Musabaqah Khattul Quran

Borang Musabaqah Khattul Quran

Pertandingan Seni Khat Kebangsaan anjuran Yayasan Restu akan diadakan sempena Festival Al-Quran Dan Kesenian Islam Yayasan Restu, pada 30 Julai 2010 sehingga 10 Ogos 2010 bersamaan 18 Sya’ban 1431 sehingga 29 Sya’ban 1431 Hijriah, bertempat di Kompleks Taman Seni Islam Selangor, Persiaran Damai, Seksyen 10, 40000 Shah Alam, Selangor.

Sebanyak tiga kategori / peringkat dipertandingkan:

  1. Kategori kanak-kanak (Sekolah rendah). – Khat Nasakh ( Spontan) – Tarikh: 31 Julai 2010
  2. Kategori Remaja ( Sekolah Menengah). – Khat Nasakh ( Spontan) – Tarikh: 1 Ogos 2010
  3. Kategori Terbuka (Dewasa). – Khat Nasakh ( Spontan) – Tarikh: 7 Ogos 2010
  4. Kategori Terbuka (Dewasa). – khat Thuluth (Spontan) – Tarikh: 7 Ogos 2010

Hadiah – hadiah yang ditawarkan:

Kategori kanak-kanak

  • Pertama                      : RM500.00 + Sijil
  • Kedua                          : RM300.00 + Sijil
  • Ketiga                          : RM200.00 + Sijil
  • Saguhati (x3)           : RM50.00 + Sijil

Kategori Remaja

  • Pertama                     : RM700.00 + Sijil
  • Kedua                         : RM500.00 + Sijil
  • ketiga                          : RM300.00 + Sijil
  • Saguhati (x3)           : RM100.00 + Sijil

Kategori Terbuka (Nasakh)

  • Pertama                      : RM2500.00 + Sijil
  • Kedua                          : RM1500.00 + Sijil
  • Ketiga                          : RM700.00 + Sijil
  • Saguhati (x3)           : RM300.00 + Sijil

Kategori Terbuka (Thuluth)

  • Pertama                     : RM3000.00 + Sijil
  • Kedua                         : RM2000.00 + Sijil
  • Ketiga                         : RM1000.00 + Sijil
  • Saguhati (x3)           : RM500.00 + Sijil

Borang Pertandingan Seni Khat Kebangsaan ini boleh diperolehi dengan yuran RM10.00 di :

Yayasan Restu,

Kompleks Taman Seni Islam Selangor,

Persiaran Damai, Seksyen 10, 4oooo Shah Alam,

Selangor, Darul Ehsan.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Yayasan Restu:

Tel pejabat          : 03-55119001

Mohd Yazid        : 019-3448719

Zulhelmi              : 013-4140845

Umi faezah          : 016-6375997

17 Responses to “Musabaqah Khattul Quran”

  1. effysaiful Says:

    alamak, bestnye.. mcm nak masuk.. tp segan lak sebab dah lama tak menulis..hehe

    byk saingan tak ust baki? kalo student YR semua masuk, takde harapan la jawabnye ;p

  2. Baki Says:

    Masuk la Effy.. Datang sini boleh jumpa sahabat2. Staff YR tak boleh masuk. Tapi student Kolej Restu boleh… Harap boleh jumpa Effy nanti.

  3. effysaiful Says:

    iAllah kalo takde apa2 halangan sy join la =)

    borang kalo yg jauh mcm sy ni mcmne ye ust?

  4. ibnukhazin Says:

    mohon copy ust.. nak post dalam blog

  5. ilham bin che daud Says:

    Salam, saya nak menyertainya, kalau boleh nak borang.
    Alamat:

    Blok G, No. 4, Kuarters Kakitangan Penjara Pengkalan Chepa, Taman Perkasa, 16100 Pengkalan Chepa

  6. Firdaus™ Says:

    Syukran atas maklumat ini ustaz, insyaAllah kalau berkesempatan akan cuba turut serta, lama dah tak menulis ni, dapat jumpa khattat² tersohor semua.

  7. Baki Says:

    Kepada yang berminat nak sertai pertandingan, sila dapatkan borang di YR. Penyertaan terhad kepada 100 orang sahaja setiap kategori. Keutamaan diberi kepada yang awal mendaftar.

  8. Abuhazieq Says:

    wah…semua khattat2 hebat dah mula bersuara dah.ni yg buat lg segan nak masuk nih.hehe…

  9. mohd noor fathi bin montalib Says:

    effy jom msuk.. lama x join kan..
    salam ust.. ana nk msuk.. simpankan satu borg u ana.. walaupun lama x menulis.. nk mencuba lah (^_^) nasakh remaja
    hihii

  10. AMIR AKMAL Says:

    InsyaALLAH jka brkesempatan ana nk join jgak.brsama kita mmartabtkan keindahan tlsan jwi.

  11. Zack Shah Says:

    Sy nak masuk!! Sy bawa anak2 murid saya sekali.. anak2 murid sy johan KAMIL negeri selangor…

  12. pakcik Says:

    Nak masok tak berani…dapat tengok pon jadilaa… Tua-tua ni rasa ada semangat pulak nak belajar…

  13. shida Says:

    bagaimana nk dptn borang?
    klu x prlu borang..adakah pnyertaan dbatalkn?

  14. Baki Says:

    nak masuk perlu dapatkan borang. kalau jauh kita boleh tolong poskan… boleh call tanya pegawai yang berkenaan untuk lebih jelas.

  15. el-hamzah Says:

    assalamualaikummm….

    salam sejahtera kpd semua warga yayasan restu,

    soalan : masih dibuka lagi ke pendftran untuk pertandingan seni khat pringkt kebangsaan & antarabangsa?

    el-hamzah ( tampin N9 )

  16. Baki Says:

    Waalaikumussalam el-hamzah. Pendaftaran masih dibuka sehingga hari pertandingan…

  17. hartina Says:

    salam…wah,bestnye ade p’tandingan seni khat…saya pun tak pandai sangat..tapi minat..hehehe


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: