Alhamdulillah, dengan izin Allah hari ini termakbul hajat saya menjejakkan kaki ke IRCICA (Reserch Centre for Islamic History, Art and Culture), Istanbul untuk bertemu dan belajar kaligrafi daripada tokoh-tokoh khat Turki. Untuk permulaannya, hari ini bertempat di satu sudut tingkat dua bangunan IRCICA saya bertemu dengan Ustaz Mumtaz Durdu untuk belajar khat nasakh. Beliau adalah murid dan pembantu kepada Ustaz Hassan Calabi yang dikhususkan oleh IRCICA untuk mengajar khat nasakh. Walaupun sebelum ini saya agak kurang mengenali Ustaz Mumtaz Durdu, tetapi daripada pengamatan saya hasil tulisan nasaknya sangat halus dan sempurna. Sudah tentu beliau adalah orang yang sangat sesuai membantu Ustaz Hasan Calabi dalam mengajar khat nasakh kepada pelajar yang datang dari serata pelosok dunia. Seperti biasa, secara tradisi belajar khat di Turki, pelajar yang baru datang mesti bermula dari awal dengan menulis doa khas belajar khat iaitu “Rabbi Yssir Wala Tuássir…” sebelum mula menulis huruf mufradat. Tidak kira samaada anda sudah pandai menulis atau belum pernah tulis khat. Pelajar tidak dibenarkan menulis selain dari apa yang ditulis oleh ustaz.
Setelah selesai kelas, saya bersama sahabat dari Yaman dan Algeria bergerak ke bandar Fatih untuk membeli beberapa peralatan khat di sebuah yang terkenal menjual pelbagai jenis waraq muqahhar, iaitu kertas yang dibuat khas untuk menulis khat. Sebenarnya banyak kedai-kedai buku dan galeri khat terdapat di Istanbul yang menjual waraq muqahhar ini, tetapi tidak semua qualitinya bagus yang sesuai ditulis dengan apa sahaja jenis dakwat. Waraq muqahhar yang baik bermakna kertas tersebut sangat mudah ditulis di atasnya dengan apa sahaja jenis dakwat dan boleh dilakukan pembetulan (tartish) dengan mudah, samaada menggunakan pen khat yang paling halus atau pen khat bersaiz besar. Di Bandar Fatih ini terdapat sebuah kedai yang sangat terkenal menjual peralatan khat dan waraq muqahhar. Nama kedai ini Karin Sanat Malzemeleri.
05/12/2012 at 11:52 am
Alhamdulillah, tahniah ustaz….pi sana rupanya, insyaAlah semakin mantap ustaz akan datang, jeles ni 🙂
07/12/2012 at 2:26 pm
kalau ust baki singgah di sbhgian masjid di turkey ada tulisan2 penulis masyur yg ana pernah lihat, antaranya Daud Vektas dll.. slmt berjalan dan luas pengalaman
09/12/2012 at 5:21 am
Tahniah..
09/12/2012 at 5:24 am
Biasanya kami yg berdiri tengok ustaz mnulis…dsna ustaz yang…ehe.semoga tulisan ustaz smakin mantap..amin