Assalamualaikum.
Makluman kepada khattat semua, IRCICA akan menganjurkan pertandingan seni khat sempena nama Khattat Badawi al-Dirani pada tahun ini. Di bawah saya terangkan serba ringkas berkaitan tarikh dan kategorinya:
- Tarikh akhir untuk pendaftaran : 30 Oktober 2009
- Tarikh akhir menghantar karya : 28 Februari 2010
- Penghakiman : April 2010
- Pengumuman keputusan pertandingan: May 2010
Kategori khat yang dipertandingkan ialah:
- Thuluth jali
- Thuluth
- Nasakh
- Jali ta’liq
- Jali diwani
- Diwani
- Kufi
- Riq’ah
- Maghribi
Borang pertandingan ini boleh dimuat turun dari website IRCICA. Kepada yang berminat bolehlah cuba menghantar karya anda, terutama kepada para khattat yang semakin ramai terdapat di Malaysia ketika ini. Begitu juga kawan-kawan khattat di Negara Brunei, Indonesia dan Thailand, marilah kita ramaikan penyertaan pada kali ini dari Negara Asean pula. Tarihk akhir serah karya masih panjang, bolehlah berlatih dulu sampai mantop., hehee…
Bagi saya, yang penting adalah penyertaan kita dalam pertandingan dan memperolehi pengalaman yang berharga seterusnya menambahkan lagi semangat kita dalam memperjuangkan seni khat. Jangan diharapkan sangat kepada imbuhan. Sememangnya kita sedia maklum yang pertandingan ini adalah pertandingan peringkat antarabangsa. Sudah semestinya khattat-khattat hebat dari seluruh dunia akan menyertainya terutama dari timur tengah seperti Turki (tuan rumah), Syria, Iraq, Mesir akan turut serta. Namun, diharapkan dengan penyertaan kita, Insya Allah akan memeriahkan lagi pertandingan ini dan memberitahu kepada mereka bahawa seni khat juga sedang berkembang pesat di rantau sini..
SELAMAT MENCUBA, SEMOGA BERJAYA.…
08/04/2009 at 9:27 am
Ustaz, saya nak masuk dalam kategori khat Nasakh, boleh? Saya masih belajar di sekolah menengah lagi ni (Tingkatan 5)… 😀
08/04/2009 at 2:53 pm
Sesiapa sahaja boleh masuk, tiada halangan umur, jantina, bangsa dan tiada saringan kelayakan dibuat..
Tetapi kita harus ingat bahawa pertandingan ini adalah pertandingan seni khat peringkat antarabangsa (dunia). Peringkat tertinggi sekali. Bagi saya, inilah kayu pengukur seni khat ketika ini. Diadakan hanya 3 tahun sekali. Sudah tentu perlukan kualiti yang tinggi. Karya yang dihantar, biarlah yang selayaknya.
Nak mencuba, tiada masalah…
08/04/2009 at 3:39 pm
Seronoknya kalau ada bakat dalam seni khat ni. Takde siapa nak ajar niha…..
08/04/2009 at 6:02 pm
Syukran ustaz atas info ini, insyaAllah sy nak cuba hantar karya….kene berlatih dgn baik lagi lepas ni
09/04/2009 at 1:38 am
wahaha… mmg menarik…erm cube la nasib…
nak try masuk gok r, pas lesen tak lagi ana ni ust?
09/04/2009 at 11:29 am
ana pun nk try jugalah..nak cr pengalaman masuk pertandingan berprestij ni..sblm tu ana nk belajar dulu dgn u.baki hehehe
09/04/2009 at 2:13 pm
Boleh, boleh masuk.. syafiq, koriey, firdaus. Bila lagi kan??? ha haa.. Takdok leseng pun takpo syafiq, demo mantap doh…
10/04/2009 at 7:04 pm
haaa~takbleh ah masuk gini..ust baki n the gang mesti masuk pnye..awal2 lg karya kitorg kena tolak nnti..hehe
12/04/2009 at 12:18 pm
salam…ana pun nk masuk jugak lah…tapi sempat ke??lagi pun ana x thu media pe nk gune ni ust??pas tu mcmne nk send penyertaan ke sana??leh ust terangkan serbe sedikit kat kami..sbb ana jauh ni dri ust n kwn2..hihi..tolong ye ust..nk sgt masuk..nk cri pengalaman…jazakaAllahu khairan jaza’……
12/04/2009 at 5:02 pm
Effy. Saingan bukan dari dari Malaysia. Dari timur tengah lagi hebat-hebat..
Fathi. Medium kertas biasa saja (glossy),ink apa-apa pun boleh, asalkan hitam. kalau ink buat sendiri lagi bagus. kemudian hantar melalui pos
12/04/2009 at 10:01 pm
ermm..kat mesir ni mne nk dpt glossy??pos..ust tolong sertakan alamat n apa² y berkenaan u ana pos ke sne..dri segi saiz pulk mcm ne ye??ayat bebas ye ust??ust cte sikit leh kan..ana x thu sgt2 ni…syukran..
16/04/2009 at 9:29 am
salam ust baki! syukron ust. hebahkan ma’lumat ni. ana sebenarnya pun teringin nak cuba nasib. sebab dah lama tak masuk tanding ni. boleh jelaskan keterangan lanjut lagi tentang pertandingan ni ust.? ana ni jiran ust aje. dekat ngan Yayasan Restu.
Kemudian nak tanye sikit ust! Kursus Diploma Khat tu pull time ke? takleh ade pilihan masa belajarke? ana minat gak. tapi ikut PJJlah insyaallah kat UPSI, so macamna?
16/04/2009 at 1:13 pm
bestt tewww.. setahun lagikks kann
17/04/2009 at 3:17 pm
Waalaikusslm (zmn) Maklumat Pertandingan anta boleh download borang pertandingan dari website IRCICA dan baca dr situ. Semua diterangkan dengan jelas.
19/04/2009 at 7:56 pm
salam.. ustaz² semua.. al-khatat y di segani semua.. ana dh sedia kan link download borang n maklumat pertandingan.. tinggal klik dan save je.. insyaAllah.. kite sama² masuk ye semua.. pengalaman ni bukan mudh nk dpt.. (kata² dari al-khatat mustafa khudairi bur said) selamat mencube..
26/04/2009 at 1:16 am
as’kum sesiapa yang tahu pertandingan peringkat Malaysia, tahap dunia ni dah terlalu tinggi takut nak join
29/04/2009 at 5:56 am
dari brunei tak da ka….
29/04/2009 at 5:57 am
agi idup agi ngelaban
29/04/2009 at 6:01 am
kepada Bruneian dan Asean, mari kita bersama ikut bertanding. kita buktikan yang kita boleh dan yakin. walaupun tak dapat nombor, penyertaan jadi la…..
29/04/2009 at 12:02 pm
Bruneian mesti mau masuk nih.. peluang 3 tahun sekali…
29/04/2009 at 8:50 pm
salam…wah semua nk masuk ye…bittaufiq…insyaAllah kite semua boleh buat… 🙂
30/05/2009 at 4:56 am
waduh……………….
susah gak ya….?
^_^