Kompleks Taman Seni Islam Selangor Kompleks Taman Seni Islam Selangor adalah anugerah daripada Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan kepada Yayasan Restu. Ianya adalah sebagai tanda pengiktirafan terhadap segala usaha yang telah dilaksanakan selama ini. Pembinaan Kompleks Taman Seni Islam Selangor ini berfalsafahkan pusat penawar inspirasi kehidupan yang mendasari konsep sarang lebah (Surah An Nahl) ini semakin hari semakin menggamit ribuan pengunjung. Ramai yang tertarik dengan pendekatan pengajaran melalui pengalaman di samping berpeluang melihat sendiri pelbagai usaha seni yang dihasilkan. Terdapat beberapa galeri di sini yang boleh dikunjungi, seperti Galeri Al Quran Mushaf Malaysia, Galeri Nur Fatimah, Galeri As Sakinah, Galeri Cenderahati, Bahagian Penyalinan Mushaf Al Quran, Design, Grafik, Pewarnaan, Penerapan Emas dan lain – lain lagi. Keistimewaanya telah menjadi satu tarikan utama pengunjung di Bandaraya Shah Alam ketika ini. Inilah satu-satunya kompleks seni islam seumpamanya di dunia hasil perkenan DYMM Tuanku Sultan Selangor dan keprihatinan YAB Dato’ Menteri Besar serta kerajaan Negeri Selangor. Dan Kompleks Taman Seni Islam Selangor akan terus menabur manfaat kepada masyarakat, mengembangkan seni islam, menghidupkan kembali tradisi penyalinan mushaf, menonjolkan keindahan sebagai satu uslub berdakwah agar kesannya dapat diterima oleh pelbagai golongan. .
Lawatan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi ke Kompleks Taman Seni Islam Selangor.
06/05/2008 at 6:20 am
Adakah Yayasan Restu mengadakan kursus penulisan khat? Jika ada, bila?
06/05/2008 at 4:31 pm
Yayasan Restu ada menganjurkan kelas seni khat separuh masa dan sepenuh masa. Untuk maklumat lanjut hubungi 03-55119001
05/08/2009 at 5:20 pm
boleh saya tau apakah yang tertulis ditengah-tengah logo kompleks taman seni islam ini? dan mengapa ia berbentuk titisan air…
07/09/2010 at 3:30 am
Assalamualaikum…
Saya amat beminat untuk mempelajari tulisan khat, apakah langkah pertama yang perlu saya lakukan?Bagaimana dengan kos atau yuran pengajian untuk pelajar separuh masa atau sepenuh masa serta jadual kelas.
Adakah satu kemestian bagi pihak Yayasan Restu untuk memastikan setiap pelajarnya mahir menulis dan membaca jawi sebelum mengikuti kursus tersebut? Ini memandangkan saya tidak berapa mahir membaca dan menulis tulisan jawi.
Saya harap pihak Yayasan Restu dapat memberi maklum balas kepada saya. Terima kasih.
07/09/2010 at 10:52 pm
Waalaikumussalam Shiela, untuk belajar seni khat di Yayasan Restu dan mendapat penjelsan yang lebih detail saya harap shiela boleh hubungi Kolej Restu di talian 03-55119001.
06/05/2017 at 3:58 am
Aslm, berapakah kos pembinaan Kompleks taman seni ini ?