Seni Khat Thuluth

Lama juga rasanya tak update blog ini dengan tulisan-tulisan khat. Beberapa tugasan penting terpaksa saya selesaikan dahulu. Sekadar untuk berkongsi dengan kawan-kawan dan peminat seni khat yang semakin bertambah dari hari ke hari, pada kali ini saya masukkan draf susunan sebelum karya yang sebenarnya dibuat, ayat 173 dari surah Aali Imran. Juga mencuba tauqi’ terbaru saya : ‘ABD‘.

Ketika ini saya banyak memberi tumpuan untuk Festival Kesenian Islam Dwi Tahunan Yayasan Restu yang InsyaAllah akan berlangsung pada tarikh 30 Julai 2010 hingga 10 Ogos 2010, terutama hal-hal yang berkaitan dengan Pertandingan Seni Khat, Musabaqah Khattul Quran. Kepada semua, dijemput hadir untuk memeriahkan festival yang julung kali diadakan ini. Kepada penulis-penulis seni khat di Malaysia, janganlah lepaskan peluang keemasan untuk menyertai pertandingan seni khat ini. Hadiah cukup hebat menanti anda… disamping menilai bakat yang dimiliki kita juga boleh berjumpa sahabat-sahabat seperjuangan, bertukar maklumat dan berkongsi pengalaman. Moga inilah waktunya kita memperoleh sesuatu yang baru dan berharga, yang boleh dimanfaatkan dalam memajukan seni khat kita. Jumpa anda di Kompleks Taman Seni Islam Selangor nanti…!

9 Responses to “Seni Khat Thuluth”

  1. shila Says:

    salam…i’m really like khat writing….can u share it to me….

  2. eiyka Says:

    salam..saya suka belajar tulisan khat diwani..saya minat belajar tulisan khat ini..

  3. eiyka Says:

    dulu masa sekolah belajar khat diwani dan thulud tapi lebih suka diwani memang best la..teringin hendak mendalami dengan lebih mendalam lagi..

  4. Ainina Says:

    Salam , ustz Baki. Saya Nina .
    Saya perlu kan pertolongan ustaz . Lepas saya habis SPM, saya nak ke yayasan restu untuk belajar khat . Saya ada bakat semula jadi. Tapi , saya nak melanjutkan pelajaran ke Mesir dgan kemahiran yang saya ada tersebut . Kalau belajar khat , boleh ke sambung belajar di Mesir ? Perlu ada bhasa arab? Saya sekolah biasa saja . Skrang ni baru saja habis Trial spm . Ustz hasrul kwan ustz kan ? Ha , saya nak belajar khat dulu dan kemudian sambung di mesir. Kalau ada ape2 , ustz tlg bgtau saya di email saya . Terima kasih .

  5. Baki Says:

    W.salam Nina
    Boleh datang ke Yayasan Restu untuk ikuti kelas seni khat di sini. Tapi kalau nak ke Mesir hanya berbekal seni khat sahaja rasanya tak memadai. Setahu saya samai pelajar Malaysia yang ke sana untuk belajar bidang-bidang lain seperti syariah, usuluddin dan sebagainya. Tetapi disamping itu mereka juga belajar seni khat secara sambilan.. Saya tak pernah ke sana. Mungkin nina perlu tanya ust hasrul sendiri untuk lebih jelas.

  6. Nurus Shafwa Says:

    Salam Ustaz Baki . Saya Shafwa . Umur saya 12 thn . Saya ni akn mewakili sekolah untuk pertandingan khat peringkat Daerah . Saya tak tau nak guna sama ada khat Nasakh atau khat Thuluth . saya pon bukannya terer sgt pon . Ustaz rasa yg mna lebih sng dan yg mana lebih sng untuk bwt pengadil terpegun . Terima Kasih

  7. Baki Says:

    Waalaikumussalam Shafwa. Tahniah kerana jadi wakil sekolah ke pertandingan khat… khat yang lebih mudah ialah khat nasakh tetapi lebih cantik dan menarik adalah khat thuluth, tetapi kedua2nya mesti dipelajari dan ikut kaedah yang betul. kalau tak berkesempatan belajar dengan guru saya sarankan adik cari buku khat dan berlatih berpandu kaedah dari buku dulu. kalau betul kaedah Insyaallah boleh menang… 🙂

  8. Kasih Says:

    salam, ustaz saya mohon share di blog saya 🙂

  9. Baki Says:

    Silakan…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: