Kursus Qalam Thuluth ini akan diadakan pada 13 Mac 2010 (Hari sabtu) bertempat di Pusat Latihan Yayasan Restu (RIYADH RESTU), Kuang, Selangor. Pengisian kursus ini, akan menumpukan kepada satu jenis seni khat sahaja iaitu khat thuluth. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa, khat ini merupakan salah satu jenis khat yang begitu meluas penggunaannya di Malaysia dan amat sukar untuk menguasai disebabkan banyak rahsianya yang tersembunyi. InsyaAllah kursus ini akan dikendalikan oleh saya sendiri di mana kita akan berkongsi pengalaman dan pengetahuan, berbincang tentang rahsia, tips dan kaedah-kaedah seni khat thuluth ini agar kita dapat menambahkan pengetahuan dan memanfaatkannya di dalam hasil kerja seni kita di masa akan datang.
Kepada yang berminat dijemput untuk mendaftarkan diri secepat mungkin, kerana penyertaan sangat terhad. Untuk malumat lanjut sila hubungi : Zulfikri: 012-6940323 / Ummi : 016-6375997 / Hawa: 012-6223114
19/02/2010 at 3:59 pm
Salam…
Baguslah Sheikh buat kursus pendek begini…mudah bagi penggiat khat mengasah qalam bersama2 khattat hebat dari YR…
Ana insyaAllah akan mengikutinya…Cuma risau kot skolah ada program pada tarikh tu..harapnya boleh ikut…
Walsm…
20/02/2010 at 2:17 am
w.salam abwa. Kita ambil peluang waktu cuti sekolah ni supaya ramai yang dapat peluang ikut serta. Semoga dengan program sebegini kita mendapat pendedahan dan idea-idea baru untuk meningkatkan kemahiran dalam seni khat ….
25/02/2010 at 1:34 am
Terlepas lagi saya peluang kali ni, mudah-mudahan di lain masa akan ada lagi
27/02/2010 at 3:15 am
sama la kita akhi firdaus.. koi pun nok sgt pegi, tapi orang umah tgh tunggu due nak bersalin 18 Mac 2010.. terlepas la peluang keemasan ini.. huhuhu.. harap ust baki buat kursus camni lebih kerap…
19/03/2010 at 11:34 am
mohon untuk memberi tahu sekiranya ada lagi kursus dimasa akan datang..sya terlepas peluang keemasan ini
09/06/2010 at 1:49 am
Salam, saya berminat nak belajar khat… tapi tiada kemahiran… boleh ke orang seperti saya yng tidak pandai seni belajar khat?
bila kursus ini akan diadakan di Melaka?
terima kasih
09/06/2010 at 2:47 pm
W.salam.. Sesiapa sahaja boleh belajar asalkan ada minat dengan seni khat..
11/02/2020 at 9:36 am
Masih ada lagi ke kursus khat ini