Multaqa Ramadan 1436H

Multaqa Ramadan Dubai untuk Penulisan Al-Quran kali yang ke 7 anjuran Kerajaan Dubai telah mengumpulkan 30 orang  penulis khat dari 11 negara untuk menyempurnakan penulisan 30 juzuk Al-Quran pada bulan Ramadan 1437H yang lepas.

Alhamdulillah saya berkesempatan menyertai Multaqa Ramadan pada kali ini atas undangan yang julung kalinya kepada penulis khat dari Malaysia untuk turut serta menulis salah satu dari 30 juzuk al-Quran yang berjaya kami siapkan pada acara tersebut.

Inisiatif Kerajaan Dubai melalui Kementerian Kebudayaannya mengadakan acara ini sangat bermakna sebagai sumbangan besar mereka kepada warisan kebudayaan Islam dunia dengan memiliki sebuah al-Quran unik hasil tulisan 30 penulis khat dari pelbagai negara. Al-Quran ini adalah hasil tulisan tangan sepenuhnya menggunakan peralatan menulis  mushaf tradisional yang akan menjadi sejarah penting kepada dunia Islam hasil sumbangan Dubai pada bulan yang dikenali dengan bulan al-Quran ini.

Multaqa Ramadan Dubai adalah satu acara seni khat yang unik dari program khat yang lain kerana mereka dapat mengumpulkan 30 penulis khat dari aliran madrasah yang berbeza pada satu tempat, dalam tempoh masa yang sama, dengan waktu yang terhad untuk menulis satu mushaf yang lengkap. Maka terhasillah satu naskhah al-Quran tulisan tangan yang mengandungi 30 gaya kretiviti yang berbeza dan bukan hanya dari satu gaya penulis.

Ini adalah Multaqa kali ke 7 yang mereka anjurkan pada bulan Ramadan setiap tahun. Setiap mushaf yang ditulis berlainan format. Kali ini formatnya terdiri dari tiga jenis khat  iaitu khat muhaqqaq, nasakh dan thuluth.

One Response to “Multaqa Ramadan 1436H”

  1. Badrulz Zaman Says:

    Masyallah Ustaz, Tahniah! Kebanggan rakyat Malaysia khusus bagi wakil Khattat di yang ada di Malaysia.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: