jalan Rumah Pangsa 3, 81000 Kulai Johor
Semoga ARHAM akan terus maju dan berjaya melahirkan lebih ramai penulis khat di Malaysia Insyaallah…
Leave a Reply